Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama

Jika anda beralih kepada versi baharu Google+ pada komputer atau jika anda menggunakan peranti mudah alih, lawati Pusat Bantuan Google+ baharu. Halaman ini adalah untuk versi Google+ klasik yang terdahulu dan mungkin sudah lapuk.

Padamkan profil Google+ anda

Jika anda tidak mahu menggunakan Google+ lagi, anda boleh padamkan profil anda.

Padamkan profil Google+ anda

  1. Pada komputer atau peranti mudah alih anda, pergi ke http://plus.google.com/downgrade dan log masuk.
  2. Di bahagian bawah halaman, tandai kotak di sebelah "Diperlukan".
  3. Klik atau sentuh Alih keluar perkhidmatan yang dipilih.

Padamkan berbilang profil Google+

Jika anda mematuhi arahan di atas tetapi melihat akaun yang berbeza daripada akaun yang hendak dipadamkan, cuba gunakan arahan alternatif di bawah.

Apl Android
  1. Buka apl Google+ Ikon Google+.
  2. Sentuh ikon/butang menu  > Tetapan.
  3. Sentuh nama akaun yang ingin anda padamkan > Padamkan Profil Google+ > OK.
  4. Tatal ke bahagian bawah halaman > sentuh kotak di sebelah "Diperlukan".
  5. Sentuh Alih keluar perkhidmatan yang dipilih.
Komputer
  1. Buka Google+.
  2. Di penjuru kiri sebelah atas, klik menu lungsur  > Tetapan.
  3. Tatal ke “Lumpuhkan Google+” di sebelah bawah > klik Padamkan keseluruhan profil Google+ anda di sini.
  4. Tatal ke sebelah bawah halaman > tandai kotak di sebelah “Diperlukan” > klik Alih keluar perkhidmatan yang dipilih.
Penyemak imbas mudah alih
  1. Buka Google+ dan pastikan anda telah log masuk.
  2. Di penjuru kiri sebelah atas, sentuh ikon menu > Tetapan.
  3. Di bahagian "Akaun", sentuh Padamkan Profil Google+ anda.
  4. Di bahagian bawah halaman, tandai kotak di sebelah "Diperlukan", kemudian sentuh Alih keluar perkhidmatan yang dipilih.
Apl iPhone/iPad
  1. Buka apl Google+ Ikon Google+.
  2. Di penjuru kiri sebelah atas, sentuh ikon menu .
  3. Di penjuru kanan sebelah atas, sentuh ikon gear  > Perihal Google+ > Padamkan profil Google+.
  4. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda > Log masuk.
  5. Tatal ke sebelah bawah halaman > sentuh kotak di sebelah “Diperlukan” > Alih keluar perkhidmatan yang dipilih.

Berhenti menggunakan semua produk Google yang menghendaki anda log masuk

Jika anda ingin berhenti menggunakan semua produk Google yang menghendaki anda log masuk, seperti Gmail dan Google Wallet, anda boleh ketahui cara memadamkan Akaun Google anda.

Jika anda memadamkan akaun Google anda, anda masih dapat menggunakan produk Google yang tidak meminta anda log masuk, seperti Carian Google.

Soalan Lazim

  • Jika anda memadamkan profil Google+ anda, anda masih boleh menggunakan produk Google yang lain seperti Gmail dan carian Google.
     
  • Pemadaman profil Google+ anda bersifat kekal. Jika anda mahu menggunakan Google+ pada masa hadapan, anda perlu membuat profil baharu.
Adakah artikel ini berguna?