Pemberitahuan

Mulai 25 Mac 2024, Tempah pada Google untuk penerbangan tidak lagi tersedia untuk tempahan baharu. Tempahan sedia ada tidak akan terjejas. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang tempahan sedia ada anda yang dibuat melalui Tempah pada Google, anda masih boleh menghubungi Google atau rakan kongsi tempahan yang dinyatakan dalam pengesahan tempahan anda.

Tempah penerbangan pada Google

Semasa mencari penerbangan pada Google, anda akan diberi pilihan untuk membuat tempahan melalui syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian pada laman web mereka. Dalam sesetengah keadaan, anda boleh menggunakan ciri "Tempah pada Google" untuk kekal pada laman Google dan melengkapkan transaksi anda dengan syarikat penerbangan atau agensi pelancongan. Google bertindak sebagai pengantara sahaja untuk memindahkan maklumat anda dengan selamat kepada syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dan tidak terlibat dalam transaksi tersebut.

Jika anda sudah log masuk ke Google Account, anda boleh melengkapkan tempahan dengan pantas dan selamat menggunakan maklumat hubungan dan pembayaran yang disimpan dalam akaun anda.

Cara menempah penerbangan pada Google

Penting: Semua tempahan dibuat terus dengan syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian yang berkaitan. Google tidak menjual tiket kapal terbang dan tidak akan terlibat dalam transaksi tempahan anda.

  1. Cari penerbangan pada Google.
  2. Selepas anda memilih penerbangan, pilih "Tempah pada Google", jika tersedia.
  3. Masukkan butiran penumpang, seperti nama, jantina, nombor telefon, tarikh lahir dan alamat e-mel.
  4. Klik Teruskan.
    • Petua: Anda mungkin menerima e-mel daripada Google sebaik sahaja kami memproses pesanan anda, namun tempahan anda tidak disahkan sehingga anda menerima pengesahan daripada syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian.
  5. Pilih kaedah pembayaran yang disimpan atau masukkan kaedah pembayaran baharu, kemudian klik Teruskan.
  6. Jika tersedia, anda akan menemukan pilihan untuk Pilih tempat duduk. Untuk memilih tempat duduk anda sebelum melengkapkan tempahan, klik Tambahkan tempat duduk.
    • Petua: Anda juga boleh memilih tempat duduk pada laman web syarikat penerbangan selepas membuat tempahan.
  7. Pilih tempat duduk bagi setiap penumpang dan setiap bahagian penerbangan, kemudian klik Selesai.
  8. Semak butiran peribadi dan jadual perjalanan penerbangan anda untuk memastikan tiada kesalahan.
  9. Klik Tempah.
  10. Google akan menghantar butiran pengembara dan pembayaran anda kepada syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian.

Selepas tempahan dibuat

  • Setelah tempahan diproses, anda akan menerima e-mel pengesahan daripada syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian.
  • Sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk tempahan anda, syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian yang berkaitan akan menyediakan sokongan pelanggan bagi tempahan anda seperti perubahan, pembatalan dan pengendalian sebarang tuntutan atau aduan yang anda hadapi berhubung dengan penerbangan anda.

Kaedah pembayaran & butiran transaksi

Dalam kebanyakan keadaan, kad anda akan dicaj setelah tempahan disahkan. Sesetengah syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian mungkin menggunakan keizinan sementara pada kad anda semasa mereka memproses permintaan tempahan anda.

Kaedah pembayaran yang diterima
Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit yang disokong yang dipaparkan semasa proses tempahan.
Kad yang didaftarkan untuk keselamatan 3D
Anda mungkin menghadapi masalah untuk mengesahkan kad sewaktu membuat tempahan.
Cara transaksi dipaparkan pada penyata bank anda
Penyata anda akan memaparkan caj daripada syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian dan bukan caj daripada Google.
Pertikaian tentang caj
Google tidak memproses bayaran untuk penerbangan. Hubungi syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian untuk mengemukakan sebarang pertanyaan. Bagi tempahan yang telah disahkan, nama dan maklumat hubungan rakan kongsi tempahan akan dipaparkan dalam e-mel pengesahan yang anda terima.

Dapatkan maklumat tentang tempahan anda

Google menghantar e-mel kepada anda jika tempahan anda berjaya melainkan rakan kongsi tempahan meminta sebaliknya. Ini bukan e-mel pengesahan anda. Syarikat penerbangan atau rakan kongsi tempahan yang bertanggungjawab untuk tempahan anda akan menghantar e-mel pengesahan anda. Hubungi syarikat penerbangan atau rakan kongsi tempahan jika anda tidak menerima pengesahan dalam masa 24 jam.

Petua: Jika anda tidak menerima e-mel pengesahan dalam masa 24 jam, semak folder spam atau sarap anda.

Ubah atau batalkan tempahan anda
Jika anda mahu mengubah atau membatalkan tempahan, hubungi syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian.
Jika anda tidak menerima e-mel dengan kod pengesahan
  • Semak folder spam atau sarap anda.
  • Jika anda menempah penerbangan pada Google dan bukan laman web syarikat penerbangan atau agensi pelancongan, gunakan borang ini untuk mendapatkan bantuan kami.
  • Jika anda menempah penerbangan pada laman web syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian, hubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.

Tempat duduk, kemudahan & bagasi

Cara membuat prapembayaran bagi bagasi
Dalam sesetengah keadaan, anda akan diberi peluang untuk membayar caj bagasi secara prabayar pada langkah terakhir dalam proses tempahan anda. Pilih "Tambahkan beg" untuk berbuat demikian.

Jika tidak, lawati laman web syarikat penerbangan tersebut selepas anda menerima pengesahan tempahan anda. Gunakan nama keluarga dan kod pengesahan anda untuk memilih caj bagasi yang mahu dibayar secara prabayar.
Cara memilih tempat duduk
Selepas menerima pengesahan tempahan anda, lawati laman web syarikat penerbangan. Gunakan nama keluarga dan kod pengesahan anda untuk memilih tempat duduk yang tersedia dalam kelas tambang anda.
Pertanyaan berkenaan dengan kemudahan syarikat penerbangan atau haiwan kesayangan
Hubungi syarikat penerbangan kerana peraturan berkenaan dengan kemudahan dan haiwan kesayangan adalah berbeza bagi setiap syarikat penerbangan.
Yuran untuk bagasi yang didaftarkan & had bagasi tangan
Syarikat penerbangan mungkin menetapkan peraturan dan yuran yang berbeza untuk bagasi yang didaftarkan dan had bagasi tangan atau penggunaan ruangan simpanan atas. Hubungi terus syarikat penerbangan jika anda mahu mengemukakan pertanyaan atau semak pada laman web mereka.

Pertanyaan lain

Cuba hubungi syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dahulu untuk mendapatkan bantuan. Jika anda sudah menghubungi syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dan masih memerlukan bantuan, hubungi kami.

Terma & syarat yang digunakan pada tempahan anda

Penggunaan "Tempah pada Google” tertakluk pada dasar privasi Google dan Syarat Perkhidmatan Tempahan Carian Penerbangan Google.

Tempahan tertakluk pada terma dan syarat tempahan syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian yang berkaitan.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5749892210242308904
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
254
false
false