Google menggunakan sistem automatik untuk menemukan kandungan daripada web dan sumber lain. Sistem ini menjana hasil carian yang memberikan respons yang berguna dan boleh dipercayai kepada berbilion-bilion permintaan carian yang kami proses setiap hari.
Google Search merangkumi bertrilion-trilion halaman web, imej, video dan kandungan lain, dan hasil carian mungkin mengandungi bahan yang tidak menyenangkan, menyinggung atau bermasalah bagi sesetengah orang.
Sistem automatik Google melindungi anda daripada bahan yang tidak menyenangkan. Hasil carian sepatutnya berguna, berkaitan dan mengehadkan respons spam. Kami boleh mengalih keluar kandungan yang melanggar dasar kandungan Google secara manual setelah semakan mengikut keadaan dilakukan oleh pakar terlatih kami. Kami juga boleh menurunkan taraf laman, seperti apabila kami menemukan bilangan pelanggaran dasar kandungan yang tinggi dalam sesebuah laman.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati laman yang berikut:
- Ketahui cara Google memaksimumkan akses kepada maklumat
- Google Search Essentials
- Dasar spam untuk carian web Google
Dasar kandungan keseluruhan untuk Google Search
Dasar ini digunakan pada kandungan yang dipaparkan di mana-mana sahaja dalam Google Search, termasuk hasil carian web. Hasil carian web ialah halaman web, imej, video, berita, kandungan atau bahan lain yang ditemukan oleh Google dari seluruh web.
Kembangkan semua Kuncupkan semua
Imejan penderaan seksual kanak-kanak atau bahan eksploitasiKami menghalang hasil carian yang membawa kepada imejan penderaan seksual kanak-kanak atau bahan yang kelihatan seperti membahayakan, mengeksploitasi kanak-kanak atau menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa. Ketahui cara melaporkan imejan penderaan seksual kanak-kanak.
Google mungkin mengalih keluar maklumat peribadi tertentu yang menimbulkan risiko yang tinggi berkenaan dengan kecurian identiti, penipuan kewangan atau bahaya lain yang tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan doxxing, imej peribadi yang eksplisit dan pornografi palsu luar kawal. Ketahui cara mengalih keluar maklumat peribadi anda daripada Google.
Google Search mengesan spam melalui sistem automatik. Google mengambil tindakan terhadap spam, yang merujuk teknik yang digunakan untuk menipu pengguna atau memanipulasi sistem Carian kami dengan meninggikan kedudukan kandungan. Tindakan manual akan dilaksanakan terhadap sesebuah laman selepas jurusemak Google menentukan bahawa halaman pada laman tersebut terlibat dalam spam seperti yang diterangkan dalam Google Search Essentials. Ketahui perihal dasar spam kami untuk carian web Google lebih lanjut.
Apabila diminta, kami mengalih keluar kandungan yang ingin dihalang oleh juruweb atau pemilik laman daripada hasil carian web kami. Ketahui cara menghalang akses kepada kandungan anda dan cara mengalih keluar maklumat daripada Google.
Kami mengalih keluar kandungan atau ciri daripada Hasil carian kami atas sebab perundangan. Sebagai contoh, kami mengalih keluar kandungan jika kami menerima pemberitahuan sah di bawah Akta Hak Cipta Milenium Digital AS (DMCA). Kami juga mengalih keluar kandungan daripada versi setempat Google yang bersesuaian dengan undang-undang setempat apabila kami diberitahu bahawa kandungan tersebut merupakan isu. Sebagai contoh, kami mengalih keluar kandungan yang mengagungkan parti Nazi secara tidak sah daripada perkhidmatan kami di Jerman atau kandungan yang menghina agama secara tidak sah daripada perkhidmatan kami di India. Kami menyahsenaraikan halaman tentang pertanyaan nama berdasarkan permintaan perlindungan data di bawah keadaan yang biasanya dikenali sebagai "Hak untuk Dilupakan" di EU. Kami meneliti permintaan ini untuk memastikan bahawa permintaan ini mempunyai asas yang baik dan kami kerap menolak untuk mengalih keluar kandungan apabila tiada asas yang nyata dalam undang-undang.
Bilamana wajar, kami memaparkan pemberitahuan yang hasil cariannya telah dialih keluar dan melaporkan pengalihan keluar ini kepada Pangkalan Data Lumen, projek yang dijalankan oleh Berkman Center for Internet and Society yang menjejaki pengehadan terhadap pertuturan dalam talian. Kami juga mendedahkan butiran tertentu tentang pembuangan perundangan daripada Hasil carian kami melalui Laporan Ketelusan kami. Ketahui cara membuat Permintaan Pengalihan Keluar Perundangan.
Dasar ciri carian
Dasar ini digunakan pada banyak ciri carian kami. Walaupun ciri ini dan kandungan dijana secara automatik dengan hasil carian web, cara ciri dan kandungan tersebut disampaikan mungkin ditafsirkan sebagai mempunyai kualiti atau kebolehpercayaan yang lebih tinggi daripada hasil carian web. Kami juga tidak mahu ciri ramalan atau penapisan mengejutkan atau menyinggung orang tanpa disangka. Ciri carian yang diliputi oleh dasar ini termasuk panel, karusel, peningkatan terhadap senarai web (seperti melalui data berstruktur), ciri ramalan dan penapisan serta hasil carian dan ciri yang disebut dengan lantang. Dasar ini tidak digunakan untuk hasil carian web.
Kembangkan semua Kuncupkan semua
IklanKami tidak membenarkan kandungan yang tujuan utamanya adalah untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan, yang termasuk panggilan langsung untuk pembelian, pautan kepada laman web lain, maklumat hubungan syarikat dan taktik promosi yang lain. Kami tidak membenarkan kandungan tajaan yang disembunyikan atau disalahnyatakan sebagai kandungan bebas.
Terakhir dikemaskinikan: Februari 2022
Kami tidak membenarkan kandungan yang boleh mengakibatkan bahaya serius dan langsung kepada orang atau haiwan. Kandungan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, barangan, perkhidmatan atau aktiviti berbahaya, serta mencederakan diri sendiri, seperti pencacatan, kecelaruan makan, atau penyalahgunaan dadah.
Terakhir dikemaskinikan: September 2022
Kami tidak membenarkan kandungan atau akaun yang menyamar sebagai mana-mana orang atau organisasi, membuat salah nyataan atau menyembunyikan pemilikan atau tujuan utama, atau terlibat dalam gelagat yang palsu atau diselaraskan untuk memperdaya, menipu, atau mengelirukan orang. Hal ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
- Salah nyataan atau penyembunyian negara asal, gabungan kumpulan berkepentingan kerajaan atau politik.
- Penghalaan kandungan kepada pengguna di negara lain di bawah premis palsu.
- Bekerjasama dalam cara yang menyembunyikan atau memberikan salah nyataan maklumat tentang hubungan atau kebebasan editorial.
Dasar ini tidak merangkumi kandungan dengan pertimbangan kesenian, pendidikan, sejarah, dokumentasi, atau saintifik, atau manfaat besar yang lain terhadap masyarakat awam.
Terakhir dikemaskinikan: Mac 2023
Kami tidak membenarkan kandungan yang mengganggu, membuli atau mengancam. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan yang mungkin:
- Menganiayai seseorang secara khusus.
- Mengancam untuk mencederakan seseorang dengan serius.
- Menggambarkan seseorang secara seksual dengan cara yang tidak diingini.
- Mendedahkan maklumat peribadi seseorang yang boleh digunakan untuk memberikan ancaman.
- Merendah-rendahkan atau memperkecil-kecil mangsa keganasan atau tragedi.
- Menafikan kekejaman.
- Menyebabkan gangguan dengan cara lain.
Terakhir dikemaskinikan: Oktober 2022
Kami tidak membenarkan kandungan yang menggalakkan atau merelakan keganasan, menggalakkan diskriminasi, merendah-rendahkan atau mempunyai tujuan utama untuk menghasut kebencian terhadap kumpulan. Hal ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyasaran terhadap bangsa, asal-usul etnik, agama, kurang upaya, umur, kewarganegaraan, status veteran, orientasi seksual, jantina, identiti jantina, atau apa-apa ciri lain yang dikaitkan dengan diskriminasi atau keterpinggiran sistemik (seperti status pelarian, status imigresen, kasta, orang miskin, dan orang gelandangan).
Terakhir dikemaskinikan: Mac 2023
Kami tidak membenarkan kandungan audio, video atau imej yang dimanipulasi untuk memperdaya, menipu atau mengelirukan dengan menjadi wakil tindakan atau peristiwa yang secara nyata tidak berlaku. Larangan ini termasuk jika kandungan sedemikian akan menyebabkan seseorang yang waras mempunyai pemahaman atau tanggapan yang secara asasnya berbeza sehingga boleh menyebabkan kemudaratan yang besar kepada kumpulan atau individu, atau menjejaskan penyertaan atau kepercayaan dalam proses pemilihan atau sivik secara ketara.
Terakhir dikemaskinikan: Disember 2022
Kami tidak membenarkan kandungan yang bertentangan atau berjalan bertentangan dengan kesepakatan saintifik atau perubatan dan amalan terbaik berasaskan bukti.
Terakhir dikemaskinikan: September 2023
Kami tidak membenarkan kandungan yang mengandungi kebogelan, aksi seks grafik atau bahan seks eksplisit. Istilah perubatan atau saintifik yang berkaitan dengan anatomi manusia atau pendidikan seks dibenarkan.
Terakhir dikemaskinikan: Mac 2023
Kami tidak membenarkan kandungan yang diterbitkan oleh organisasi atau individu yang menggunakan keganasan terhadap orang awam untuk mencapai matlamat politik, agama, atau ideologi. Perkara ini termasuk kumpulan pengganas oleh kerajaan serta organisasi dan gerakan ganas lain yang mendedahkan pengguna kami kepada bahaya dunia sebenar. Kami juga tidak membenarkan kandungan yang memudahkan atau mempromosikan aktiviti kumpulan ini, seperti merekrut, berkongsi bahan yang boleh menggalakkan bahaya, mencetuskan keganasan, atau meraikan serangan. Kandungan yang berkaitan dengan faham pelampau yang ganas mungkin dibenarkan dalam konteks ilmiah atau dokumentari, tetapi maklumat yang mencukupi mestilah disediakan untuk membantu pengguna memahami konteks tersebut.
Terakhir dikemaskinikan: September 2023
Kami tidak membenarkan kandungan yang ganas atau ngeri untuk membuat kejutan, kegemparan, atau tujuan yang tidak sepatutnya. Hal ini termasuk gambaran grafik tentang:
- Tindakan atau insiden ganas yang mengakibatkan kecederaan melampau atau kematian tanpa konteks sejarah atau pendidikan
- Organ dalaman atau tulang terdedah tanpa konteks perubatan atau saintifik
- Mangsa kematian ganas yang boleh dikenal pasti
- Penderaan atau pembunuhan haiwan yang bukan pemburuan biasa, pemprosesan makanan, atau amalan budaya
Terakhir dikemaskinikan: Februari 2024
Kami tidak membenarkan kandungan lucah atau kata-kata cabul jika tujuan utama kandungan hanyalah untuk membuat kejutan, kegemparan, atau tujuan yang tidak sepatutnya.
Terakhir dikemaskinikan: Mei 2023
Dasar berciri khusus
Sesetengah ciri carian mempunyai dasar khusus yang diperlukan disebabkan oleh cara berfungsi yang khusus. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, lawati halaman yang berikut:
- Autolengkap (Terakhir dikemaskinikan: Februari 2024)
- Kotak kamus (Terakhir dikemaskinikan: Februari 2023)
- Coretan yang ditampilkan (Terakhir dikemaskinikan: Oktober 2022)
- Google Discover (Terakhir dikemaskinikan: Februari 2024)
- Google News (Terakhir dikemaskinikan: September 2023)
- Google Podcasts (Terakhir dikemaskinikan: Mac 2023)
- Kotak imej & video (Terakhir dikemaskinikan: Disember 2023)
- Graf Pengetahuan & Panel Pengetahuan (Terakhir dikemaskinikan: Julai 2023)
- Penyenaraian produk (Terakhir dikemaskinikan: Disember 2022)
- Data berstruktur
- Data berstruktur untuk siaran jawatan kosong (Terakhir dikemaskinikan: Mei 2020)
- Kandungan pengguna pada Search
- Dasar Kandungan Cerita Web pada Google