Sesuaikan mata wang, bahasa atau negara anda

Google Flights boleh disesuaikan untuk kebanyakan negara, bahasa dan mata wang di seluruh dunia.

Apabila anda mengakses Google Flights, pengalaman lalai akan ditentukan oleh lokasi komputer anda dan tetapan penyemak imbas anda.

Perihal pilihan negara

Negara yang anda pilih untuk Google Flights akan mempengaruhi sesetengah aspek carian dan pembelian anda. Pilihan yang berikut mungkin berbeza mengikut negara:

  • Rakan kongsi tempahan: Seperti syarikat penerbangan dan agensi pelancongan dalam talian.
  • Kaedah pembayaran: Seperti kad kredit atau debit.
  • Dasar bayar balik: Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, anda biasanya diberi tempoh masa 24 jam untuk menukar atau membatalkan penerbangan tanpa dikenakan bayaran.

Tukar tetapan negara, bahasa & mata wang anda

Jika anda mahu menggunakan tetapan yang berbeza, anda boleh menukar tetapan lalai untuk mata wang, bahasa atau negara.

Untuk menukar mata wang, negara atau bahasa anda:

  1. Pergi ke Google Flights.
  2. Tatal ke bahagian bawah halaman dan cari menu lungsur untuk bahasa, negara dan mata wang.
    • Untuk memilih bahasa, klik pada Bahasa dan buat pilihan.
    • Untuk memilih mata wang, klik pada Mata Wang dan buat pilihan.
    • Untuk memilih negara, klik pada Negara dan buat pilihan.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16142845188998105365
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
254
false
false