Gunakan Deep Search dalam AI Mode untuk membuat penyelidikan yang mendalam

Bagi soalan yang memerlukan respons yang lebih terperinci, cuba Deep Search dalam AI Mode — alat penyelidikan kami yang paling canggih dalam Google Search. Dibina dengan model Gemini 2.5 Pro, ciri tersebut menyemak imbas ratusan laman dan menilai kesesuaian laman tersebut untuk menghasilkan laporan terperinci yang dipetik sepenuhnya dalam masa beberapa minit sahaja. Deep Search tersedia kepada pelanggan Google AI dalam Labs.

Perkara yang anda perlukan

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Anda mestilah log masuk ke Google Account peribadi yang anda urus sendiri.
  • Dayakan sejarah Search dengan menghidupkan Aktiviti Web & Apl.
  • Ciri ini tersedia dalam Search Labs kepada pelanggan Google AI Pro dan AI Ultra di AS dalam bahasa Inggeris. Untuk menjadi pengguna Google AI Pro atau AI Ultra, langgan Google One.
  • Deep Search tersedia pada desktop dan web mudah alih.

Penting: Respons AI mungkin mengandungi kesilapan. Ketahui perihal AI generatif dan pengehadan ciri ini.

Mulakan laporan Deep Search

  1. Akses google.com/ai pada desktop dan web mudah alih.
    • Anda juga boleh mengakses www.google.com dan mengklik AI Mode dalam bar Search.
  2. Klik Deep Search Deep Search icon dalam bar "Tanya apa-apa sahaja".
  3. Masukkan soalan atau gesaan untuk menjelaskan perkara yang mahu anda selidiki.
  4. Pilih Serah Submit icon for Deep search.
  5. Deep Search akan mengemukakan soalan penjelasan untuk menjalankan penyelidikan yang lebih terperinci bagi gesaan atau soalan anda. Untuk memberikan butiran lanjut, berikan balasan dalam bar respons berdekatan bahagian bahawa skrin dan pilih "Mula".
    • Untuk meneruskan proses tanpa memberikan butiran lanjut, pilih "Mula" untuk memulakan penyelidikan.

Petua:

  • Proses penjanaan laporan biasanya mengambil masa kira-kira 5 minit kerana Deep Search menganalisis banyak sumber. Penjanaan laporan yang lebih rumit mungkin mengambil masa yang lebih lama.
  • Anda boleh memulakan carian baharu semasa Deep Search sedang dijalankan.

Urus laporan Deep Search anda

Lihat laporan yang lalu
Anda boleh menemukan laporan yang lalu dalam sejarah AI Mode AI mode history
Berikan maklum balas
Untuk menghantar maklum balas, pilih Menyukai atau Tidak menyukai pada bahagian bawah setiap laporan. Hantar maklum balas jika ada sesuatu yang tidak kena. Maklum balas anda membantu kami meningkatkan prestasi.
  • Klik jika anda mendapati laporan Deep Search berguna. Beritahu kami perihal maklum balas anda dalam kotak Apakah yang berguna? dengan lebih lanjut. Pilih kategori yang paling tepat menggambarkan sebab anda memberikan maklum balas tersebut. Anda boleh menambahkan lebih banyak butiran dalam medan teks (disyorkan).
  • Klik jika anda mendapati laporan Deep Search tidak berguna, tidak tepat atau bermasalah. Untuk memberitahu kami maklumat lanjut, pilih kategori yang paling tepat menggambarkan masalah anda. Anda boleh menambahkan lebih banyak butiran dalam medan teks (disyorkan).
  • Serah:
    • Klik Serah untuk menghantar maklum balas anda. Maklum balas yang anda serahkan mengandungi salinan sembang anda.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
8759643261796416723
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
100334
false
false
false
false