Kelestarian di hotel

Kini hotel boleh mengenal pasti usaha kelestarian pada halaman hotel mereka bersama kemudahan dan amalan kesihatan serta keselamatan. Maklumat ini hanya dipaparkan untuk hotel yang mengikut serta dalam pelaporan kendiri dan mempunyai amalan kelestarian yang mahu dilaporkan.

Ketahui cara mencari amalan kelestarian setiap hotel dan cara menentukan sama ada amalan tersebut telah diperakui mematuhi standard yang ketat oleh organisasi swasta.

Cari hotel yang diperakui mesra alam

Hotel yang memiliki label “diperakui mesra alam” telah diperakui sebagai memenuhi standard tertentu oleh organisasi swasta yang diiktiraf. Anda akan menemukan label; “diperakui mesra alam” berdekatan nama mereka dan anda akan menemukan lebih banyak maklumat tentang amalan kelestarian mereka pada halaman butiran.

  1. Pada google.com/travel, cari hotel.
  2. Cari hotel yang ada label “diperakui mesra alam”.
  3. Pada halaman butiran hotel, pilih tab Perihal.
  4. Tatal ke bawah kepada bahagian “Kelestarian”.

Cari hotel yang mengamalkan amalan kelestarian

Bukan semua hotel yang mengamalkan amalan kelestarian telah diperakui mesra alam. Untuk memahami cara hotel mengurus kesan terhadap alam sekitar, ikut langkah ini:

  1. Pada google.com/travel, cari hotel.
  2. Pilih hotel yang anda berminat.
  3. Pada halaman butiran hotel, pilih tab Perihal.
  4. Tatal ke bawah untuk melihat jika terdapat bahagian “Kelestarian”. Jika bahagian ini tiada, lawati laman web hotel untuk menyemak jika mereka mematuhi amalan kelestarian yang belum dilaporkan kepada Google.

Sumber maklumat yang dirujuk oleh Google untuk mendapatkan maklumat ini

  • Maklumat kelestarian disediakan oleh hotel dan pensijilan mesra alam disediakan melalui Travalyst.
  • Google memberi pemilik hotel senarai amalan kelestarian yang diperibadikan berdasarkan amalan terbaik industri. 
  • Pemilik hotel memilih pensijilan yang berkaitan dengan hartanah mereka. Maklumat laporan kendiri ini dipaparkan pada halaman Perihal hotel. Google tidak mengesahkan dakwaan mereka secara bebas.
  • Untuk pensijilan mesra alam, Google, sebagai sebahagian daripada gabungan Travalyst, menerima senarai pensijilan mesra alam pihak ketiga yang diluluskan dan hotel yang diluluskan. Pemilik hotel tidak boleh melakukan pensijilan kendiri dan Google tidak mengesahkan dakwaan badan pensijilan pihak ketiga.

Ketahui tentang pensijilan mesra alam

Penting: Google tidak mengesahkan status pensijilan setiap hotel.

Pensijilan mesra alam diberikan kepada hotel yang memenuhi kriteria kelestarian yang ditetapkan oleh agensi pensijilan pihak ketiga. Pensijilan mesra alam turut berfungsi sebagai isyarat untuk membantu pengguna dan komuniti yang lebih luas mengetahui bahawa hotel anda berusaha secara aktif untuk memberikan kesan alam sekitar yang positif di dunia. Google merupakan ahli gabungan Travalyst dan apabila sebuah hotel dilabel “diperakui mesra alam” pada Google, hal ini bermakna mereka telah melaporkan pensijilan yang diperoleh daripada agensi yang dikenal pasti oleh Travalyst sebagai memenuhi standard yang berikut:

  • Agensi tersebut mestilah menggunakan kriteria yang diiktiraf dan bereputasi di seluruh dunia untuk menilai hotel tersebut.
  • Penilaian mestilah memfokuskan usaha terhadap kesan alam sekitar daripada sekurang-kurangnya 4 kategori yang berikut:
    • Kecekapan tenaga
    • Pemuliharaan air
    • Pengurangan sisa
    • Sumber lestari
  • Agensi tersebut mestilah menjalankan audit di tapak untuk mengesahkan amalan kelestarian hotel atau melantik agensi bebas pihak ketiga untuk berbuat demikian.

Sila lawati Travalyst.org untuk mendapatkan senarai lengkap pensijilan mesra alam. Setiap pensijilan memiliki kriteria kelestarian yang menyeluruh dan ketat yang bertujuan mengurangkan jejak karbon hotel. Senarai ini dikemaskinikan dan disemak secara berkala.

Petua: Jika agensi pensijilan mesra alam anda tidak disenaraikan, minta mereka melengkapkan borang pada Travalyst.org.

Istilah kelestarian ditakrifkan

Memandangkan istilah kelestarian mungkin mempunyai beberapa maksud, kami akan berkongsi lebih banyak konteks bagi beberapa amalan kelestarian yang boleh didapati pada halaman butiran hotel kami. Istilah dan takrifan yang berikut digunakan oleh Google untuk menjajarkan amalan kelestarian merentas semua hotel kami.

Tenaga daripada sumber bebas karbon

Hartanah mendapatkan sumber elektrik bebas karbon melalui sekurang-kurangnya salah satu cara yang berikut: 

Makanan dan minuman disumberkan secara tempatan

Hartanah ini melakukan penyumberan secara tempatan untuk mengurangkan jejak alam sekitar melalui pengurangan pengangkutan dan untuk merangsang ekonomi tempatan. Produk yang dihasilkan kurang daripada 100 km dari hartanah biasanya dianggap sebagai produk hasil tempatan.

Telur bebas sangkar organik

Hartanah mendapatkan sumber telur yang diperakui 100% organik dan bebas sangkar, termasuklah kulit, cecair dan produk telur. Bebas sangkar bermaksud ayam bebas berjalan, mengembangkan sayap dan bertelur di dalam sarang.

Kelengkapan tandas mesra alam

Sabun, syampu, losen dan kelengkapan bilik air yang disediakan untuk tetamu memiliki pensijilan kelestarian yang diiktiraf secara tempatan atau antarabangsa, contohnya USDA Organic, EU Organic atau bebas kekejaman.

Makanan laut disumberkan secara bertanggungjawab

Hartanah tidak mendapatkan bekalan makanan laut daripada senarai “elakkan” daripada Monterey Bay Aquarium Seafood Watch dan mestilah mendapatkan sumber makanan laut yang disenaraikan sebagai “alternatif yang baik”, “diperakui mesra alam” dan “pilihan terbaik” secara lestari. Hartanah memiliki dasar yang menggariskan komitmen terhadap penyumberan makanan laut Marine Stewardship Council (MSC) atau Aquaculture Stewardship Council (ASC) Chain of Custody yang diperakui.

Sumber berkaitan 

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1468618764263254950
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
254
false
false