Perihal Jaminan harga pada Google Flights

Jaminan harga ialah program perintis yang tersedia pada jadual perjalanan yang terpilih dalam Google Flights. Bagi sesetengah harga penerbangan, algoritma Google yakin bahawa harga yang anda temukan adalah yang paling rendah sebelum tarikh berlepas. Untuk penerbangan tersebut, kami akan memantau harga sehingga penerbangan pertama dalam jadual perjalanan anda berlepas. Jika harga turun, kami akan membayar perbezaan harga tersebut.

Sehingga kini, Jaminan harga tersedia pada jadual perjalanan Tempah pada Google yang terpilih. Kami telah memperluas program kami kepada jadual perjalanan terpilih yang anda temukan pada Google Flights tetapi ditempah pada laman web syarikat penerbangan atau agensi pelancongan.

Pilih kaedah tempahan anda untuk mendapatkan bantuan terbaik:

Menempah jadual perjalanan melalui Tempah pada Google

Jika anda memilih jadual perjalanan Jaminan harga yang membolehkan anda membuat tempahan melalui "Tempah pada Google”, yang bermaksud anda kekal pada laman Google untuk menyelesaikan transaksi anda dengan syarikat penerbangan atau agensi pelancongan, pilih pilihan ini.

Berapakah jumlah wang yang boleh saya dapat daripada Jaminan harga?

Jaminan harga akan membayar perbezaan harga antara harga penerbangan pada waktu tempahan dibuat dengan harga tiket yang paling murah antara waktu itu sehingga waktu berlepas. Untuk mendapatkan bayaran, perbezaan harga mestilah melebihi USD 5. Jumlah maksimum yang boleh anda terima ialah USD 500 bagi setiap Google Account merentas semua jadual perjalanan yang memenuhi syarat dalam tahun kalendar tertentu. Anda boleh memiliki maksimum 3 tempahan terbuka dengan Jaminan harga pada satu-satu masa. Hal ini bermakna penerbangan pertama dalam jadual perjalanan belum berlepas lagi. Jika layak, anda akan menerima bayaran selepas penerbangan pertama dalam tempahan jadual perjalanan berlepas.

Bagaimanakah cara mendapatkan jaminan harga?

Penting:

  • Untuk melihat penerbangan jaminan harga, negara/wilayah anda hendaklah ditetapkan kepada AS dan mata wang anda mestilah dalam USD.
  • Jaminan harga hanya terpakai pada penerbangan sehala dan pergi balik yang berlepas dari Amerika Syarikat.
  • Anda mestilah menggunakan alamat pengebilan AS dan nombor telefon AS pada halaman Tempah pada Google.
  • Anda mestilah log masuk ke Google Account anda.

Jaminan harga hanya tersedia untuk penerbangan yang kami yakin bahawa harga penerbangan tersebut tidak akan turun. Penerbangan ini akan ditandai dengan lencana harga berwarna-warni apabila anda memilih penerbangan berlepas dan penerbangan pulang. Jaminan harga hanya akan memberikan kesan kepada anda jika harga penerbangan turun selepas anda membuat tempahan dan sebelum penerbangan pertama dalam jadual perjalanan anda berlepas.

  1. Di bawah “Penerbangan berlepas”, pilih penerbangan berlencana.
  2. Pilih jadual perjalanan berlencana, kemudian teruskan kepada semak keluar.
    • Untuk memastikan Jaminan harga digunakan, semua penerbangan dalam jadual perjalanan anda mestilah memaparkan lencana Jaminan harga.
  3. Klik pautan “Tempah pada Google”.
  4. Pada Halaman Tempah pada Google, tandai kotak di sebelah “Jaminan Harga” untuk menerima Syarat Perkhidmatan.

Anda akan menerima e-mel pengesahan apabila penerbangan tersebut dijamin.

Berapa lamakah tempoh jaminan harga?

Jaminan harga akan berkuat kuasa selepas anda membuat tempahan pada Google. Walau bagaimanapun, jika syarikat penerbangan mengemaskinikan harga lebih pantas berbanding proses pemuatan pada Google Flights, kami mungkin tidak dapat memberikan jaminan itu lagi. Anda mungkin menemukan jaminan harga tetapi jika harga dikemaskinikan sebelum anda membuat tempahan, jaminan tersebut mungkin tidak tersedia apabila anda membuat tempahan.

Adakah saya perlu membayar perkhidmatan ini?

Tidak perlu. Jaminan harga tersedia tanpa kos.

Apakah yang akan berlaku selepas saya membuat tempahan?

Selepas anda membuat tempahan, kami akan memantau harga tersebut sehingga penerbangan pertama dalam jadual perjalanan anda berlepas. Kemudian, kami akan menghantar e-mel untuk memberitahu anda sama ada harga telah turun atau tidak. Anda juga mungkin akan menerima kemaskinian e-mel selepas tempahan dibuat hingga waktu berlepas. Jika harga turun, kami akan membayar balik perbezaan harga kepada anda dalam Google Pay. Jika harga tidak turun, maksudnya anda telah mendapat harga terbaik daripada Google Flights.

Bagaimanakah saya akan mendapat bayaran bagi perbezaan harga?

Penting:

  • Anda mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Anda mestilah mempunyai akaun Google Pay atau membuat akaun Google Pay untuk menuntut bayaran anda. Anda mestilah log masuk menggunakan Google Account yang sama yang anda gunakan untuk menempah penerbangan anda melalui Tempah pada Google.
  • Apabila anda menjadi pengguna Google Pay, anda tertakluk pada Syarat Perkhidmatan Google Pay.

Jika harga turun, kami akan memberitahu anda selepas penerbangan berlepas dan membayar balik perbezaan harga kepada anda dalam Google Pay. Bayaran tersebut biasanya mengambil masa hingga 48 jam untuk didepositkan dalam akaun anda.

Jika anda tidak mempunyai akaun Google Pay, anda perlu membuat akaun tersebut supaya kami dapat membayar perbezaan harga kepada anda:

  • Klik Dapatkan $X anda dalam e-mel yang kami hantar kepada anda dan buat akaun Google Pay dalam masa 90 hari dari tarikh berlepas penerbangan pertama dalam jadual perjalanan anda. Dalam masa 48 jam, kami akan mendepositkan bayaran perbezaan harga tersebut dalam baki Google Pay atau Wang dalam Google Pay anda pada pay.google.com.

Anda boleh memindahkan wang kepada akaun bank anda selepas wang tersebut berada dalam baki Google Pay atau Wang dalam Google Pay anda:

  1. Akses pay.google.com.
  2. Klik Kaedah pembayaran kemudian Wang dalam Google Pay atau baki Google Pay.
  3. Klik Pindah keluar.
    • Masukkan jumlah yang mahu dipindahkan.
    • Pilih akaun bank untuk menerima pindahan wang anda.
  4. Klik Pindah keluar.

Sebelum anda mengesahkan identiti anda, anda hanya boleh memindahkan wang dengan jumlah maksimum 200 USD setiap minggu pada laman web Google Pay. Untuk memindahkan jumlah wang yang lebih besar, anda perlu memuat turun apl Google Pay dan mengesahkan identiti anda. Ketahui lebih lanjut tentang had Google Pay.

Jika anda mengalami masalah semasa memuat turun apl Google Pay, lawati pusat bantuan Google Pay.

Apakah yang akan berlaku jika saya membatalkan perjalanan saya?

Jika anda mengubah perjalanan anda atau membatalkan mana-mana bahagian perjalanan itu, anda tidak akan mendapat balik bayaran bagi perbezaan harga tersebut.

Di manakah saya boleh mendapatkan semua butiran?

Anda boleh mendapatkan butiran program dalam Syarat Perkhidmatan kami. Jika penerbangan anda menawarkan Jaminan harga, Syarat Perkhidmatan Jaminan harga akan dikenakan.

Jika anda mengalami masalah atau mempunyai pertanyaan, hubungi kami berkenaan penerbangan anda.

Soalan lazim

Adakah saya perlu melakukan apa-apa selepas membuat tempahan?

Tidak perlu. Kami akan memantau harga secara automatik selepas anda membuat tempahan sehingga penerbangan pertama anda berlepas dan memberitahu anda selepas penerbangan berlepas jika harga turun.

Jika harga turun, bilakah saya akan menerima bayaran bagi perbezaan harga?

Anda biasanya akan menerima bayaran bagi perbezaan harga dalam akaun Google Pay anda dalam tempoh 48 jam selepas penerbangan pertama anda berlepas.

Bolehkah saya membatalkan jaminan saya?

Anda boleh menarik diri daripada jaminan harga sebelum anda menempah penerbangan anda. Untuk membatalkan jaminan harga selepas membuat tempahan, hubungi kami berkenaan penerbangan anda.

Apakah yang berlaku jika penerbangan saya dibatalkan atau dijadualkan semula?

Jika penerbangan anda dibatalkan atau dijadualkan semula, anda tidak akan mendapat bayaran balik bagi perbezaan harga.

Apakah yang akan berlaku jika harga turun, kemudian naik semula?

Anda masih akan mendapat bayaran balik bagi perbezaan antara harga semasa anda membuat tempahan dengan harga terendah yang tersedia sebelum penerbangan berlepas.

Membuat tempahan pada laman web syarikat penerbangan atau agensi pelancongan

Jika anda memilih jadual perjalanan Jaminan harga pada Google Flights tetapi membuat tempahan dengan syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian pada laman web mereka, pilih pilihan ini.

Berapakah jumlah wang yang boleh saya dapat daripada jaminan harga?

Apabila anda memilih pilihan tempahan jaminan harga pada Google Flights, Jaminan harga akan membayar kepada anda perbezaan antara harga penerbangan pada masa tersebut dengan harga tiket paling murah untuk jadual perjalanan yang sama seperti yang dilihat pada Google Flights antara waktu itu sehingga waktu berlepas. Untuk mendapatkan bayaran, perbezaan harga mestilah melebihi USD 5. Jumlah maksimum yang boleh anda terima ialah USD 500 bagi setiap Google Account merentas semua jadual perjalanan yang memenuhi syarat dalam tahun kalendar tertentu. Anda boleh memiliki maksimum 3 tempahan Jaminan harga yang telah disahkan pada satu-satu masa. Jika layak, anda akan menerima semula wang selepas penerbangan pertama dalam tempahan jadual perjalanan berlepas.

Bagaimanakah cara mendapatkan jaminan harga?

Penting:

  • Untuk mencari penerbangan jaminan harga, negara/wilayah anda hendaklah ditetapkan kepada AS dan mata wang anda mestilah dalam USD.
  • Jaminan harga hanya terpakai pada penerbangan sehala dan pergi balik yang berlepas dari Amerika Syarikat.
  • Anda mestilah log masuk ke Google Account anda.

Jaminan harga hanya tersedia untuk penerbangan yang kami yakin bahawa harga penerbangan tersebut tidak akan turun. Penerbangan ini akan ditandai dengan lencana harga berwarna-warni  apabila anda memilih penerbangan berlepas dan penerbangan pulang. Jaminan harga hanya akan memberikan kesan kepada anda jika harga penerbangan anda turun selepas anda membuat pilihan tempahan jaminan harga pada Google Flights dan sebelum penerbangan pertama dalam jadual perjalanan anda berlepas.

  1. Di bawah “Penerbangan berlepas”, pilih penerbangan berlencana.
    • Untuk memastikan Jaminan harga digunakan, semua penerbangan dalam jadual perjalanan anda mestilah memaparkan lencana Jaminan Harga.
  2. Dalam bahagian “Pilihan tempahan”, untuk membuat pilihan jaminan harga, klik Teruskan.
    • Pilihan tempahan jaminan harga memaparkan lencana Jaminan Harga.
    • Kami menjamin bahawa harga yang anda lihat bersebelahan dengan lencana Jaminan harga tidak akan menjadi lebih murah sebelum penerbangan berlepas.
  3. Pada laman web syarikat penerbangan atau agensi pelancongan, tempah jadual perjalanan yang sama dengan yang dijamin pada Google Flights. Untuk menggunakan Jaminan harga, semua komponen jadual perjalanan yang ditempah mestilah sepadan, termasuk syarikat penerbangan, nombor penerbangan, tarikh, bilangan penumpang, tambang dan kelas kabin serta dasar pembatalan.
  4. Selepas anda membuat pilihan tempahan jaminan harga pada Google Flights, Google akan memantau harga setiap hari sehingga penerbangan berlepas.
    • Anda akan menerima e-mel selepas penerbangan berlepas untuk memberitahu anda sama ada harga turun atau tidak.
  5. Jika terdapat penurunan harga, untuk mendapatkan bayaran perbezaan harga dalam Google Pay, anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa anda telah menempah penerbangan tersebut:
    • Dalam e-mel anda, klik Ya, saya telah menempah penerbangan ini dan ikut arahan:
      • Masukkan nombor pengesahan dan nama keluarga anda, kemudian tandai kotak untuk menerima Syarat Perkhidmatan.
      • Klik Sahkan.
  • Secara alternatif, lawati halaman Jaminan harga:
    • Cari jadual perjalanan jaminan harga anda.
    • Klik Ya, saya telah membuat tempahan ini.
    • Masukkan nombor pengesahan dan nama keluarga anda, kemudian tandai kotak untuk menerima Syarat Perkhidmatan.
    • Klik Sahkan.

Pada halaman Jaminan harga, anda boleh menemukan penerbangan jaminan harga anda. Dalam bahagian “Tetapan Travel”, anda boleh mengemaskinikan pilihan e-mel anda.

Berapa lamakah tempoh jaminan harga?

Selepas anda membuat pilihan tempahan Jaminan harga pada Google Flights, Jaminan harga akan berkuat kuasa.

Adakah saya perlu membayar perkhidmatan ini?

Tidak perlu. Jaminan harga tersedia tanpa kos.

Apakah yang akan berlaku selepas saya membuat pilihan tempahan jaminan harga?

Selepas anda membuat pilihan tempahan jaminan harga, kami akan memantau harga sehingga penerbangan pertama dalam jadual perjalanan anda berlepas. Kemudian, anda akan menerima e-mel untuk memberitahu anda sama ada harga telah turun atau tidak. Anda juga mungkin akan menerima kemaskinian e-mel antara masa pilihan tempahan jaminan harga dibuat dengan waktu berlepas. Jika harga turun, anda perlu mengesahkan bahawa anda telah menempah penerbangan itu dalam tempoh tidak lebih daripada 30 hari selepas penerbangan pertama dalam jadual perjalanan anda berlepas supaya kami boleh membayar perbezaan harga kepada anda dalam Google Pay. Jika harga tidak turun, maksudnya anda telah mendapat harga terbaik daripada Google Flights.

Di manakah saya dapat melihat penerbangan Jaminan harga saya yang memenuhi syarat?

Jika anda membuat pilihan tempahan jaminan harga, anda boleh mengurus penerbangan anda pada halaman Jaminan harga.

Bagaimanakah saya dapat mengesahkan Jaminan harga?

Jika harga turun untuk penerbangan pilihan anda yang memenuhi syarat jaminan, anda akan menerima e-mel daripada Google Flights. Untuk mengesahkan jaminan, dalam e-mel anda, klik Ya, saya telah menempah penerbangan ini dan ikut arahan:

  • Masukkan nombor pengesahan dan nama keluarga anda, kemudian tandai kotak untuk menerima Syarat Perkhidmatan.
    • Nombor pengesahan ialah kod abjad angka dalam e-mel pengesahan tempahan yang anda terima selepas membeli penerbangan anda pada laman web syarikat penerbangan atau agensi pelancongan (contoh: SFTORB).
  • Klik Sahkan.

Secara alternatif, untuk mengurus jaminan anda, lawati halaman Jaminan harga. Untuk mengesahkan jaminan, klik Ya, saya telah membuat tempahan ini dan ikut arahan.

Anda boleh memiliki maksimum 3 tempahan jaminan yang disahkan pada satu-satu masa.

Bagaimanakah saya akan mendapat bayaran bagi perbezaan harga?

Penting:

  • Anda mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Anda mestilah mempunyai akaun Google Pay atau membuat akaun Google Pay untuk menuntut bayaran anda. Anda perlu log masuk dengan Google Account yang sama yang anda gunakan untuk mencari penerbangan anda pada Google Flights.
  • Apabila anda menjadi pengguna Google Pay, anda tertakluk pada Syarat Perkhidmatan Google Pay.

Jika harga turun, kami akan memberitahu anda selepas penerbangan berlepas dan membayar perbezaan harga kepada anda dalam Google Pay. Jika anda belum mengesahkan bahawa anda yang menempah penerbangan tersebut, kami akan meminta anda untuk berbuat demikian. Selepas anda membuat pengesahan, kami akan membayar perbezaan harga dalam Google Pay. Bayaran tersebut biasanya mengambil masa hingga 48 jam untuk didepositkan dalam akaun anda.

Jika anda tidak mempunyai akaun Google Pay, anda perlu membuat akaun tersebut supaya kami dapat membayar perbezaan harga kepada anda:

  • Jika harga turun dan anda telah mengesahkan tempahan anda sebelum penerbangan pertama anda berlepas:
  • Jika harga turun dan anda belum mengesahkan tempahan anda sebelum penerbangan pertama anda berlepas:
    • Sahkan bahawa anda telah menempah penerbangan itu dalam tempoh tidak lebih daripada 30 hari selepas penerbangan pertama dalam jadual perjalanan anda berlepas.
    • Selepas anda membuat pengesahan, untuk menuntut bayaran perbezaan harga:

Anda boleh memindahkan wang kepada akaun bank anda selepas wang tersebut berada dalam baki Google Pay atau Wang dalam Google Pay anda:

  1. Akses pay.google.com.
  2. Klik Kaedah pembayaran kemudian Wang dalam Google Pay atau baki Google Pay.
  3. Klik Pindah keluar.
  4. Masukkan jumlah yang mahu dipindahkan.
  5. Pilih akaun bank untuk menerima pindahan wang anda.
  6. Klik Pindah keluar.

Sebelum anda mengesahkan identiti anda, anda hanya boleh memindahkan wang dengan jumlah maksimum 200 USD setiap minggu pada laman web Google Pay. Untuk memindahkan jumlah wang yang lebih besar, anda perlu memuat turun apl Google Pay dan mengesahkan identiti anda. Ketahui lebih lanjut tentang had Google Pay.

Jika anda mengalami masalah semasa memuat turun apl Google Pay, lawati pusat bantuan Google Pay.

Bagaimanakah cara menghentikan pemberitahuan e-mel Jaminan harga?

Urus jaminan anda pada halaman Jaminan harga. Apabila anda mengklik Tidak, saya tidak menempah penerbangan ini, kami tidak akan menghantar sebarang pemberitahuan e-mel lagi untuk jadual perjalanan tersebut.

Anda juga boleh mematikan pemberitahuan e-mel pada tetapan Travel. Walau bagaimanapun, jika anda telah mengesahkan jadual perjalanan jaminan harga, sekalipun anda menarik diri daripada pemberitahuan e-mel, anda akan menerima e-mel terakhir untuk memberitahu anda sama ada harga turun atau tidak.

Anda juga boleh mematikan ciri Jaminan Harga Google pada tetapan Travel. Apabila anda mematikan ciri ini, anda akan mengalih keluar semua penerbangan Jaminan harga anda yang sedia ada dan kami tidak akan memaparkan lencana Jaminan harga dalam Google Flights. Anda tidak akan dibayar bagi sebarang jaminan belum selesai, walaupun anda sudah mengesahkan jaminan itu.

Apakah yang akan berlaku jika saya membatalkan perjalanan saya?

Jika anda mengubah perjalanan anda atau membatalkan mana-mana bahagian perjalanan itu, anda tidak akan mendapat balik bayaran bagi perbezaan harga tersebut.

Di manakah saya boleh mendapatkan semua butiran program?

Anda boleh mendapatkan butiran program dalam Syarat Perkhidmatan Tambahan Jaminan Harga Google. Syarat ini dikenakan pada mana-mana penerbangan dengan Jaminan harga.

Jika anda mengalami masalah atau mempunyai pertanyaan, hubungi kami berkenaan penerbangan anda.

Soalan lazim

Apakah yang berlaku jika penerbangan saya dibatalkan atau dijadualkan semula?

Jika penerbangan anda dibatalkan atau dijadualkan semula, anda tidak akan mendapat bayaran balik bagi perbezaan harga.

Apakah yang akan berlaku jika harga turun, kemudian naik semula?

Anda masih akan mendapat bayaran bagi perbezaan antara harga semasa anda membuat pilihan tempahan jaminan harga pada Google Flights dengan harga terendah yang tersedia sebelum berlepas.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17470684385902137917
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
254
false
false