Dapatkan respons dikuasakan AI dengan AI Mode dalam Google Search

AI Mode ialah pengalaman carian AI daripada Google yang paling hebat. Anda boleh mengemukakan apa-apa pertanyaan dan mendapat respons yang dikuasakan AI, dengan keupayaan untuk membuat carian yang terperinci melalui pertanyaan susulan dan pautan kepada web yang berguna. AI Mode mengembangkan keupayaan Ikhtisar AI dengan penaakulan dan cara berinteraksi yang lebih canggih. AI Mode membahagikan pertanyaan anda kepada subtopik dan melakukan carian untuk setiap subtopik secara serentak. Dengan cara ini, AI Mode dapat meneroka web untuk mencari kandungan yang lebih berkaitan yang sepadan dengan pertanyaan anda.

AI Mode bergantung pada pemahaman mendalam Google Search tentang maklumat web, yang bermakna bahawa respons disokong oleh kandungan web berkualiti tinggi untuk meningkatkan ketepatan fakta. Dalam sesetengah keadaan, AI Mode akan menyediakan set pautan web jika keyakinan terhadap kualiti atau kebergunaan respons AI tidak cukup tinggi. Seperti mana-mana produk AI peringkat awal yang lain, AI Mode tidak semestinya betul. Sebagai contoh, dalam sesetengah keadaan AI Mode mungkin tersalah tafsir kandungan web atau terlepas konteks, seperti yang boleh berlaku dengan mana-mana sistem automatik dalam Search. Apabila perkara ini berlaku, kami menggalakkan anda agar memberikan maklum balas melalui butang suka / tidak suka supaya kami dapat membuat peningkatan secara berterusan.

Tatkala usaha memperhalus AI Mode ini diteruskan, kami akan mengembangkan kefungsian mod tersebut, mengemaskinikan antara muka pengguna dan memperkenalkan cara baharu untuk membantu pengguna mengakses serta berinteraksi dengan web.

Untuk mendapatkan akses pertama kepada ciri baharu dan percubaan dalam AI Mode, ikut serta dalam percubaan "AI Mode" pada Search Labs.

Petua: Respons AI mungkin mengandungi kesilapan. Ketahui cara data membantu Google membangunkan AI generatif dalam Search.

Ketersediaan AI Mode

  • AI Mode tersedia dalam bahasa Inggeris kepada pengguna yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun di AS.
  • Anda akan memerlukan Google Account peribadi yang anda uruskan sendiri. Pada masa ini, AI Mode tidak tersedia untuk akaun Google Workspace, termasuk Google Workspace for Education.
  • Dayakan sejarah Search dengan menghidupkan Aktiviti Web & Apl untuk mendapatkan pengalaman terbaik. Tanpa mendayakan tetapan ini, anda masih boleh mengakses AI Mode tetapi tidak boleh menyambung semula dari tempat anda berhenti dengan carian sebelumnya.

Cara mengakses AI Mode

Anda boleh mengakses AI Mode melalui tiga cara:

  • Akses google.com/aimode.
  • Akses www.google.com, masukkan pertanyaan dalam bar Search dan ketik AI Mode di bawah bar Search.
  • Pada apl Google Google logo, ketik AI Mode pada skrin utama.

Cara menggunakan AI Mode

Dalam AI Mode, anda boleh:

  • Mengemukakan sebarang pertanyaan dengan teks, suara atau imej dan mendapatkan respons yang dikuasakan AI.
  • Mengemukakan pertanyaan susulan tentang suatu topik.
  • Menerokai topik dengan lebih mendalam menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber daripada web.
  • Bersambung dari tempat anda berhenti melalui sejarah AI Mode AI mode history.

Gunakan teks untuk mengemukakan pertanyaan

  1. Masukkan pertanyaan anda dalam bar Tanya apa-apa sahaja berdekatan bahagian bawah skrin.
  2. Untuk pertanyaan susulan atau pertanyaan baharu, taip dalam bar Tanya apa-apa sahaja berdekatan bahagian bawah skrin.

Gunakan suara untuk mengemukakan pertanyaan

  1. Ketik Mikrofon dalam bar Tanya apa-apa sahaja berdekatan bahagian bawah skrin.
  2. Sebut pertanyaan anda.
  3. Untuk mengemukakan pertanyaan susulan atau pertanyaan baharu, ketik Mikrofon dalam bar Tanya apa-apa sahaja berdekatan bahagian bawah skrin.

Gunakan imej untuk mengemukakan pertanyaan

Penting: Pengalaman ini hanya tersedia dalam apl Google Google logo.

  1. Ketik Lens dalam bar Search.
  2. Muat naik imej atau ambil foto.
  3. Untuk pertanyaan susulan atau pertanyaan baharu, taip dalam bar Tanya apa-apa sahaja berdekatan bahagian bawah skrin.

Petua: Ketik Semua pada bahagian atas skrin untuk berulang-alik antara hasil carian dengan AI Mode.

Padamkan sejarah AI Mode yang disimpan dalam akaun anda

  1. Pada komputer anda, akses AI Mode.
  2. Pada sebelah kiri, klik sejarah AI Mode AI mode history untuk melihat carian lalu yang disimpan dalam akaun anda.
  3. Pilih carian AI Mode yang mahu anda padamkan:
    • Carian khusus: Klik bersebelahan item sejarah AI Mode.
    • Semua sejarah AI Mode anda: Klik More kemudian Padam semua .
  4. Anda juga boleh mengakses halaman Sejarah Search anda dan mengklikTutup untuk memadamkan aktiviti AI Mode yang disimpan dalam akaun anda.

Perkara yang berlaku apabila anda memadamkan sejarah AI Mode anda

  • Jika anda memadamkan carian daripada sejarah AI Mode, carian tersebut mungkin masih dipaparkan dalam Aktiviti Saya untuk seketika. Item ini akan dipadamkan secara automatik dalam masa kurang daripada 24 jam. Anda boleh memadamkan carian ini secara manual daripada Aktiviti Saya.
  • Apabila carian anda bermula dengan Ikhtisar AI dan anda memilih untuk "Buat carian lebih terperinci dalam AI Mode", anda mungkin melihat dua entri dalam sejarah Search anda untuk interaksi tersebut. Entri pertama mewakili pertanyaan asal anda dan entri kedua menggambarkan peralihan kepada AI Mode untuk pertanyaan susulan. Apabila anda memadamkan carian ini daripada sejarah AI Mode, carian tetap akan dipaparkan dalam sejarah Search anda. Untuk memadamkan carian khusus ini sepenuhnya, anda juga perlu memadamkan carian ini daripada sejarah Search anda.

Cara data membantu Google membangunkan AI generatif dalam Search

Untuk membangunkan dan meningkatkan pengalaman AI generatif dalam Search serta teknologi pembelajaran mesin yang berkaitan, Google menggunakan interaksi pengguna dengan Search dan pengalaman AI ini. Perkara ini mungkin merangkumi interaksi seperti perkara yang dicari oleh pengguna dan maklum balas yang diberikan kepada Google. Dengan maklum balas pengguna dan semakan jurusemak, kami menilai dan meningkatkan kualiti hasil serta produk kami secara bertanggungjawab.

Apabila jurusemak terlatih berusaha untuk meningkatkan kualiti model pembelajaran mesin Search, kami mengambil beberapa langkah keselamatan untuk melindungi privasi pengguna:

  • Data yang dilihat dan dianotasikan oleh jurusemak diputuskan sambungan daripada akaun pengguna.
  • Alatan automatik membantu untuk mengenal pasti dan mengalih keluar pelbagai maklumat yang boleh dikenal pasti dan maklumat peribadi yang sensitif.

"AI Mode" dalam Search Labs

Untuk mencuba lebih banyak keupayaan AI generatif dalam Search, ikut serta dalam percubaan "AI Mode" dalam Search Labs, alat ujian kami untuk inovasi. Ketahui lokasi yang menawarkan percubaan “AI Mode” pada masa ini dengan lebih lanjut.

Berikan maklum balas

Maklum balas anda membantu kami meningkatkan AI Mode. Cara berkongsi maklum balas anda adalah seperti yang berikut:

  • Berikan rating kepada respons ini:
    • Pada bahagian bawah setiap respons AI Mode, anda akan menemukan ikon menyukai dan tidak menyukai .
    • Klik jika anda mendapati respons AI Mode berguna. Untuk menyampaikan memberitahu kami maklumat lanjut, klik Kongsi lebih banyak maklum balas dan pilih kategori yang paling tepat menggambarkan sebab anda memberikan maklum balas tersebut. Anda boleh menambahkan lebih banyak butiran dalam medan teks (disyorkan).
    • Klik jika anda mendapati respons AI Mode tidak membantu, tidak tepat atau bermasalah. Untuk memberitahu kami maklumat lanjut, pilih kategori yang paling tepat menggambarkan masalah anda. Anda boleh menambahkan lebih banyak butiran dalam medan teks (disyorkan).
  • Serah:
    • Klik Serah untuk menghantar maklum balas anda. Maklum balas yang anda serahkan mungkin menyertakan pertanyaan carian anda yang terbaharu dan hasil carian bagi pertanyaan tersebut.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
5753214990771811499
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false
false
false