Tapis harga penerbangan mengikut yuran beg

Paparkan harga penerbangan yang merangkumi yuran beg

Penting: Google memaparkan maklumat bagasi yang kami terima daripada rakan kongsi kami. Anggaran yuran beg yang dipaparkan mungkin tertakluk pada cukai kerajaan tambahan.

Penapis Beg membolehkan anda memaparkan harga penerbangan yang merangkumi kos beg didaftarkan atau bagasi tangan. Penapis ini akan membantu anda membandingkan harga dengan lebih baik dan mengelakkan bayaran tambahan di lapangan terbang. 

Sebelum anda bermula

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz beg tetapi syarikat penerbangan biasanya mengelaskan beg sebagai bagasi tangan atau beg didaftarkan.

Jenis beg

Nama

Tempat disimpan

Bagasi tangan

Bagasi tangan, bagasi kabin, beg beroda

Di dalam ruangan simpanan atas

Bagasi didaftarkan

Beg didaftarkan

Di dalam ruang kargo

Yuran bagasi tangan berbeza-beza mengikut negara. Selain itu, item yang dikategorikan sebagai bagasi tangan juga berbeza-beza mengikut syarikat penerbangan. Untuk mengetahui had saiz, had berat dan harga yang berbeza untuk setiap jenis bagasi, semak halaman yuran dan dasar bagasi untuk syarikat penerbangan yang berkenaan.

Gunakan penapis beg

Semasa mencari penerbangan, anda mungkin sudah memutuskan untuk sama ada membawa bagasi tangan atau mendaftarkan bagasi anda. Jika anda sudah membuat keputusan, anda boleh menggunakan penapis beg di Google Flights untuk memaparkan harga penerbangan yang merangkumi bayaran bagi setiap beg didaftarkan atau bagasi tangan yang akan disimpan di dalam ruangan simpanan atas.

Jika anda menghidupkan penapis beg, penerbangan tidak akan dialih keluar daripada hasil carian, hanya harga penerbangan yang akan dikemas kini. Akan tetapi, penerbangan mungkin akan dialih keluar daripada hasil carian sekiranya tempat duduk yang tersedia bagi sesetengah penerbangan tidak merangkumi akses ruangan simpanan atas. Dalam sesetengah keadaan, tambang mungkin lebih murah jika anda mendaftarkan beg berbanding dengan membawa bagasi tangan. 

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8863989382816999892
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
254
false
false