Jejak penerbangan & harga

Jika anda belum bersedia untuk menempah perjalanan, anda boleh menggunakan Google Flights untuk menjejaki harga berdasarkan penerbangan, laluan dan tarikh tertentu.

Jejaki harga untuk laluan atau penerbangan

Apabila harga penerbangan atau laluan yang anda jejaki berubah secara ketara, anda boleh mendapatkan e-mel dan pemberitahuan mudah alih.

  1. Akses Google Flights.
  2. Gunakan butang di bahagian atas untuk memilih bilangan persinggahan, kelas kabin dan bilangan tiket yang anda perlukan.
  3. Pilih lapangan terbang berlepas dan destinasi anda.
  4. Untuk memilih tarikh penerbangan anda, ketik Kalendar.
  5. Untuk menjejaki harga bagi laluan ini, ketik Jejaki harga.
    • Anda boleh menjejaki harga untuk tarikh yang anda cari atau jika tarikh anda fleksibel, “Sebarang tarikh”.
  6. Pilihan: Untuk menjejaki harga penerbangan tertentu, pilih penerbangan anda, kemudian ketik Jejaki hargas.
Apabila anda menjejak “Sebarang tarikh”, anda akan mendapat e-mel apabila terdapat penurunan ketara pada harga minimum laluan sepanjang sebulan. Jika tiada penurunan harga yang ketara, anda akan mendapat e-mel biasa dengan harga penerbangan tersedia yang terbaik.

Lihat penerbangan yang dijejak atau matikan e-mel

  1. Akses Google Flights.
  2. Pada bahagian kiri, ketik Menu Menu kemudian Harga penerbangan yang dijejaki.
    • Untuk mencari penerbangan yang anda jejaki, ketik laluan yang disimpan.
    • Untuk menghidupkan atau mematikan e-mel penjejakan, ketik Tambahkan pemberitahuan .
  3. Pilihan: Untuk berhenti menjejaki laluan atau penerbangan, ketik Alih keluar Alih keluar.

Dapatkan cerapan tentang perubahan harga

Anda akan mendapat pemberitahuan dalam Google Flights, e-mel atau pemberitahuan mudah alih juga apabila:

  • Harga untuk laluan yang anda jejaki mungkin akan naik.
  • Tambang semasa untuk penerbangan akan tamat tempoh tidak lama lagi dan tambang baharu mungkin lebih tinggi.

Ini termasuk anggaran kenaikan harga dan keyakinan kami terhadap setiap anggaran.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4567269881117628555
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
254
false
false