Apl Terjemah membolehkan anda menterjemah dalam hampir masa nyata semasa seseorang bertutur dalam bahasa asing. Contohnya, anda boleh menterjemah kuliah dalam kelas atau ucapan.
Anda boleh menukar pertuturan kepada teks dalam bahasa ini. Kami kerap menambah bahasa baharu.
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Perancis
- Bahasa Jerman
- Bahasa Hindi
- Bahasa Itali
- Bahasa Portugis
- Bahasa Rusia
- Bahasa Sepanyol
- Bahasa Thai
Transkripsikan perkataan yang dituturkan
Anda juga boleh menggunakan Pixel Buds anda untuk mendapatkan terjemahan dalam masa nyata.
Penting: Untuk menggunakan ciri ini, dalam tetapan peranti anda, hidupkan kebenaran mikrofon untuk Google Translate. Jika anda tidak mendapat teks terjemahan, matikan Tunjukkan teks asal.
- Buka apl Translate pada telefon atau tablet Android anda
.
- Ketik Mikrofon
Transkripsi
.
- Jika butang ini dilumpuhkan, bahasa yang dituturkan tidak disokong.
- Pilih bahasa sumber dan bahasa sasaran yang ingin anda terjemahkan.
- Daripada: Di bahagian bawah sebelah kiri, pilih bahasa penutur tersebut.
- Kepada: Di bahagian bawah sebelah kanan, pilih bahasa terjemahan.
Gunakan Transkripsi
- Untuk menukar saiz fon anda: Dalam bar alat berhampiran mikrofon, ketik Tetapan
.
- Untuk beralih antara bahasa penutur dan bahasa terjemahan: Dalam bar alat berhampiran mikrofon, ketik Tetapan
.
- Untuk menghentikan atau menamatkan terjemahan:
- Henti: Ketik Mikrofon
. Kemudian, ketik Henti
.
- Tamat: Ketik Kembali
.
- Henti: Ketik Mikrofon
Simpan transkrip anda
- Buka apl Translate pada telefon atau tablet Android anda
.
- Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Simpan transkrip
.
- Untuk menamakan semula transkrip anda, alih keluar nama lalai dan masukkan nama baharu.
- Ketik Simpan.
Cari transkrip yang disimpan
- Buka apl Translate pada telefon atau tablet Android anda
.
- Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Menu
Transkrip yang disimpan.
Pilih, salin & kongsi transkrip anda
- Untuk memilih teks: Dalam skrin transkrip, sentuh, tahan dan seret teks.
- Untuk memilih semua teks dalam transkrip: Ketik Pilih semua.
- Untuk menyalin teks yang dipilih ke papan keratan Android: Ketik Salin.
- Untuk berkongsi teks ke apl Android yang lain: Ketik Kongsi.