Pemberitahuan

We are currently experiencing higher than usual wait times for support. You may find quick answers to common questions in our Help Center/FAQ.

Saat ini halaman yang diminta tidak tersedia dalam bahasa Anda. Dengan fitur terjemahan bawaan Google Chrome, Anda dapat memilih bahasa lain di bagian bawah halaman atau menerjemahkan halaman web ke bahasa pilihan Anda secara instan.

Sediakan Google Pixel Buds

How to Connect Your Google Pixel Buds Pro 2 to Your Phone

Penting: Jika anda menerima peranti gantian atau membeli komponen gantian tunggal, anda akan menggunakan proses penggandingan yang sama.
Ganding pantas Google Pixel Buds anda

Langkah 1: Sambungkan Pixel Buds anda

  1. Pastikan fon telinga dan bekas pengecasan telah dicas.

  2. Buka bekas pengecasan Google Pixel Buds dan pastikan bekas berada bersebelahan dengan peranti anda. Jika Pixel Buds anda di luar bekas, masukkan kembali dan pastikan kedudukan penunjuk Kiri (L) dan Kanan (R) Pixel Buds sepadan dengan pod pengecasan.

    Untuk Pixel Buds Pro 2: Bunyi loceng daripada bekas akan menunjukkan bahawa anda telah memasukkan fon telinga dengan betul.

  3. Pastikan peranti anda tidak berkunci dan Bluetooth® serta Lokasi telah dihidupkan.
  4. Tekan dan tahan butang penggandingan pada bahagian belakang bekas sehingga cahaya status berwarna putih mula berkelip.
  5. Gandingkan Pixel Buds dengan peranti anda.
    1. Google Pixel atau Android 6.0 atau versi yang lebih baharu: Ketik pemberitahuan penggandingan Google Pixel Buds dan ikut langkah pada skrin.
    2. Peranti lain: Pilih Google Pixel Buds daripada senarai peranti Bluetooth baharu yang tersedia.

Langkah 2: Pakai Pixel Buds anda

Animation of a Pixel Bud being paired with an Eartip labeled "S" and then being placed in the right ear, followed by an animation of a Pixel Bud being paired with an Eartip labeled "L" and being placed in the left ear.

  1. Pastikan hujung telinga dipasang dengan kukuh pada fon telinga dan tidak mudah tercabut.
  2. Masukkan fon telinga anda dengan perlahan-lahan. Penunjuk Kiri (L) dan Kanan (R) tertera pada fon telinga. Fon telinga hendaklah dimasukkan ke dalam telinga dan dilaraskan mengikut putaran lawan arah jam sehingga dapat dipakai dengan selesa tanpa perlu ditekan.
  3. Pixel Buds didatangkan dengan hujung telinga sederhana sedia terpasang. Cuba 2 saiz yang berbeza untuk setiap telinga sebelum memilih saiz yang paling sesuai. Telinga sangat unik. Oleh hal yang demikian, telinga kiri anda mungkin berbeza daripada telinga kanan anda.
  4. Untuk Pixel Buds Pro 2, Pixel Buds Pro dan Pixel Buds 2a: Untuk memastikan bahawa anda mempunyai pelapik terbaik untuk pembatalan hingar, anda juga boleh menjalankan Semakan Padanan Hujung Telinga.

Langkah 3: Sediakan Gemini untuk Pixel Buds

Gemini membolehkan anda mengurus panggilan, menghantar mesej, memainkan media anda dan pelbagai lagi. Ketahui penggunaan Gemini pada Google Pixel Buds dengan lebih lanjut.

  1. Sebut “Ok Google” untuk memulakan perbualan dengan Gemini.

Petua: Anda boleh menyesuaikan ciri tekan dan tahan untuk memulakan Gemini.

  1. Untuk menamatkan perbualan, ketik dua kali Pixel Buds anda.

Petua: Tetapan Voice Match yang anda gunakan pada peranti mudah alih anda turut digunakan pada fon telinga anda.

Langkah 4: Pelajari gerak isyarat & kawalan

Google Pixel Buds membolehkan anda mengawal media anda, mengurus panggilan anda atau menggunakan Assistant anda semasa dalam perjalanan dengan hanya melakukan beberapa gerak isyarat yang mudah.

Gerak isyarat sentuh

  • Ketik untuk menjawab panggilan, memainkan atau menjeda media

  • Ketik dua kali untuk melangkau lagu
  • Ketik tiga kali untuk kembali kepada lagu sebelumnya
  • Leret ke hadapan untuk meningkatkan kelantangan (hanya pada siri Pro)
  • Leret ke belakang untuk mengurangkan kelantangan (hanya pada siri Pro)
  • Tekan dan tahan untuk bercakap dengan Gemini anda (memerlukan persediaan Gemini), togol antara tetapan audio yang berbeza atau matikan fon telinga anda.

Untuk tetapan audio:

  • Pixel Buds Pro 2 sahaja: Tekan dan tahan untuk memilih antara Pembatalan Hingar Aktif, Mod Ketelusan dengan Audio Boleh Suai.
  • Pixel Buds 2a: Tekan dan tahan untuk memilih antara Pembatalan Hingar Aktif dengan mod Ketelusan.
  • Petua: Sesetengah ciri hanya tersedia dengan gabungan tekan dan tahan yang tertentu. Ketahui gerak isyarat dan kawalan Google Pixel Buds dengan lebih lanjut.

Gerak isyarat kepala (Pixel Buds Pro 2 sahaja)

  • Anggukkan kepala untuk menjawab panggilan masuk
  • Gelengkan kepala untuk menolak panggilan masuk

Petua: Jika anda telah mendayakan pemberitahuan dituturkan, anda juga boleh membalas mesej teks dengan menganggukkan kepala. Pemberitahuan ini hanya tersedia dalam bahasa Inggeris.

Gandingkan Google Pixel Buds secara manual untuk peranti Android

Perkara yang diperlukan untuk bermula

Sediakan Google Pixel Buds

  1. Tekan dan tahan butang penggandingan pada bahagian belakang bekas pengecasan yang dibuka sehingga anda melihat cahaya status fon telinga berwarna putih berkelip.
  2. Pada menu tetapan Bluetooth telefon anda, ketik Gandingkan peranti baharu.
  3. Ketik nama Pixel Buds untuk menggandingkan fon telinga tersebut dengan telefon anda.
  4. Pada sesetengah peranti Android, temukan pemberitahuan timbul pada telefon anda yang akan membimbing anda sepanjang proses persediaan yang selebihnya.
Buat penggandingan secara manual melalui Bluetooth untuk peranti lain

Perkara yang diperlukan untuk bermula

  • Google Pixel Buds
  • Peranti yang menyokong Bluetooth 4.0 atau versi yang lebih baharu
  • Apl rakan web Pixel Buds untuk Pixel Buds Pro. Tersedia pada Chromebook (ChromeOS v117.0.5931.0 atau versi yang lebih baharu) hanya selepas anda menyambungkan Pixel Buds anda melalui Bluetooth. 

Akses penuh kepada ciri memerlukan Google Account, telefon rakan yang menjalankan Android 6.0 atau versi yang lebih baharu dan sambungan Internet. Untuk mengetahui keperluan minimum OS dan perkakasan, akses g.co/pixelbuds/help.

Sediakan Google Pixel Buds

  1. Pastikan Bluetooth Bluetooth didayakan pada peranti anda.
  2. Letakkan bekas pengecasan yang mengandungi Google Pixel Buds bersebelahan dengan peranti anda.
  3. Buka bekas tersebut.
  4. Tekan dan tahan butang penggandingan pada bahagian belakang bekas pengecasan sehingga cahaya status fon telinga mula berkelip.
  5. Pilih Pixel Buds anda.
    • Pada peranti anda: Akses menu Bluetooth, kemudian ketik fon kepala Google Pixel Buds.
    • Pada Chromebook: Akses Tetapan anda. Klik Bluetooth kemudian Gandingkan peranti baharu. Dalam bahagian "Peranti yang tersedia", pilih Pixel Buds anda. Tunggu Pixel Buds anda digandingkan.
Pixel Buds (Gen 1)

Item yang berikut disertakan dalam bungkusan Pixel Buds (Gen 1) anda:

  • Google Pixel Buds (Gen 1)
  • Bekas pengecasan Pixel Buds (Gen 1)
  • Kabel USB-C kepada USB-A
  • Panduan Permulaan Pantas
  • Maklumat Jaminan
  • Panduan Keselamatan & Kawal Selia

Perkara yang diperlukan untuk bermula

Sediakan Google Pixel Buds

Langkah 1. Keluarkan Pixel Buds
Jika terdapat lapisan pelindung di antara fon telinga dengan bekas pengecasan, keluarkan pelindung tersebut sebelum pengecasan.
Langkah 2. Cas Pixel Buds

Sebelum menyediakan Google Pixel Buds anda, cas fon telinga itu dalam bekas dengan penutup ditutup selama 10 minit.

Jika anda melihat LED berwarna jingga berkelip , bateri peranti anda lemah dan tidak sedia untuk digandingkan. Sila tunggu selama beberapa minit sehingga anda melihat satu LED berwarna putih berkelip.

Petua: Cas dengan selamat. Sebelum pengecasan, sila pastikan anda membaca dan mengikut maklumat keselamatan tentang pengecasan Google Pixel Buds. Anda boleh menyemak panduan "Be Safe" yang disertakan dengan Google Pixel Buds anda atau lawati https://g.co/pixelbuds/SafetyInfo.

Langkah 3. Hidupkan Bluetooth
  1. Pada Skrin utama peranti mudah alih anda, ketik Tetapan  kemudian Peranti Tersambung kemudian Keutamaan sambungan kemudian Bluetooth .
  2. Hidupkan Bluetooth.
Langkah 4. Gandingkan Google Pixel Buds dengan peranti mudah alih anda
  1.  Buka bekas pengecasan yang masih mengandungi Google Pixel Buds bersebelahan telefon anda.
  2. Jika Pixel Buds anda di luar bekas, masukkan kembali dan pastikan kedudukan Pixel Buds sepadan dengan penunjuk L & R Pixel Buds pada pod pengecasan. Selepas dimasukkan, tekan untuk memastikan pin pengecasan menyentuh Pixel Buds. Lampu LED berwarna hijau akan menyala untuk menunjukkan bahawa Pixel Buds sedang dicas.
  3. Jika anda melihat satu LED berwarna putih berkelip , peranti anda sedia untuk digandingkan.
  4. Temukan pemberitahuan timbul pada telefon anda yang akan membimbing anda sepanjang proses persediaan yang selebihnya. Anda juga boleh menggesa pemberitahuan timbul untuk dipaparkan dengan membuka Assistant anda.

Masih tidak dapat melihat pemberitahuan persediaan?

Langkah 1. Semak bateri Pixel Buds
Sila semak langkah 1 hingga 3 di atas dan pastikan bateri Pixel Buds telah dicas dan Bluetooth didayakan pada telefon anda.
Langkah 2. Gandingkan Google Pixel Buds secara manual

 

  1. Pada menu Bluetooth peranti mudah alih anda, ketik fon kepala Google Pixel Buds untuk digandingkan dengan telefon anda.
  2. Tekan butang bekas yang terbuka selama 3 saat; jika anda melihat lampu LED berwarna putih berkelip , peranti anda sedia untuk digandingkan.
  3. Temukan pemberitahuan timbul pada telefon anda yang akan membimbing anda sepanjang proses persediaan yang selebihnya.
  4. Pada sesetengah peranti Android, anda mungkin perlu mencari Google Pixel Buds anda dalam menu tetapan Bluetooth dan menambahkan Google Pixel Buds sebagai peranti baharu.

Menyambungkan semula Google Pixel Buds kepada telefon anda

Apabila anda perlu menyambungkan semula Google Pixel Buds kepada telefon anda, ketik dua kali fon telinga kanan. Jika Google Pixel Buds anda berada di dalam bekas pengecasan, hanya buka bekas dan keluarkan fon telinga untuk memulakan penyambungan semula.

Menyambungkan Google Pixel Buds anda kepada peranti tambahan

Untuk mengalihkan Pixel Buds antara peranti yang digandingkan sebelum ini, pilih "Pixel Buds" dalam menu Bluetooth peranti yang kedua semasa Pixel Buds masih disambungkan kepada peranti yang pertama. Pixel Buds akan diputuskan sambungan daripada peranti yang pertama dan disambungkan kepada peranti yang baharu. Google Pixel Buds boleh digandingkan dengan 8 peranti.

Jika anda mahu menyambungkan Google Pixel Buds anda kepada telefon tambahan atau menukar telefon yang disambungkan kepada fon telinga itu pada masa ini, letakkan fon telinga itu di dalam bekas pengecasan. Apabila LED hijau  kelihatan, tahan butang bekas selama 3 saat untuk meletakkan fon telinga itu dalam mod penggandingan. Semasa dalam mod penggandingan, Pixel Buds sedia untuk disambungkan dengan peranti baharu anda.

Ikut langkah persediaan yang disenaraikan di atas untuk melengkapkan proses penyambungan Pixel Buds anda kepada peranti baharu.

Mematikan Google Pixel Buds

Untuk membangunkan atau menidurkan Google Pixel Buds anda, ketik tiga kali fon telinga kanan. Sebagai alternatif, ikut langkah di bawah.

  1. Pada peranti mudah alih anda, buka Tetapan .
  2. Ketik Peranti tersambung.
  3. Kemudian, ketik Google Pixel Buds anda dalam senarai peranti yang digandingkan.
  4. Apabila diminta untuk memutuskan sambungan telefon anda daripada Pixel Buds, ketik OK.
Sambungkan semula Google Pixel Buds kepada peranti anda

Jika Google Pixel Buds anda berada di dalam bekas pengecasan, hanya buka bekas dan keluarkan fon telinga untuk memulakan proses penyambungan semula. Jika fon telinga anda disambungkan kepada peranti lain sebelum ini, pastikan anda memilih Google Pixel Buds dalam menu Bluetooth peranti hos untuk memulakan penyambungan semula.

Gandingkan Google Pixel Buds anda dengan peranti tambahan

Jika anda mahu menggandingkan Google Pixel Buds anda dengan peranti tambahan, letakkan fon telinga tersebut di dalam bekas pengecasan dengan penutup dibuka. Setelah cahaya status bekas kelihatan, tahan butang penggandingan sehingga cahaya mula berdenyut untuk menggunakan mod penggandingan.

Semasa dalam mod penggandingan, Pixel Buds sedia untuk digandingkan dengan peranti baharu anda. Penggandingan Google Pixel Buds boleh dikekalkan untuk maksimum 8 peranti. Penggandingan peranti yang selanjutnya akan melupakan peranti yang terawal.

Tukar sambungan antara peranti

Untuk menukar sambungan antara peranti yang telah digandingkan dengan Pixel Buds, pilih "Pixel Buds" daripada menu Bluetooth pada peranti baharu. Pixel Buds anda akan diputuskan sambungan daripada peranti lama dan disambungkan kepada peranti tersambung yang terbaharu.

Pixel Buds Pro 2, Pixel Buds Pro dan Pixel Buds 2a: Apabila anda mendayakan Kesambungan berbilang titik atau Pertukaran audio pada Pixel Buds, fon telinga tersebut boleh bertukar secara automatik antara 2 peranti sumber tersambung anda yang terakhir. Ketahui lebih lanjut pada halaman Gunakan Kesambungan berbilang titik pada Google Pixel Buds.

Apabila menyahdok fon telinga daripada bekas pengecasan, jika peranti tersambung yang terakhir tidak tersedia, Pixel Buds A-Series dan Pro akan mencari serta disambungkan kepada peranti tersambung yang kedua terakhir.

Sumber berkaitan

Google, Pixel, logo G dan logo yang berkaitan ialah tanda dagangan Google LLC.


Tanda kata dan logo Bluetooth® ialah tanda dagangan berdaftar milik Bluetooth SIG, Inc.
Halaman ini mungkin berisi konten yang diterjemahkan menggunakan teknologi AI. Terjemahan AI mungkin berisi kesalahan.

Perlu bantuan lain?

Coba langkah-langkah selanjutnya berikut:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
4054531917401086282
true
Pusat Bantuan Penelusuran
false
true
true
true
true
true
1634144
false
false
false
false
false