Anda boleh mengecilkan dan menyesuaikan hasil carian anda untuk mencari perkara yang anda inginkan. Sebagai contoh, anda boleh mencari laman yang dikemas kinidalam masa 24 jam yang lepas atau foto dengan maklumat lesen.
Petua: Apabila anda menggunakan penapis, tetapan Carian anda tidak berubah. Untuk memadamkan carian lepas atau mengubah tetapan seperti SafeSearch, hasil carian setiap halaman atau bahasa, pergi ke tetapan Carian.
Tambah atau alih keluar penapis
Petua: Alatan carian yang anda cari adalah berdasarkan carian, jenis hasil carian dan penyemak imbas anda. Anda tidak akan mendapat setiap pilihan pada setiap masa.
- Pada telefon atau tablet Android anda, buka penyemak imbas mudah alih anda, seperti Chrome atau apl Google .
- Lakukan carian di google.com.
- Di bawah kotak carian, pilih jenis hasil carian yang anda inginkan, seperti Semua, Imej atau Berita.
- Berdasarkan penyemak imbas mudah alih anda, ikut salah satu langkah berikut:
Berdasarkan jenis hasil carian yang anda pilih, anda boleh menambah atau mengalih keluar penapis:
- Semua, Video, Berita atau Buku:
- Tambah: Di bawah kotak carian, ketik Alatan carian penapis.
- Untuk mencari “Alatan carian,” anda mungkin perlu menatal ke kanan.
- Alih keluar: Dalam bar Alatan carian, tatal ke kanan dan ketik Kosongkan.
- Tambah: Di bawah kotak carian, ketik Alatan carian penapis.
- Imej
- Tambah: Ketik Penapis penapis.
- Alih keluar: Ketik Penapis Kosongkan semua.
-
- Beli-belah
- Tambah: Ketik penapis atau Lagi penapis penapis.
- Alih keluar:
- Ketik penapis sekali lagi.
- Atau ketik Lagi penapis Kosongkan semua.
Berdasarkan jenis hasil carian yang anda pilih, anda boleh menambah atau mengalih keluar penapis:
- Imej
- Tambah: Ketik Penapis penapis.
- Alih keluar: Ketik Penapis Kosongkan semua.
- Video
- Tambah: Ketik penapis.
- Alih keluar: Ketik penapis lagi.
- Beli-belah
- Tambah: Ketik penapis atau Lagi penapis penapis.
- Alih keluar: Ketik penapis lagi atau Lagi penapis Kosongkan semua.
Cara untuk menapis hasil carian anda
Jenis hasil carian
Anda boleh mengecilkan hasil carian anda kepada satu jenis kandungan, seperti imej, video atau berita. Di sebelah kotak carian, pilih hasil carian anda.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan:
- Gambar: Pilih Imej.
- Hasil carian untuk membantu anda membuat pembelian: Pilih Beli-belah.
Alatan carian
Selepas anda memilih jenis hasil carian yang anda inginkan, anda boleh mengecilkan lagi hasil carian anda dengan Alatan carian. Alatan ini mungkin merangkumi lokasi, warna, saiz atau tarikh halaman diterbitkan.
Pengendali carian
Anda juga boleh mengecilkan carian anda apabila anda menambah pengendali carian, iaitu perkataan atau simbol yang anda boleh tambahkan pada pertanyaan anda. Ketahui cara memperhalus carian web.
Jenis alatan carian
Penting: Sesetengah Alatan carian hanya tersedia dalam beberapa bahasa atau apabila anda log masuk Akaun Google anda.
Hasil carian webBeberapa alatan termasuk:
- Tarikh diterbitkan: Cari hasil carian berdasarkan masa diterbitkan.
- Verbatim: Cari perkataan atau frasa yang tepat.
- Kamus: Cari takrif, sinonim atau imej.
- Peribadi: Cari kandungan yang dikongsi dengan anda dalam produk Google seperti Gmail.
- Untuk mendapatkan hasil carian peribadi, log masuk ke Akaun Google anda.
- Berdekatan: Hadkan hasil carian kepada perkara yang berdekatan lokasi semasa anda.
- Resipi: Kecilkan hasil carian berdasarkan bahan, tempoh memasak dan kalori.
- Aplikasi: Cari apl berdasarkan harga atau sistem pengendalian (OS).
- Paten: Cari paten berdasarkan status, jenis, pejabat paten, tarikh pemfailan atau tarikh penerbitan.
- Anda juga boleh mencari paten secara langsung di Google Paten.
- Saiz: Pilih besar, serdehana atau ikon.
- Warna: Cari imej yang merupakan warna tertentu, hitam dan putih atau lutsinar.
- Jenis: Kecilkan hasil carian kepada lukisan klip, lukisan garis atau GIF beranimasi.
- Masa: Cari foto yang diterbitkan baru-baru ini atau diterbitkan pada tarikh tertentu.
- Hak penggunaan: Cari imej dengan maklumat lesen yang dilampirkan.
- Tempoh: Kecilkan hasil carian berdasarkan tempoh video.
- Masa: Cari video yang diterbitkan baru-baru ini atau diterbitkan pada tarikh tertentu.
- Kualiti: Cari video bermutu tinggi.
- Sari kata: Hadkan hasil carian kepada video dengan sari kata.
- Sumber: Hadkan hasil carian kepada video daripada sumber tertentu, seperti YouTube.
Apabila anda mencari tempat tertentu, anda mungkin mencari penapis seperti:
- Lawatan anda yang lalu: Hadkan hasil carian kepada tempat yang pernah atau belum pernah dikunjungi.
- Penilaian: Hadkan hasil carian kepada tempat yang mempunyai penilaian tertentu atau lebih tinggi.
- Orang menilaikan tempat ini di Google.
- Makanan: Hadkan hasil carian kepada tempat yang menghidangkan jenis makanan yang tertentu.
- Harga: Cari tempat berdasarkan kos.
- Waktu: Cari tempat berdasarkan waktu buka.
Tambah atau alih keluar tempat yang pernah anda lawat
Unutuk mendapatkan hasil carian yang lebih baik, anda boleh memberitahu Google sama ada anda telah mengunjungi suatu tempat:
- Pada telefon anda: Di bahagian "Ikhtisar", ketikAnda mengunjungi tempat ini __ hari/minggu/tahun yang lalu.
- Pada komputer anda: Di sebelah "Lawatan anda yang lalu," klik Edit Ya atau Tidak.
Petua: Untuk menapis mengikut tempat yang pernah dilawat:
- Hidupkan Sejarah Lokasi pada peranti Android atau iPhone atau iPad anda.
- Hidupkan Aktiviti Web & Apl.