Anda boleh menukar orang yang dapat mencari foto, video atau album yang telah anda kongsikan dalam Google Photos. Anda boleh melakukan perkara ini jika anda memiliki album itu.
Berhenti berkongsi album
Jika anda berhenti berkongsi album:
- Orang lain tidak dapat melihat album anda.
- Ulasan dan foto yang telah ditambahkan oleh orang lain akan dialih keluar.
Penting: Jika seseorang sudah memuat turun atau menyalin foto atau video yang anda kongsikan, tindakan mematikan perkongsian tidak akan memadamkan muat turun atau salinan itu.
Hidupkan & matikan Perkongsian pautan
- Buka album yang diingini dan klik Lagi Pilihan.
- Klik togol di sebelah Perkongsian pautan untuk menghidupkan atau mematikan ciri ini.
Alih keluar seseorang daripada album
Anda mestilah pemilik album untuk mengalih keluar seseorang.
- Buka album yang diingini.
- Klik Lagi Pilihan.
- Tatal untuk mencari kenalan yang ingin anda alih keluar.
- Klik Lagi Alih keluar orang.
Hentikan orang daripada menambahkan foto pada album
Jika "Kerjasama" dihidupkan, sesiapa yang mempunyai pautan ke album kongsi anda boleh menambahkan foto.
Untuk menghentikan orang daripada menambahkan foto:
- Lawati photos.google.com pada komputer anda.
- Di bahagian atas sebelah kiri, klik Perkongsian .
- Buka album.
- Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Pilihan.
- Matikan Kerjasama.
Nota:
- Anda tidak boleh menghalang orang perseorangan daripada menambah item, tetapi anda boleh menghalang semua orang daripada menambah item.
- Anda masih dapat melihat foto yang ditambahkan oleh orang lain, melainkan anda mengalih keluar mereka.
Tinggalkan album
Apabila anda meninggalkan album, foto dan ulasan anda akan dialih keluar.
- Lawati photos.google.com pada komputer anda.
- Di bahagian atas sebelah kiri, klik Perkongsian .
- Buka album.
- Klik Lagi Pilihan Tinggalkan album.
Urus suka dan ulasan anda
Hentikan orang daripada menambahkan ulasan & suka
Jika anda mematikan ulasan, orang tidak akan dapat menyukai foto anda. Anda masih dapat melihat suka dan ulasan yang sedia ada melainkan anda memadamkan suka dan ulasan itu.
- Lawati photos.google.com pada komputer anda.
- Di bahagian atas sebelah kiri, klik Perkongsian .
- Buka album yang anda buat.
- Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Pilihan.
- Matikan Ulasan & suka.
Lihat semua ulasan
Untuk melihat atau memadamkan semua ulasan dan suka yang telah anda buat, pergi ke log aktiviti.
Sumber berkaitan
- Sekat seseorang di Google Photos.
- Kongsi foto dan video.
- Ketahui cara berkongsi foto dan video dengan teman secara automatik.
- Ketahui cara mendapatkan cadangan untuk dikongsi.
- Bantu kenalan anda mendapatkan cadangan untuk dikongsi dengan anda.
- Cara kawalan album kongsi memberikan lebih privasi kepada foto anda.