Buat carian pada skrin anda menggunakan ciri Bulatkan untuk Membuat Carian

Penting: Ciri ini tersedia pada model telefon Android terpilih.

Untuk memilih dan mencari teks atau imej di mana-mana sahaja pada Google, anda boleh:

  • Bulatkan
  • Serlahkan
  • Coret
  • Ketik

Cara menggunakan ciri Bulatkan untuk Membuat Carian

Untuk mencari teks, imej atau video pada skrin anda:

  1. Hidupkan ciri Bulatkan untuk Membuat Carian:
    • Pada mod navigasi 3 butang, tekan lama butang Laman Utama.

    • Pada mod Navigasi gerak isyarat, tekan lama Pemegang navigasi.

    Ketahui cara menavigasi telefon Android anda.

  2. Untuk memilih teks, imej atau video yang mahu anda cari:
    • Bulatkan
    • Serlahkan
    • Ketik mana-mana bahagian pada skrin
  3. Jika mahu, tambahkan teks dalam bar carian untuk memperincikan carian anda.
  4. Hasil carian anda dipaparkan pada bahagian bawah skrin.
    • Untuk mendapatkan lebih banyak hasil carian, leret ke atas pada hasil carian tersebut.

Petua:

  • Untuk melaraskan pemilihan, seret sempadan pilihan atau keseluruhan pilihan.
  • Untuk berinteraksi dengan kandungan yang disekat oleh bar carian, leret menggunakan dua jari untuk menyorot dan menggerakkan tetingkap atau seret bar carian ke bahagian atas atau bawah skrin.
  • Untuk melakukan carian muzik bagi audio yang dimainkan di sekeliling anda atau melalui pembesar suara pada peranti anda, ketik Not muzik .
  • Untuk membuat carian pada keseluruhan skrin, buka Bulatkan untuk Membuat Carian dan ketik bar carian.
  • Untuk memadamkan tangkapan skrin daripada pertanyaan, ketik dua kali pada lakaran kecil tangkapan skrin atau tekan undur ruang pada papan kekunci anda.

Terjemahkan teks skrin menggunakan ciri Bulatkan untuk Membuat Carian

Untuk menterjemahkan teks yang dipaparkan pada skrin, anda boleh menggunakan ciri Bulatkan untuk Membuat Carian.

Terjemahkan teks tertentu

  1. Buka Bulatkan untuk Membuat Carian.
  2. Bulatkan atau ketik teks yang mahu anda terjemahkan.

    Petua:

    • Jika teks tidak dipilih secara automatik, ketik Pilih teks.
    • Jika perlu, laraskan pilihan secara manual.
  3. Ketik Terjemahkan Terjemah.

Terjemahkan keseluruhan skrin anda dengan serta-merta

  1. Buka Bulatkan untuk Membuat Carian.
  2. Bersebelahan bar carian, ketik Terjemahkan Terjemah.

Petua: Pada bahagian atas, dalam pil pemilih bahasa, pilih bahasa terjemahan anda.

Terjemahkan skrin anda semasa anda menatal skrin

Penting: Ciri Tatal dan terjemahkan akan dikeluarkan secara berperingkat kepada peranti yang dipilih sahaja. Oleh itu, ciri tersebut tidak akan tersedia kepada semua pengguna Android pada masa ini.

  1. Buka Bulatkan untuk Membuat Carian.
  2. Bersebelahan bar carian, ketik Terjemahkan Terjemah.
  3. Pada bahagian atas, dalam pil pemilih bahasa, pilih bahasa terjemahan anda.
  4. Ketik Tatal dan Terjemahkan.
    • Pil memaparkan bahasa terjemahan. Ketik pil untuk diminimumkan.
      • Petua: Tatal untuk menterjemahkan teks baharu secara automatik. Tindakan ini akan menterjemahkan halaman web dan dokumen yang panjang dengan mudah supaya anda tidak perlu mengetik terjemahkan berbilang kali.

  1. Untuk keluar daripada ciri ini, bersebelahan pil yang mengandungi bahasa yang dipilih, ketik Tutup Tutup.
    • Atau, anda juga boleh menutup ciri tersebut daripada bidai pemberitahuan Android.

Dapatkan Ikhtisar AI dengan menggunakan ciri Bulatkan untuk Membuat Carian

Anda boleh mendapatkan Ikhtisar AI dengan menggunakan ciri Bulatkan untuk Membuat Carian berdasarkan pertanyaan teks atau berbilang carian anda. Ketahui lebih lanjut tentang ciri berbilang carian.

Matikan ciri Bulatkan untuk Membuat Carian

Pada mod navigasi 3 butang

  1. Pada telefon Android anda, akses Tetapan Tetapan.
  2. Cari Bulatkan untuk Membuat Carian.
  3. Ketik Bulatkan untuk Membuat Carian.
  4. Matikan Bulatkan untuk Membuat Carian.

Pada mod Navigasi gerak isyarat

  1. Pada telefon Android anda, akses Tetapan Tetapan.
  2. Cari Bulatkan untuk Membuat Carian.
  3. Ketik Bulatkan untuk Membuat Carian.
  4. Matikan Bulatkan untuk Membuat Carian.

Selesaikan masalah ralat "Bulatkan untuk Membuat Carian tidak tersedia"

Untuk menggunakan Bulatkan untuk Membuat Carian pada peranti Android yang disokong, pastikan bahawa:

Tetapan kebenaran anda adalah betul

  1. Pada telefon Android anda, akses Tetapan Tetapan.
  2. Cari Apl pembantu digital.
  3. Ketik Apl pembantu digital.
    • Pastikan bahawa:
      • Pembantu digital lalai ditetapkan kepada "Google".
      • “Gunakan tangkapan skrin” dihidupkan.

Apl Google anda adalah yang terkini

  1. Pada telefon Android anda, buka apl Google Play Store Google Play.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketikIkon profil anda.
  3. Ketik Urus apl dan peranti kemudian Urus.
  4. Ketik apl Google Carian Google.
    • Jika anda melihat label "Kemaskinian tersedia", ketik Kemas kinikan.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
348545419192473205
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
100334
false
false
false
false