Tetapkan foto profil Google dan foto muka depan anda

Apabila foto profil anda sentiasa terkini, anda dapat membantu rakan dan keluarga menemui dan mengenal pasti diri anda di Google+. Foto profil anda dipaparkan setiap kali anda berinteraksi dengan seseorang, jadi pastikan anda memilih foto yang benar-benar mewakili diri anda.

Foto profil

Foto profil anda ialah foto yang lebih kecil dalam bulatan di sebelah kiri bahagian atas profil anda

Petua:

  • Foto yang lebih besar kelihatan lebih menarik. Saiz yang paling kecil boleh anda gunakan ialah 250 x 250 piksel.
  • Sebarang foto profil baharu yang anda muat naik dari komputer anda akan turut disimpan dalam album "Foto profil" awam anda dan boleh dilihat dalam foto anda.
Apl Android
  1. Buka apl Google+
  2. Sentuh foto profil semasa anda (atau gambar lalai) di sebelah atas skrin.
  3. Di penjuru kanan sebelah atas, sentuh ikon menu.
  4. Sentuh Edit foto profil.
  5. Pilih foto yang sedia ada atau ambil foto baharu.
  6. Pangkas foto > Pilih.
Komputer
  1. Pergi ke profil Google+ anda.
  2. Gunakan kursor anda untuk menuding pada gambar profil anda > Tukar gambar profil.
  3. Pilih foto baharu. Anda boleh memuat naik foto, memilih foto dari album anda atau mengambil foto baharu.
  4. Pangkas dan edit foto anda. Ketahui cara mengedit foto.
  5. Klik Jadikan foto profil.
Penyemak imbas mudah alih
  1. Pergi ke profil Google+ anda.
  2. Sentuh ikon kamera pada foto profil anda (atau foto lalai).
  3. Sentuh Pilih fail untuk memilih foto > Muat naik.
Apl iPhone/iPad
  1. Buka apl Google+ .
  2. Di penjuru kiri sebelah atas, sentuh ikon menu  > sentuh nama anda.
  3. Di penjuru kanan sebelah atas skrin, sentuh ikon gear .
  4. Sentuh Edit foto profil.
  5. Sentuh foto > pangkas foto > Selesai.
  6. Di penjuru kanan sebelah atas, sentuh anak panah.

Foto muka depan

Foto muka depan anda merupakan foto besar yang ditampilkan di bahagian atas profil anda. Anda boleh menggunakannya untuk menampilkan personaliti anda dengan memaparkan foto percutian terbaharu, rakan karib anda atau sesuatu yang istimewa kepada anda.

Petua: Kami syorkan anda memilih foto bersaiz 1080 x 608 piksel. Foto yang paling kecil boleh anda pilih ialah 480 x 270 piksel, manakala foto yang paling besar boleh anda pilih ialah 2120 x 1192 piksel.

Apl Android
  1. Buka apl Google+ .
  2. Di sebelah atas skrin, sentuh foto muka depan anda (atau foto lalai).
  3. Sentuh ikon menu > Edit foto muka depan.
  4. Pilih foto> pangkas foto> Pilih.
Komputer
  1. Pergi ke profil Google+ anda.
  2. Tuding foto muka depan anda > klik Tukar muka depan.
  3. Muat naik foto baharu, pilih foto dari album anda atau pilih foto dari galeri.
  4. Pangkas foto anda > Pilih foto muka depan.
Penyemak imbas mudah alih

Anda belum boleh menukar foto muka depan menggunakan penyemak imbas mudah alih lagi. Sila gunakan komputer atau apl Google+.

Apl iPhone/iPad
  1. Buka apl Google+ .
  2. Di penjuru kiri sebelah atas, sentuh ikon menu  > sentuh nama anda.
  3. Di penjuru kanan sebelah atas skrin, sentuh ikon gear  > Edit foto muka depan.
  4. Sentuh foto > pangkas foto.
  5. Di penjuru kanan sebelah atas, sentuh anak panah.