Apabila anda menaip dalam Google, Google akan cuba meramalkan perkara yang anda cari. Hal ini dipanggil autolengkap. Anda boleh mematikan sesetengah ramalan ini atau memberitahu Google sekiranya terdapat sebarang masalah.
Matikan Pemeribadian Search
Jika anda mematikan "Pemeribadian Search", Google tidak akan membuat ramalan berdasarkan perkara yang anda cari sebelum ini. Jika anda membiarkan Google menyimpan aktiviti anda, Google boleh menjadikan carian lebih baik untuk anda. Ketahui cara mencari dan mengawal Aktiviti Web dan Apl anda.
Jika anda log masuk ke Google Account anda dan "Pemeribadian Search" dihidupkan, anda akan menerima ramalan dan syor diperibadikan pada Google Search. Jika anda tidak mahu mendapatkan ramalan dan syor, anda boleh mematikan Pemeribadian Search.
Matikan carian sohor kini
Jika anda tidak mahu mendapat carian sohor kini, anda boleh menukar tetapan anda.
- Pada komputer anda, akses google.com.
- Pada bahagian bawah, klik Tetapan
Tetapan carian.
- Pada sebelah kiri, klik Tetapan lain.
- Di bawah "Desktop", matikan Autolengkap dengan carian sohor kini.
Matikan carian berkaitan
Jika anda tidak log masuk ke Google Account anda, Google akan menunjukkan anda carian yang serupa dengan carian terbaharu anda. Untuk menghentikan tetapan ini, matikan Penyesuaian carian.
- Pada komputer anda, akses google.com.
- Pada bahagian bawah, klik Tetapan
Tetapan carian.
- Matikan Penyesuaian carian.
Laporkan ramalan
Anda boleh melaporkan ramalan yang anda percaya telah melanggar satu daripada dasar autolengkap.
- Pada komputer anda, akses google.com.
- Dalam bar carian, taip perkara yang mahu anda cari.
- Google menunjukkan anda beberapa ramalan di bawah kotak carian.
- Klik Laporkan ramalan yang tidak sesuai di bawah ramalan yang tidak anda sukai.
- Pilih ramalan yang dikehendaki untuk memberikan maklum balas dan perihalan maklum balas anda.
- Berikan maklum balas anda.
- Klik Serah.
Google meneliti perkara yang anda sebut tetapi mungkin tidak mengalih keluar ramalan.
Laporkan isu perundangan tentang ramalan
Jika anda berpendapat ramalan melanggar undang-undang, isikan borang ini.