Penting: Artikel ini untuk pengguna di EU sahaja.
Akta Pasaran Digital (DMA) ialah undang-undang Kesatuan Eropah (EU) yang berkuat kuasa pada 6 Mac 2024. Susulan penguatkuasaan Artikel 5(2) DMA, di EU, Google memberi anda pilihan untuk memautkan perkhidmatan Google yang tertentu.
Perkhidmatan Google tersebut termasuk:
- Search
- YouTube
- Perkhidmatan iklan
- Google Play
- Chrome
- Google Shopping
- Google Maps
Apabila dipautkan, perkhidmatan tersebut boleh berkongsi data peribadi dengan satu sama lain dan dengan semua perkhidmatan Google yang lain untuk tujuan tertentu. Semua jenis data peribadi yang diperihalkan dalam Dasar Privasi Google boleh dikongsi merentas perkhidmatan Google yang dipautkan. Hal ini termasuk data aktiviti anda apabila anda log masuk, seperti perkara yang anda cari dan video yang anda tonton dan dengar.
Anda boleh mengurus pilihan anda bagi perkhidmatan yang dipautkan dalam Google Account anda.
Petua: Pemautan perkhidmatan Google tidak melibatkan perkongsian data anda dengan perkhidmatan pihak ketiga.
Kemas kinikan pilihan anda bagi perkhidmatan yang mahu dipautkan
- Akses Google Account anda.
- Klik Data & privasi di sebelah kiri.
- Dalam bahagian "Perkongsian data", klik Perkhidmatan Google yang dipautkan.
- Pilih perkhidmatan yang mahu dipautkan dan pilih Seterusnya.
- Petua: Semua perkhidmatan yang tidak disenaraikan di atas sentiasa dipautkan dan boleh berkongsi data peribadi dengan satu sama lain untuk tujuan yang diterangkan dalam Dasar Privasi Google, bergantung pada tetapan privasi anda.
- Semak pilihan anda dan pilih Sahkan
Selesai.