Ketahui tentang AI generatif

Kecerdasan Buatan (AI) generatif ialah sejenis AI yang dapat membantu anda membuat kandungan. AI ini dapat membantu anda menjadi lebih kreatif, produktif dan berpengetahuan.

Dalam artikel ini, anda dapat belajar tentang AI generatif, termasuk:

  • Penjelasan tentang AI generatif dan cara sistem ini berfungsi
  • Cara menggunakan AI generatif dan menilai ketepatan respons AI generatif
  • Cara Google membangunkan AI

Perihal AI generatif

AI generatif ialah sejenis model pembelajaran mesin. AI generatif bukan manusia. Sistem ini tidak boleh berfikir dengan sendiri atau memiliki perasaan. Sistem ini hanya cekap menemukan corak.

Sebelum ini, AI digunakan untuk memahami dan mengesyorkan maklumat. Kini, AI generatif juga dapat membantu kita menghasilkan kandungan baharu, seperti imej, muzik dan kod.

Cara model pembelajaran mesin dilatih

Model pembelajaran mesin, termasuk AI generatif, belajar melalui proses pemerhatian dan pemadanan corak yang dikenali sebagai latihan. Untuk membolehkan model memahami kasut sniker, model tersebut dilatih dengan jutaan foto kasut sniker. Lama-kelamaan, model itu akan mengecam kasut sniker dan objek yang dipakai oleh manusia pada kaki mereka dengan tali, tapak dan logo.

Model tersebut boleh menggunakan latihan untuk:

  1. Menerima input seperti “Jana imej kasut sniker dengan hiasan kambing”. 
  2. Mengaitkan maklumat yang telah dipelajari tentang kasut sniker, kambing dan hiasan kasut.
  3. Menjana imej, walaupun model tersebut tidak pernah melihat imej sedemikian sebelum ini.
Cara Model Bahasa Besar menguasakan AI generatif

AI generatif dan Model Bahasa Besar (LLM) merupakan sebahagian daripada teknologi yang sama. AI generatif boleh dilatih dengan sebarang jenis data tetapi LLM menggunakan perkataan sebagai sumber utama data latihan.

Pengalaman yang dikuasakan oleh LLM, seperti Gemini dan Search Generative Experience, dapat meramalkan kemungkinan perkataan yang seterusnya berdasarkan gesaan anda dan teks yang pernah dijana setakat ini. LLM diberi kefleksibelan untuk memilih kemungkinan perkataan seterusnya yang sepadan dengan corak yang diperoleh daripada latihan. Kefleksibelan ini membolehkan LLM menjana respons kreatif.

Jika anda menggesa LLM untuk mengisi frasa “Harry [kosong]”, LLM mungkin meramalkan perkataan yang seterusnya sebagai “Styles” atau “Potter”.


Cara menggunakan AI generatif

Penting: Pengalaman Google yang dikuasakan oleh AI generatif dapat membantu anda memulakan proses kreatif. Sistem ini tidak sepatutnya melakukan segala kerja untuk anda atau menjadi pencipta.

Terdapat 3 kaedah untuk anda menggunakan AI generatif:

  • Sumbang saran idea kreatif anda. Sebagai contoh, dapatkan bantuan menulis siri permulaan bagi filem kegemaran anda.
  • Tanya soalan yang anda percaya tidak mungkin dapat dijawab. Seperti, “Apakah yang wujud lebih awal, ayam atau telur?”
  • Dapatkan bantuan tambahan. Minta cadangan bagi tajuk cerita yang telah anda tulis atau dapatkan bantuan untuk mengenal pasti spesies haiwan atau serangga dalam imej.

Anda perlu menggunakan AI Generatif dengan bertanggungjawab ketika anda menerokai serta membuat dan mempelajari perkara baharu menerusi alatan tersebut. Untuk mendapatkan butiran, semak Dasar Penggunaan AI Generatif Yang Dilarang kami.

AI boleh & akan membuat kesilapan

Memandangkan AI generatif masih dalam peringkat percubaan dan sedang dibangunkan, AI generatif boleh dan akan membuat kesilapan:

  • AI generatif boleh mengada-adakan maklumat. Apabila AI generatif mereka cipta jawapan, hal ini dipanggil halusinasi. Halusinasi berlaku kerana LLM tidak mengumpulkan maklumat langsung, berbeza daripada Google Search yang mencari maklumat dalam web. Sebaliknya, LLM meramalkan perkataan yang seterusnya berdasarkan input pengguna. 
    • Sebagai contoh, anda mungkin bertanya, “Siapakah yang akan memenangi acara gimnastik wanita di Sukan Olimpik Musim Panas Brisbane 2032?" dan jawapan akan diberikan walaupun acara itu belum berlaku lagi.
  • AI generatif juga boleh tersalah faham. Ada kalanya, produk AI generatif tersalah tafsir bahasa, yang mengubah maksud sebenar.
    • Sebagai contoh, anda mungkin mahu mengetahui lebih lanjut tentang organ, sejenis alatan muzik. Jika anda meminta maklumat tentang organ, AI generatif mungkin akan memberi anda maklumat tentang organ yang merujuk anggota dalaman badan.
Sentiasa buat penilaian terhadap respons yang diterima

Fikirkan respons yang anda terima daripada alatan AI generatif secara kritis. Gunakan Google dan sumber lain untuk menyemak maklumat yang disampaikan sebagai fakta.

Jika anda menemukan maklumat yang tidak betul, laporkan maklumat itu. Kebanyakan produk AI generatif kami memiliki alat pelaporan. Maklum balas anda dapat membantu kami menambah baik model untuk meningkatkan pengalaman AI generatif untuk semua.

Gunakan kod dengan berhati-hati

Ciri kod generatif kami masih bersifat percubaan dan anda bertanggungjawab untuk penggunaan penjelasan kod atau pengekodan yang dicadangkan. Sila gunakan budi bicara dan uji serta semak semua kod dengan teliti untuk mengesan ralat, pepijat dan kerentanan sebelum bergantung pada kod tersebut. Anda bertanggungjawab untuk mematuhi sebarang keperluan lesen, seperti apabila kami memberikan petikan untuk repositori kod sumber terbuka. Ketahui lebih lanjut.


Cara Google membangunkan AI

Untuk memastikan kami membina alatan yang menjadikan dunia lebih baik untuk semua, kami telah membangunkan set prinsip AI pada tahun 2018. Prinsip ini menjelaskan matlamat kami untuk membangunkan teknologi menonjol yang dapat menyelesaikan sesetengah cabaran terbesar dalam masyarakat dengan cara yang bertanggungjawab.

Sebagai contoh, kami menggunakan AI untuk:

  • Menyokong usaha untuk mengekang perubahan iklim, seperti mengurangkan lalu lintas berhenti dan berjalan untuk mengurangkan pelepasan daripada kenderaan
  • Meramalkan atau memantau bencana alam, seperti meramalkan banjir di lebih 20 negara dan menjejaki sempadan kebakaran hutan dalam masa nyata
  • Menyokong inovasi penjagaan kesihatan, seperti menjadikan pemeriksaan tuberkulosis lebih mudah diakses dan membantu pengesanan kanser payudara yang lebih awal

Prinsip kami juga menyenaraikan bidang yang tidak akan kami ceburi dengan AI, seperti teknologi yang menyebabkan kemudaratan secara keseluruhan atau melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Semak senarai penuh kami tentang prinsip AI.

Cara data membantu Google membangunkan AI generatif dalam Search

Untuk membangunkan dan meningkatkan pengalaman AI generatif pada Search dan teknologi pembelajaran mesin yang menguasakan ciri tersebut, Google menggunakan interaksi pengguna dengan Search dan pengalaman tersebut. Hal ini boleh termasuk interaksi seperti perkara yang dicari dan maklum balas yang diberikan oleh mereka, seperti isyarat menyukai atau tidak menyukai. Semakan manual merupakan salah satu daripada pelbagai cara kami menilai dan meningkatkan kualiti hasil dan produk kami secara bertanggungjawab.

Apabila jurusemak terlatih berusaha untuk meningkatkan kualiti model pembelajaran mesin Search, kami mengambil beberapa langkah keselamatan untuk melindungi privasi pengguna:

  • Data yang dilihat dan dianotasikan oleh jurusemak diputuskan sambungan daripada akaun pengguna.
  • Alatan automatik membantu untuk mengenal pasti dan mengalih keluar pelbagai maklumat yang boleh dikenal pasti dan maklumat peribadi yang sensitif.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Enroll in Google AI Essentials

Looking to get hands-on experience with generative AI tools like Gemini? Learn from experts at Google and get essential AI skills to boost your productivity with Google AI Essentials, zero experience required.

Get started

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3728046941341638325
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false