Urus perkhidmatan Google anda yang dipautkan

Penting: Artikel ini untuk pengguna di EU sahaja.

Akta Pasaran Digital (DMA) ialah undang-undang EU yang telah berkuat kuasa pada 6 Mac 2024. Susulan penguatkuasaan DMA, di EU, Google memberi anda pilihan untuk mengekalkan pemautan perkhidmatan Google yang tertentu.

Perkhidmatan Google tersebut termasuk:

  • Search
  • YouTube
  • Perkhidmatan iklan
  • Google Play
  • Chrome
  • Google Shopping
  • Google Maps

Apabila dipautkan, perkhidmatan tersebut boleh berkongsi data anda dengan satu sama lain dan dengan semua perkhidmatan Google yang lain untuk tujuan tertentu. Semua jenis data yang diperihalkan dalam Dasar Privasi Google boleh dikongsi merentas perkhidmatan Google yang dipautkan. Hal ini termasuk data aktiviti anda apabila anda log masuk, seperti perkara yang anda cari dan video yang anda tonton dan dengar.

Anda boleh mengurus pilihan anda bagi perkhidmatan yang dipautkan dalam Google Account anda.

Petua: Pemautan perkhidmatan Google tidak melibatkan perkongsian data anda dengan perkhidmatan pihak ketiga.

Kemas kinikan pilihan anda bagi perkhidmatan yang mahu dipautkan

  1. Akses Google Account anda.
  2. Klik Data & privasi di sebelah kiri.
  3. Dalam bahagian “Perkhidmatan Google Yang Dipautkan”, pilih Urus perkhidmatan terpaut.
  4. Pilih perkhidmatan yang mahu dipautkan dan pilih Seterusnya.
    • Petua: Sebarang perkhidmatan Google yang lain yang tidak disenaraikan akan sentiasa dipautkan dan boleh berkongsi data dengan satu sama lain untuk tujuan yang diterangkan dalam Dasar Privasi kami, bergantung pada tetapan privasi anda.
  5. Semak pilihan anda dan pilih Sahkan kemudian Selesai kemudian OK.
Petua: Anda boleh menyemak dan mengemaskinikan pilihan anda bagi perkhidmatan yang mahu dipautkan pada bila-bila masa. 

Related resources 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16167904850635540518
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false