Dengan percubaan Mod AI dalam Google Search, anda boleh bertanya apa-apa sahaja dan mendapatkan respons yang dikuasakan AI yang berguna dengan keupayaan untuk membuat penerokaan yang lebih lanjut melalui pertanyaan susulan dan pautan web yang berguna. Mod AI baharu ini mengembangkan perkara yang boleh dilakukan oleh Ikhtisar AI dengan penaakulan, pemikiran dan cara berinteraksi yang lebih maju. Pengalaman ini amat membantu terutamanya untuk pertanyaan yang memerlukan penerokaan, penaakulan atau perbandingan yang lebih mendalam. Kami memperkenalkan mod baharu ini sebagai percubaan untuk mengikut serta dalam Labs bagi mengumpulkan maklum balas daripada pengguna yang mahu menguji pengalaman awal ini.
Kami mereka bentuk Mod AI dalam Search untuk membantu pengguna mengemukakan pertanyaan baharu dan menghubungkan mereka dengan kandungan dan perspektif yang luas merentas web. Percubaan ini bergantung pada pemahaman mendalam Google Search tentang maklumat web, yang bermaksud bahawa respons disokong oleh sumber web berkualiti tinggi untuk meningkatkan ketepatan fakta. Dalam sesetengah keadaan, Mod AI akan menyediakan set pautan web jika keyakinan terhadap kualiti atau kebergunaan respons yang dikuasakan AI tidak cukup tinggi. Seperti mana-mana produk AI peringkat awal yang lain, Mod AI tidak semestinya betul. Sebagai contoh, dalam sesetengah keadaan, percubaan ini mungkin tersalah tafsir kandungan web atau terlepas konteks, seperti yang boleh berlaku dengan mana-mana sistem automatik dalam Search. Apabila perkara ini berlaku, kami menggalakkan anda agar memberikan maklum balas melalui butang suka / tidak suka supaya kami boleh membuat peningkatan secara berterusan.
Sambil kami terus menguji mod baharu ini, kami akan mengembangkan kefungsian dan mengemaskinikan antara muka pengguna mod ini serta memperkenalkan cara baharu untuk membantu pengguna mengakses dan berinteraksi dengan web.
Petua: AI generatif ialah percubaan, ketahui cara data membantu Google membangunkan AI generatif dalam Search.
Cara menggunakan Mod AI
Dalam Mod AI anda boleh:
- Mengemukakan sebarang pertanyaan dengan teks, suara atau imej dan mendapatkan respons yang dikuasakan AI.
- Mengemukakan pertanyaan susulan tentang suatu topik.
- Menerokai topik dengan lebih mendalam menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber daripada web.
- Bersambung dari tempat anda berhenti melalui Sejarah Mod AI
.
Ketersediaan Mod AI
- Percubaan ini tersedia dalam bahasa Inggeris kepada pengguna yang berumur 18 tahun ke atas di AS yang mengikut serta melalui Labs. Jika anda menyertai senarai menunggu untuk percubaan, kami akan memberitahu anda apabila ciri ini tersedia untuk anda.
- Untuk mengakses Mod AI, sila dayakan Sejarah Carian.
Cara mengakses Mod AI
Anda boleh mengakses Mod AI melalui tiga cara:
- Akses google.com/aimode.
- Akses www.google.com, masukkan pertanyaan dalam bar Carian dan ketik Mod AI di bawah bar Carian.
- Pada apl Google
, ketik Mod AI
di bawah bar Carian pada skrin utama.
Gunakan teks untuk mengemukakan pertanyaan
- Masukkan pertanyaan anda dalam bar Tanya Mod AI berdekatan bahagian bawah skrin.
- Untuk pertanyaan susulan atau pertanyaan baharu, taip dalam bar Tanya Mod AI berdekatan bahagian bawah skrin.
Gunakan suara untuk mengemukakan pertanyaan
- Ketik Mikrofon
dalam bar Tanya Mod AI berdekatan bahagian bawah skrin.
- Sebut pertanyaan anda.
- Untuk mengemukakan pertanyaan susulan atau pertanyaan baharu, ketik Mikrofon
dalam bar Tanya Mod AI berdekatan bahagian bawah skrin.
Gunakan imej untuk mengemukakan pertanyaan
Penting: Pengalaman ini hanya tersedia dalam apl Google .
- Ketik Lens
dalam bar Carian.
- Muat naik imej atau ambil foto.
- Untuk pertanyaan susulan atau pertanyaan baharu, taip dalam bar Tanya Mod AI berdekatan bahagian bawah skrin.
Petua: Ketik Semua pada bahagian atas skrin untuk berulang-alik antara hasil carian dengan Mod AI.
Hidupkan atau matikan “Tanya apa-apa sahaja dengan Mod AI” dalam Labs
- Buka apa-apa penyemak imbas pada peranti komputer anda.
- Pastikan anda telah log masuk ke Google Account anda.
- Pada bahagian atas penyemak imbas, klik Tab baharu
.
- Pada bahagian atas halaman, klik Labs
Urus
.
- Togol matikan
atau hidupkan fungsi
"Tanya apa-apa sahaja dengan Mod AI".
Padamkan Sejarah Mod AI anda
- Pada komputer anda, akses Mod AI.
- Klik Sejarah Mod AI
untuk melihat carian anda yang lalu.
- Pilih carian Mod AI yang mahu anda padamkan:
- Carian khusus: Klik
bersebelahan item sejarah Mod AI.
- Semua sejarah Mod AI anda: Klik
Padam semua
.
- Carian khusus: Klik
- Anda juga boleh mengakses halaman Sejarah Carian anda dan mengklik
untuk memadamkan aktiviti Mod AI.
Cara data membantu Google membangunkan AI generatif dalam Search
Untuk membangunkan dan meningkatkan pengalaman AI generatif dalam Search serta teknologi pembelajaran mesin yang berkaitan, Google menggunakan interaksi pengguna dengan Search dan pengalaman AI ini. Perkara ini mungkin merangkumi interaksi seperti perkara yang dicari oleh pengguna dan maklum balas yang diberikan kepada Google. Dengan maklum balas pengguna dan semakan jurusemak, kami menilai dan meningkatkan kualiti hasil serta produk kami secara bertanggungjawab.
Apabila jurusemak terlatih berusaha untuk meningkatkan kualiti model pembelajaran mesin Search, kami mengambil beberapa langkah keselamatan untuk melindungi privasi pengguna:
- Data yang dilihat dan dianotasikan oleh jurusemak diputuskan sambungan daripada akaun pengguna.
- Alatan automatik membantu untuk mengenal pasti dan mengalih keluar pelbagai maklumat yang boleh dikenal pasti dan maklumat peribadi yang sensitif.
Berikan maklum balas
Maklum balas anda membantu kami meningkatkan Mod AI. Cara berkongsi maklum balas anda adalah seperti yang berikut:
- Berikan rating kepada respons ini:
- Pada bahagian bawah setiap respons Mod AI, anda akan menemukan ikon menyukai
dan tidak menyukai
.
- Klik
jika anda mendapati respons Mod AI membantu. Untuk memberitahu kami maklumat lanjut, klik Kongsi lebih banyak maklum balas dan pilih kategori yang paling tepat menggambarkan sebab anda memberikan maklum balas tersebut. Anda boleh menambahkan lebih banyak butiran dalam medan teks (disyorkan).
- Klik
jika anda mendapati respons Mod AI tidak membantu, tidak tepat atau bermasalah. Untuk memberitahu kami maklumat lanjut, pilih kategori yang paling tepat menggambarkan masalah anda. Anda boleh menambahkan lebih banyak butiran dalam medan teks (disyorkan).
- Pada bahagian bawah setiap respons Mod AI, anda akan menemukan ikon menyukai
- Serah:
- Klik Serah untuk menghantar maklum balas anda. Maklum balas yang anda serahkan mungkin menyertakan pertanyaan carian anda yang terbaharu dan hasil carian bagi pertanyaan tersebut.