Derma sejarah carian imej anda untuk membantu kami meningkatkan perkhidmatan Google

Penting: Kami sedang mengemaskinikan tetapan untuk perkhidmatan Google Search, yang merangkumi Search, Maps, Shopping, Flights, Hotels, Translate dan News. Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat dalam masa beberapa bulan akan datang. Jika tetapan dalam artikel ini tidak sepadan dengan perkara yang anda lihat, sejarah dan syor yang diperibadikan untuk perkhidmatan Search masih dikawal oleh Aktiviti Web & Apl.

Apabila anda mencari imej pada perkhidmatan Google yang layak, seperti Google Lens pada Apl Google, imej anda disimpan pada Sejarah Perkhidmatan Carian anda apabila anda log masuk dan subtetapan Simpan Media anda dihidupkan. Ketahui perihal media yang disimpan dalam Sejarah Perkhidmatan Carian dengan lebih lanjut.

Jika anda menyimpan imej dan telah memilih untuk mendermakan sejarah carian imej anda, jurusemak (termasuk penyedia perkhidmatan terlatih) boleh menganalisis imej yang didermakan untuk membantu Google membina dan meningkatkan produk, perkhidmatan serta teknologi pembelajaran mesin kami (termasuk model AI generatif). Hanya imej yang disimpan pada sejarah anda semasa derma didayakan akan menjadi sebahagian daripada program ini. Imej yang dipilih untuk semakan manual akan diputuskan sambungan daripada Google Account anda dan dikekalkan hingga 4 tahun.

Imej yang didermakan boleh diperoleh daripada perkhidmatan Google yang layak yang berikut apabila anda log masuk ke Google Account anda:

  • Google Lens pada Apl Google pada Android, iPhone dan iPad
  • Kotak Carian Pantas dan Semua Dulang Apl pada Android
  • Apl Lens
  • Bulatkan untuk Membuat Carian pada Android

Imej yang anda gunakan untuk membuat carian mungkin tidak akan disimpan daripada perkhidmatan Google di atas untuk apl dan versi peranti tertentu.

Petua: Derma Sejarah Carian Imej dimatikan secara lalai.

Matikan derma sejarah carian imej

Derma sejarah carian imej diurus oleh tetapan khusus peranti pada apl Google. Google hanya menyemak imej yang disimpan pada Sejarah Perkhidmatan Carian daripada perkhidmatan Google yang layak pada peranti yang mengikut serta untuk menderma. Jika 2 peranti dilog masuk ke akaun yang sama dan hanya satu peranti yang mengikut serta untuk menderma, hanya imej yang anda cari pada peranti tersebut akan didermakan.

Anda boleh mematikan tetapan derma sejarah carian imej anda pada bila-bila masa.

  1. Akses apl Google pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Dalam bar carian, ketik Google Lens.
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik .
  4. Dalam sepanduk yang tertera “Derma sejarah carian imej dihidupkan”, ketik Matikan derma.

Apabila anda mematikan derma sejarah carian imej pada peranti anda, imej baharu yang disimpan pada Sejarah Perkhidmatan Carian anda daripada peranti tersebut tidak akan layak untuk dianalisis oleh jurusemak terlatih lagi. Imej yang disimpan sebelum ini semasa anda mendaftar dalam program derma sejarah carian imej masih boleh dianalisis oleh jurusemak untuk membina dan meningkatkan produk serta perkhidmatan Google melainkan anda memadamkan imej tersebut daripada Sejarah Perkhidmatan Carian anda. Imej yang telah didermakan dan telah disemak oleh jurusemak tidak disambungkan kepada akaun anda lagi dan disimpan hingga 4 tahun, walaupun anda memadamkan imej asal daripada sejarah anda.

Ketahui cara menemukan, memadamkan atau menghentikan penyimpanan imej dalam Sejarah Perkhidmatan Carian anda.

Semak sama ada imej telah didermakan atau tidak

  1. Lawati myactivity.google.com
  2. Cari imej pertanyaan yang mahu anda semak.
  3. Jika imej telah didermakan, anda akan menemukan "Didermakan kepada Google" dalam sari kata.

Cara penggunaan imej yang didermakan

Imej yang didermakan akan digunakan oleh Google untuk membina dan meningkatkan produk, perkhidmatan serta teknologi pembelajaran mesin, termasuk model AI generatif. Jurusemak (termasuk penyedia perkhidmatan terlatih) boleh menyemak imej yang didermakan untuk tujuan ini. Sebagai contoh, jurusemak boleh menilai sama ada objek dalam imej dikenal pasti dengan tepat oleh teknologi pengecaman visual Google atau tidak. Mereka juga boleh mencadangkan respons yang lebih baik kepada pertanyaan yang menyertakan imej. Google menggunakan maklum balas ini untuk membantu produk dan teknologi kami memberikan respons yang lebih baik pada masa hadapan.

Kami mengambil langkah untuk melindungi privasi anda sepanjang proses ini. Sebagai contoh, imej yang didermakan yang dipilih untuk semakan manual akan diputuskan sambungan daripada Google Account anda. Walaupun imej anda yang didermakan tidak akan dikaitkan dengan maklumat Google Account anda apabila digunakan untuk tujuan ini, kami masih meminta anda berkongsi kandungan yang anda selesa untuk dilihat oleh jurusemak dan tidak berkongsi apa-apa kandungan yang sensitif atau sulit.

Ketahui cara menemukan, memadamkan atau menghentikan penyimpanan imej dalam Sejarah Perkhidmatan Carian anda. Imej yang telah didermakan dan telah disemak oleh jurusemak tidak disambungkan kepada akaun anda lagi dan disimpan hingga 4 tahun, walaupun anda memadamkan imej asal daripada sejarah anda.

Sumber Berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
16503005372074440315
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
100334
false
false
false
false
false