Penting: Artikel ini untuk pengguna di EU sahaja.
Akta Pasaran Digital (DMA) ialah undang-undang EU yang telah berkuat kuasa pada 6 Mac 2024. Susulan penguatkuasaan DMA, di EU, Google memberi anda pilihan untuk mengekalkan pemautan perkhidmatan Google yang tertentu.
Perkhidmatan Google tersebut termasuk:
- Search
- YouTube
- Perkhidmatan iklan
- Google Play
- Chrome
- Google Shopping
- Google Maps
Apabila dipautkan, perkhidmatan tersebut boleh berkongsi data anda dengan satu sama lain dan dengan semua perkhidmatan Google yang lain untuk tujuan tertentu. Semua jenis data yang diperihalkan dalam Dasar Privasi Google boleh dikongsi merentas perkhidmatan Google yang dipautkan. Hal ini termasuk data aktiviti anda apabila anda log masuk, seperti perkara yang anda cari dan video yang anda tonton dan dengar.
Anda boleh mengurus pilihan anda bagi perkhidmatan yang dipautkan dalam Google Account anda.
Petua: Pemautan perkhidmatan Google tidak melibatkan perkongsian data anda dengan perkhidmatan pihak ketiga.
Kemas kinikan pilihan anda bagi perkhidmatan yang mahu dipautkan
- Buka Tetapan pada telefon atau tablet Android anda.
- Ketik Google Urus Google Account anda Data & privasi.
- Dalam bahagian “Perkhidmatan Google Terpaut”, ketik Urus perkhidmatan terpaut.
- Pilih perkhidmatan yang mahu dipautkan dan ketik Seterusnya.
- Petua: Sebarang perkhidmatan Google yang lain yang tidak disenaraikan akan sentiasa dipautkan dan boleh berkongsi data dengan satu sama lain untuk tujuan yang diterangkan dalam Dasar Privasi kami, bergantung pada tetapan privasi anda.
- Semak pilihan anda dan ketik Sahkan Selesai OK.