Cari maklumat dengan cara yang lebih pantas & lebih mudah menggunakan Ikhtisar AI dalam Google Search

Temukan perkara yang anda cari dengan lebih pantas dan lebih mudah menggunakan Ikhtisar AI dalam hasil carian. Ikhtisar AI boleh mengambil alih tugas carian dengan memberikan maklumat penting dan pautan untuk pencarian yang lebih mendalam dalam bentuk ringkasan dijana AI. Ketahui cara data membantu Google membangunkan AI generatif dalam Search.

Ikhtisar AI dalam hasil carian Search

Google Search sedang menyediakan Ikhtisar AI kepada lebih ramai pengguna secara beransur-ansur, dalam lebih banyak bahasa dan di lebih banyak rantau. Anda akan menemukan Ikhtisar AI dalam hasil Google Search anda apabila sistem kami menentukan bahawa AI generatif boleh menjadi sangat membantu – contohnya, apabila anda mahu memahami maklumat dengan pantas daripada pelbagai sumber.

Penting: Respons AI mungkin mengandungi kesilapan. Ketahui AI generatif dan pengehadan ciri ini.

Ketersediaan Ikhtisar AI

Ikhtisar AI tersedia pada masa ini:

  • Untuk semua pengguna, di negara, wilayah dan bahasa yang berikut:
Negara dan wilayah
  • Amerika
    • Antigua dan Barbuda
    • Argentina
    • Aruba
    • Bahamas
    • Barbados
    • Belize
    • Bermuda
    • Bolivia
    • Kepulauan Virgin British
    • Brazil
    • Kanada
    • Caribbean Belanda
    • Kepulauan Cayman
    • Chile
    • Colombia
    • Costa Rica
    • Curacao
    • Dominica
    • Republik Dominica
    • Ecuador
    • El Salvador
    • Kepulauan Falkland (Islas Malvinas)
    • Grenada
    • Guatemala
    • Guyana
    • Haiti
    • Honduras
    • Jamaica
    • Mexico
    • Montserrat
    • Nicaragua
    • Panama
    • Paraguay
    • Peru
    • Puerto Rico
    • Saint Kitts dan Nevis
    • Saint Lucia
    • Saint Vincent dan Grenadines
    • St. Maarten
    • Surinam
    • Trinidad dan Tobago
    • Kepulauan Turks dan Caicos
    • Kepulauan Virgin A.S.
    • Amerika Syarikat
    • Uruguay
    • Venezuela
  • Asia Pasifik
    • Afghanistan
    • Samoa Amerika
    • Antartika
    • Australia
    • Bangladesh
    • Bhutan
    • Brunei
    • Kemboja
    • Pulau Christmas
    • Kepulauan Cocos (Keeling)
    • Kepulauan Cook
    • Fiji
    • Guam
    • Pulau Heard dan Kepulauan McDonald
    • Hong Kong
    • India
    • Indonesia
    • Jepun
    • Korea
    • Kiribati
    • Kyrgyzstan
    • Laos
    • Macau
    • Malaysia
    • Maldives
    • Kepulauan Marshall
    • Mikronesia
    • Mongolia
    • Myammar
    • Nauru
    • Nepal
    • New Zealand
    • Niue
    • Pulau Norfolk
    • Kepulauan Mariana Utara
    • Pakistan
    • Palau
    • Papua New Guinea
    • Kepulauan Pitcairn
    • Filipina
    • Samoa
    • Singapura
    • Kepulauan Solomon
    • Kepulauan South Georgia dan South Sandwich
    • Sri Lanka
    • St. Helena, Ascension dan Tristan da Cunha
    • Taiwan
    • Tajikistan
    • Thailand
    • Timor-Leste
    • Tokelau
    • Tonga
    • Turkmenistan
    • Tuvalu
    • Kepulauan Terpencil Kecil Amerika Syarikat
    • Uzbekistan
    • Vanuatu
    • Vietnam
  • Eropah, Timur Tengah dan Afrika
    • Kepulauan Åland
    • Albania
    • Algeria
    • Andorra
    • Angola
    • Anguilla
    • Armenia
    • Austria
    • Azerbaijan
    • Bahrain
    • Belarus
    • Belgium
    • Benin
    • Bosnia dan Herzegovina
    • Botswana
    • Pulau Bouvet
    • Wilayah Lautan Hindi British
    • Bulgaria
    • Burkina Faso
    • Burundi
    • Cameroon
    • Kepulauan Canary
    • Cape Verde
    • Republik Afrika Tengah
    • Ceuta & Melilla
    • Chad
    • Comoros
    • Congo (DRC)
    • Congo (Republik)
    • Ivory Coast
    • Croatia
    • Cyprus
    • Czechia
    • Denmark
    • Djibouti
    • Mesir
    • Guinea Khatulistiwa
    • Eritrea
    • Estonia
    • Eswatini
    • Ethiopia
    • Zon Euro
    • Kepulauan Faroe
    • Finland
    • Gabon
    • Gambia
    • Georgia
    • Jerman
    • Ghana
    • Gibraltar
    • Greece
    • Greenland
    • Guinea
    • Guinea-Bissau
    • Guernsey
    • Hungary
    • Iceland
    • Ireland
    • Iraq
    • Isle of Man
    • Israel
    • Itali
    • Jersey
    • Jordan
    • Kazakhstan
    • Kenya
    • Kosovo
    • Kuwait
    • Latvia
    • Lubnan
    • Lesotho
    • Liberia
    • Libya
    • Liechtenstein
    • Lithuania
    • Luxembourg
    • Madagascar
    • Malawi
    • Mali
    • Malta
    • Mauritania
    • Mauritius
    • Moldova
    • Monaco
    • Montenegro
    • Maghribi
    • Mozambique
    • Namibia
    • Belanda
    • Niger
    • Nigeria
    • Macedonia Utara
    • Norway
    • Oman
    • Palestin
    • Poland
    • Portugal
    • Qatar
    • Romania
    • Rusia
    • Rwanda
    • San Marino
    • São Tomé dan Príncipe
    • Arab Saudi
    • Senegal
    • Serbia
    • Seychelles
    • Sierra Leone
    • Slovakia
    • Slovenia
    • Somalia
    • Afrika Selatan
    • Sudan Selatan
    • Sepanyol
    • Sudan
    • Svalbard dan Jan Mayen
    • Sweden
    • Switzerland
    • Syria
    • Tanzania
    • Togo
    • Tunisia
    • Uganda
    • Ukraine
    • Emiriah Arab Bersatu
    • United Kingdom
    • Vatican City
    • Sahara Barat
    • Yaman
    • Zambia
    • Zimbabwe
Bahasa
  • Arab
  • Azerbaijan
  • Benggala
  • Bulgaria
  • Cina (Mudah)
  • Cina (Tradisional)
  • Croatia
  • Czech
  • Denmark
  • Belanda
  • Inggeris
  • Finland
  • Perancis
  • Jerman
  • Greek
  • Ibrani
  • Hindi
  • Hungary
  • Indonesia
  • Itali
  • Jepun
  • Kannada
  • Korea
  • Lithuania
  • Bahasa Melayu
  • Malayalam
  • Marathi
  • Norway
  • Parsi (Farsi)
  • Poland
  • Portugis
  • Romania
  • Rusia
  • Serbia
  • Slovakia
  • Sepanyol
  • Sweden
  • Tamil
  • Telugu
  • Thai
  • Turki
  • Ukraine
  • Urdu
  • Uzbek
  • Vietnam

Ikhtisar AI apabila anda membuat carian dengan imej atau Bulatkan untuk Membuat Carian

Anda mungkin menemukan Ikhtisar AI dalam hasil carian anda apabila anda membuat carian dengan imej atau menggunakan Bulatkan untuk Membuat Carian di negara, wilayah dan dalam bahasa yang menawarkan Ikhtisar AI.

Tunjukkan pautan web dalam Google Search sahaja

Ikhtisar AI merupakan ciri teras Google Search, seperti panel pengetahuan. Ciri tidak boleh dimatikan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih Penapis web selepas anda membuat carian. Penapis ini hanya memaparkan pautan berasaskan teks tanpa ciri seperti Ikhtisar AI.

Cara Ikhtisar AI berfungsi

Ikhtisar AI menggunakan AI generatif, sejenis kecerdasan buatan yang mengenal pasti corak dan struktur daripada data yang dilatih dan menggunakan data tersebut untuk membuat sesuatu yang baharu. Walaupun kelihatan mengujakan, teknologi ini berkembang dan meningkat dengan pantas, di samping mungkin memberikan maklumat yang tidak tepat atau menyinggung perasaan. Ikhtisar AI mungkin dan akan membuat kesilapan.

Cara menyemak semula jawapan:

  • Sentiasa semak maklumat penting daripada beberapa sumber. Klik pautan untuk menyokong maklumat daripada web dan cuba hasil carian Google Search lain juga. Ketahui cara menilai maklumat yang anda temukan melalui Google dengan lebih lanjut.
  • Kemukakan berbilang versi pertanyaan untuk mendapatkan jawapan terbaik. Cuba minta pendapat yang berbeza atau minta butiran lanjut.
  • Hantar maklum balas kepada Google jika ada yang tidak kena. Maklum balas anda membantu kami meningkatkan Ikhtisar AI untuk semua orang.

Watch this before using generative AI

Cara data membantu Google membangunkan AI generatif dalam Search

Untuk membangunkan dan meningkatkan pengalaman AI generatif pada Search dan teknologi pembelajaran mesin yang menguasakan ciri tersebut, Google menggunakan interaksi pengguna dengan Search dan pengalaman tersebut. Hal ini boleh termasuk interaksi seperti perkara yang dicari dan maklum balas yang diberikan oleh mereka, seperti isyarat menyukai atau tidak menyukai. Semakan manual merupakan salah satu daripada pelbagai cara kami menilai dan meningkatkan kualiti hasil dan produk kami secara bertanggungjawab.

Apabila jurusemak terlatih berusaha untuk meningkatkan kualiti model pembelajaran mesin Search, kami mengambil beberapa langkah keselamatan untuk melindungi privasi pengguna:

  • Data yang dilihat dan dianotasikan oleh jurusemak diputuskan sambungan daripada akaun pengguna.
  • Alatan automatik membantu untuk mengenal pasti dan mengalih keluar pelbagai maklumat yang boleh dikenal pasti dan maklumat peribadi yang sensitif.

Ciri "AI dalam Search" dalam Labs

Jadilah pengguna pertama yang mencuba ciri AI, percubaan dan idea baharu dalam Search apabila ciri, percubaan dan idea tersebut tersedia dengan “AI dalam Search”, iaitu alat ujian kami untuk inovasi. Anda akan menerima pemberitahuan e-mel sebaik sahaja percubaan baharu dilancarkan. Untuk menarik diri, matikan “AI dalam Search” dalam Labs.

Matikan "AI dalam Search" dalam Labs

  1. Buka apa-apa penyemak imbas pada peranti komputer anda.
  2. Pastikan anda log masuk ke Google Account anda dengan Mod inkognito dimatikan.
  3. Pada bahagian atas penyemak imbas, klik Tab baharu Tambah.
  4. Pada bahagian atas halaman, klik Labs kemudian Urus Tetapan.
  5. Togol matikan Toggle off atau hidupkan Turn on "AI dalam Search".

Urus "AI dalam Search"

Berikan maklum balas

Maklum balas anda membantu kami meningkatkan Ikhtisar AI. Yang berikut ialah cara berkongsi maklum balas tentang sejauh mana ikhtisar membantu untuk menjawab pertanyaan carian anda:
  1. Pada bahagian bawah setiap ikhtisar, temukan ikon Menyukai Good overview dan Tidak menyukai Bad overview.
    • Jika anda mendapati ikhtisar ini membantu, klik Good overview. Untuk memberitahu kami maklumat lanjut, klik Kongsi lebih banyak maklum balas.
    • Jika anda mendapati ikhtisar ini tidak membantu, tidak tepat, berat sebelah atau bermasalah, klik Bad overview. Untuk memberitahu kami maklumat lanjut, klik Laporkan masalah dan pilih kategori yang paling tepat menggambarkan masalah anda.
  2. Untuk membantu kami memahami maklum balas anda, anda boleh menambahkan lebih banyak butiran dalam medan teks (disyorkan).
  3. Untuk menghantar maklum balas anda, klik Serah. Maklum balas yang anda serahkan mungkin menyertakan pertanyaan carian anda yang terbaharu dan hasil carian bagi pertanyaan tersebut.

Petua: Anda juga boleh memberikan maklum balas dengan memilih ikon menu tiga titik More bahagian atas sebelah kanan setiap ikhtisar.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
3824253976522455033
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
100334
false
false
false
false