Cari tiket penerbangan pada Google Flights

Apabila anda menggunakan Google Flights untuk mencari tiket penerbangan, anda boleh mendapatkan tambang terbaik bagi destinasi dan waktu perjalanan pilihan anda. Gunakan Google Flights untuk:

  • Mencari dan menempah tiket perjalanan pergi balik, sehala dan berbilang bandar.
  • Menggunakan kalendar interaktif dan graf harga untuk mencari tambang yang terbaik.
  • Menapis carian penerbangan anda mengikut kelas kabin, syarikat penerbangan dan bilangan persinggahan.

Google Flights membolehkan anda menempah penerbangan daripada lebih 300 syarikat penerbangan dan rakan kongsi agensi pelancongan dalam talian. Perkongsian ini tidak mempengaruhi kedudukan tawaran yang dicadangkan kepada anda.

Cari penerbangan anda

  1. Akses Google Flights.
  2. Masukkan bandar atau lapangan terbang berlepas dan destinasi anda.
    • Petua: Anda juga boleh menemukan destinasi dengan mengklik senarai destinasi popular atau peta dunia.
  3. Pada bahagian atas, pilih jenis tiket anda: sehala, perjalanan pergi balik atau berbilang bandar.
  4. Pada bahagian atas, pilih bilangan penumpang dan kelas kabin.
  5. Klik kalendar untuk memilih tarikh penerbangan anda. Anda akan menemukan jumlah harga penerbangan termurah bagi setiap hari.
    • Petua: Harga penerbangan dikemaskinikan kira-kira 24 jam sekali.
  6. Pilihan: 
    • Untuk menapis hasil carian anda, klik Persinggahan, Syarikat Penerbangan, Masa atau Lagi.
    • Untuk menyusun semula penerbangan, klik Isih mengikut . Anda boleh menemukan hasil carian mengikut Penerbangan Terbaik (urutan lalai yang memberi anda keseimbangan terbaik antara harga dengan keselesaan, berdasarkan faktor seperti tempoh, bilangan persinggahan dan pertukaran lapangan terbang semasa persinggahan), Harga, Tempoh dan Waktu Berlepas.
  7. Pilih penerbangan untuk setiap bahagian perjalanan anda.
  8. Pilih cara anda menempah penerbangan:
    • Apabila anda mengklik Pilih untuk tiket anda, anda akan diubah hala kepada laman web syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian untuk melengkapkan transaksi.
    • Dalam sesetengah keadaan, anda boleh menempah tiket berasingan bagi satu perjalanan.
  9. Sebaik sahaja anda menempah penerbangan, hubungi syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian untuk mengesahkan, menukar atau membatalkan tempahan anda atau untuk menyelesaikan apa-apa jua isu yang timbul.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk terma dan syarat syarikat penerbangan atau ejen pelancongan dalam talian pada laman web mereka.

Petua: Jika penerbangan anda tidak boleh ditempah dalam talian, anda akan menemukan arahan untuk membuat tempahan melalui telefon.

Cerapan penerbangan

Selepas mencari tiket anda, “Cerapan penerbangan” akan memberi anda pilihan untuk mengoptimumkan pengalaman perjalanan anda.

 Petua: Temukan cadangan untuk masa tempahan tiket harus dibuat,, peningkatan kabin, panduan perjalanan dan pelbagai lagi.

 Tarikh: Terokai tarikh perjalanan yang menawarkan tambang terbaik.

 Lapangan terbang: Tunjukkan tambang untuk lapangan terbang lain.

 Graf harga: Jika tarikh perjalanan anda fleksibel, anda boleh menerokai aliran tambang mengikut bulan atau minggu.

Menempah tiket berasingan untuk satu perjalanan

Penerbangan boleh dibeli secara berasingan daripada satu atau beberapa rakan kongsi. Pilihan ini akan dipaparkan jika terdapat peluang untuk anda menjimatkan wang atau membuka lebih banyak jadual penerbangan.

Arahan untuk membeli tiket secara berasingan

Jika anda menemukan pemberitahuan yang menyatakan bahawa kedua-dua tiket boleh dibeli dalam satu transaksi daripada agensi pelancongan dalam talian, klik pautan tersebut untuk melawati laman web mereka.

  1. Lawati laman web syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian yang pertama.
  2. Semak harga sekali lagi dan beli tiket pertama anda.
  3. Kemudian, lawati laman web syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian yang satu lagi dengan segera supaya tiket kedua anda masih tersedia. Beli tiket tersebut. Jika tiket kedua anda tidak dapat dibeli, biasanya di Amerika Syarikat anda boleh menghubungi syarikat penerbangan untuk memanfaatkan dasar bayar balik 24 jam dan mendapatkan bayaran balik bagi tiket pertama.

Petua:

  • Jika anda perlu membuat perubahan, anda mungkin perlu membayar yuran perubahan bagi setiap tiket.
  • Setiap syarikat penerbangan menetapkan peraturan dan yuran bagasi yang berbeza.
  • Jika anda membeli tiket berasingan daripada syarikat penerbangan yang berbeza, anda perlu mengambil dan mendaftarkan semula bagasi. Proses ini akan mengambil masa, maka anda perlu merancang perjalanan anda dengan betul.
  • Jika penerbangan keluar ditangguhkan, sebagai contoh bagi penerbangan dengan persinggahan atau berbilang bandar, anda mungkin akan ketinggalan perjalanan kedua. Hubungi syarikat penerbangan untuk mengetahui pilihan yang boleh dibuat.

Sebab sesetengah penerbangan tidak disertakan

Google Flights menggunakan lebih 300 rakan kongsi, seperti syarikat penerbangan, agensi pelancongan dalam talian dan pengagregat untuk memaparkan tawaran. Tidak semua syarikat penerbangan atau penerbangan yang tersedia akan disertakan kerana mereka perlu menjadi rakan kongsi Google. Kebanyakan rakan kongsi ini memberi Google semua harga dan pilihan penerbangan yang akan dipaparkan pada laman web mereka sendiri atau melalui laman pihak ketiga. Tindakan ini memastikan anda mendapat gambaran penuh bagi penerbangan dan harga yang sepadan dengan carian anda, tanpa perlu menyemak berbilang laman.

Sesetengah penerbangan tidak akan dipaparkan jika:

  • Tiket penerbangan tersebut telah habis dijual atau tidak tersedia.
  • Pembawa tersebut belum ditambahkan pada Google Flights.

Perihal yuran bagasi, harga & pelbagai lagi

Harga yang dipaparkan adalah untuk perkhidmatan pengangkutan udara penumpang sahaja serta termasuk cukai VAT/GST dan lapangan terbang. Yuran tambahan mungkin dikenakan (bagasi, kad kredit dan sebagainya). Yuran tersebut berbeza mengikut syarikat penerbangan atau agensi pelancongan dalam talian yang dipilih. Anggaran yuran beg yang dipaparkan mungkin tertakluk pada cukai kerajaan tambahan.​

Jika anda mendapati percanggahan harga selepas memilih penerbangan anda, gunakan butang maklum balas  pada penjuru kiri sebelah bawah skrin semasa membuat carian pada Google Flights.

Insurans khas atau tambahan dan/atau jaminan komersial mungkin ditawarkan oleh pembawa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati laman web pembawa.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5761667990622390538
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
254
false
false