Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Apakah itu web tertutup?

Web tertutup ialah sebahagian daripada Internet yang membolehkan pengguna menyembunyikan identiti dan lokasi mereka daripada orang lain dan daripada penguatkuasaan undang-undang. Oleh hal yang demikian, web tertutup digunakan untuk menjual maklumat peribadi yang telah dicuri.

Bagaimanakah anda mengakses web tertutup?

Untuk mengakses web tertutup, anda tidak boleh menggunakan Google Search atau penyemak imbas, seperti Chrome atau Safari. Sebaliknya, anda perlu menggunakan perisian yang direka khusus untuk tujuan ini, seperti Tor atau I2P.

Apakah kegunaan web tertutup?

Web tertutup sering dikaitkan dengan aktiviti haram, seperti pengedaran dadah dan pelanggaran data. Walau bagaimanapun, agensi kerajaan juga menggunakan web tertutup untuk:

  • Berkongsi maklumat sulit
  • Melakukan aktiviti positif yang lain

Ketahui perbezaan antara web tertutup dengan web terkawal

Web tertutup sering diperihalkan secara salah sebagai web terkawal.

Web terkawal merujuk bahagian Internet yang tidak boleh dijangkau melalui enjin carian seperti Google Search. Walaupun perkara ini termasuk web tertutup, web terkawal juga menyertakan halaman yang hanya boleh ditemukan jika anda mendaftar atau log masuk, seperti kebanyakan kandungan yang disediakan oleh Gmail dan Facebook.

Web terkawal merangkumi 90 peratus daripada Internet, manakala web tertutup berkemungkinan tidak sampai 0.01 peratus daripada keseluruhan Internet.

Bagaimanakah maklumat peribadi terdedah pada web tertutup?

Pelanggaran data dan perisian hasad merupakan 2 cara lazim yang boleh menyebabkan maklumat peribadi terdedah pada web tertutup.

Pelanggaran data berlaku apabila penggodam mencuri data pengguna daripada pangkalan data syarikat. Data ini kemudiannya akan dijual kepada pencuri identiti pada web tertutup.

Perisian hasad merupakan sebarang jenis perisian yang boleh membahayakan komputer. Perisian hasad boleh mencuri maklumat sensitif daripada komputer anda, melambatkan komputer anda secara beransur-ansur, malahan menghantar e-mel palsu daripada akaun anda. Ketahui cara melindungi diri anda daripada perisian hasad.

Bagaimanakah Google mengetahui jenis maklumat peribadi pada web tertutup?

Untuk mengetahui jenis maklumat peribadi pada web tertutup, Google menggunakan vendor pihak ketiga. Vendor ini boleh mengakses pangkalan data yang menunjukkan jenis kandungan yang tersedia pada web tertutup pada masa ini.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
9711246472342664412
true