Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama

Foto di Google+

Lihat atau Padamkan tag nama yang dipaut kepada anda

Untuk melihat atau memadamkan tag nama pada foto yang ditandai nama anda, lawati Arkib Album, cari foto yang ingin ditukar, kemudian pilih Butiran Maklumat.

Dalam Arkib Album, anda juga dapat melihat orang lain yang ditandai dalam foto.

Tunjukkan tempat foto anda diambil

Ketahui cara menyembunyikan maklumat tempat foto atau video anda diambil menggunakan Foto Google yang baharu. Artikel ini adalah untuk foto yang disiarkan ke Google+.

Tunjukkan maklumat tempat gambar anda diambil kepada orang yang dapat melihat foto anda dengan memilih untuk menunjukkan maklumat lokasi.Anda boleh menambah lokasi pada foto secara manual atau automatik dengan menghidupkan perkhidmatan lokasi.

Untuk melihat semua foto yang disiarkan ke Google+ (dan perkhidmatan Google yang lain), anda boleh melawati Arkib Album.

  1. Pada komputer anda, buka Google+.
  2. Klik Menu Menu dan kemudian Tetapan. 
  3. Di bawah "Foto" atau "Foto dan Video yang Dikongsi di Google+", hidupkan "Tunjukkan geolokasi secara lalai pada album Google+ yang baru dikongsi".

Tunjukkan atau sembunyikan lokasi untuk album yang sudah dimuat naik ke Google+

Meskipun anda telah menghidupkan tetapan "Tunjukkan geolokasi secara lalai pada album yang baru dikongsi", anda boleh memilih untuk menyembunyikan lokasi album.

Jika anda memilih untuk menyembunyikan data lokasi untuk salah satu album anda, orang yang melihat album tersebut tidak akan dapat melihat maklumat lokasi untuk foto dalam album itu.

  1. Pada komputer atau penyemak imbas mudah alih, buka Google+ .
  2. Pilih foto dalam album yang ingin ditunjukkan atau disembunyikan lokasinya. 
  3. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Butiran Maklumat.
  4. Di bahagian bawah sebelah kanan, tandai atau nyahtandai kotak di sebelah "Kongsi data lokasi album ini dengan penonton". 

Muat turun foto menggunakan Google+

Simpan foto dan muat turun album anda menggunakan Google+. Orang yang telah anda kongsikan foto anda turut dapat memuat turun foto anda menggunakan Google+ melainkan anda menukar tetapan anda. 

Muat turun foto

  1. Pada komputer anda, buka Google+
  2. Klik foto yang anda mahu muat turun. 
  3. Di bahagian kanan sebelah atas skrin, klik Muat turun Muat turun.

Muat turun salah satu album foto anda

  1. Pada komputer anda, buka Arkib Album anda.
  2. Buka foto atau album yang anda mahu muat turun.
  3. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Lagi dan kemudian Muat turun album atau Muat turun foto.

Sekat keupayaan orang lain untuk memuat turun foto anda melalui Google+

  1. Pada komputer anda, buka Google+
  2. Klik Menu Menu​ dan kemudian Tetapan. 
  3. Hidupkan "Benarkan penonton memuat turun foto dan video saya yang dikongsi di Google+".
Adakah artikel ini berguna?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Cari, kongsi dan susun foto anda dengan lebih mudah dan lebih pantas menggunakan Foto Google yang baharu.