Memahami, menemukan & mengedit lokasi foto anda

Anda boleh menggunakan lokasi foto anda untuk mengatur, mencari dan menerokai foto anda berdasarkan tempat foto itu diambil.

Perihal lokasi foto anda

Foto anda mungkin mengandungi lokasi jika kamera peranti anda menyimpan lokasi anda dengan foto tersebut atau jika anda menambahkan lokasi secara manual pada foto. Google Photos juga menganggarkan lokasi anda daripada maklumat seperti tanda tempat dan lokasi dalam foto anda yang lain.

Anda hanya boleh menukar atau mengalih keluar lokasi anggaran dan lokasi yang anda tambahkan secara manual pada foto anda. Jika lokasi ditambahkan secara automatik oleh kamera anda, anda tidak boleh mengemaskinikan atau mengalih keluar lokasi tersebut dalam Google Photos.

Mengurus lokasi foto anda

Untuk mengurus maklumat lokasi foto atau video, anda boleh menambahkan lokasi pada foto yang tiada lokasi atau mengedit mahupun mengalih keluar lokasi anggaran yang telah ditambahkan oleh Photos.

Tambah lokasi

  1. Pergi ke photos.google.com pada komputer anda.
  2. Buka foto atau video.
  3. Klik Maklumat Maklumat kemudian Tambah lokasi.
    • Tambah atau pilih lokasi daripada lokasi terbaharu anda.

Mengedit atau mengalih keluar lokasi anggaran

Penting: Anda hanya boleh mengemas kini atau mengalih keluar lokasi anggaran. Jika lokasi foto atau video telah ditambahkan oleh kamera anda secara automatik, anda tidak boleh mengedit atau mengalih keluar lokasi itu.

  1. Pergi ke photos.google.com pada komputer anda.
  2. Buka foto atau video.
  3. Klik Maklumat Maklumat.
  4. Di sebelah lokasi, klik Lagi Lagi kemudian Edit .
    • Tambah atau pilih lokasi daripada lokasi terbaharu anda.
    • Untuk mengalih keluar lokasi anggaran, klik Alih keluar lokasi.

Anda juga boleh mengedit lokasi berbilang foto:

  1. Pergi ke photos.google.com pada komputer anda.
  2. Pilih foto yang diingini.
  3. Klik Lagi Lagi kemudian Edit lokasi.
    • Tambah atau pilih lokasi.
    • Untuk mengalih keluar lokasi, klik Alih keluar lokasi.
Petua: Apabila anda memilih berbilang foto atau video, anda mungkin diberitahu bahawa Google Photos tidak dapat mengedit maklumat lokasi yang ditambahkan oleh kamera anda. Untuk meneruskan proses ini, nyahpilih foto atau video itu.

Menganggarkan lokasi yang tiada

Penting: Jika anda mematikan anggaran lokasi, lokasi anggaran yang terdahulu tidak dialih keluar, tetapi anda boleh mengedit atau memadamkan lokasi anggaran itu.
  1. Lawati photos.google.com pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas, klik Tetapan kemudian Lokasi.
  3. Hidupkan atau matikan Anggarkan lokasi yang tiada.

Kongsi foto dengan lokasi

Apabila anda berkongsi foto menggunakan Google Photos, lokasi foto anda mungkin dikongsi jika anda menambah atau menukar lokasi atau jika lokasi diberikan oleh kamera anda.

Anda boleh mengawal sama ada lokasi anda dikongsi atau tidak dalam setiap album kongsi, pautan atau perbualan yang anda buat atau sertai. Jika anda menyediakan perkongsian dengan teman, semua foto yang anda kongsi akan termasuk butiran lokasi. 

Situasi berikut berlaku jika anda memilih untuk berkongsi lokasi foto anda: 

  • Jika anda menambahkan lokasi atau mengedit lokasi anggaran foto, kemudian berkongsi foto itu dengan seseorang pada Google Photos, anda turut berkongsi lokasi itu.
  • Jika kamera anda menambah lokasi dan anda berkongsi foto itu pada Google Photos, foto tersebut akan menunjukkan lokasi yang diberikan oleh kamera.
  • Jika anda berkongsi foto dengan lokasi yang dianggarkan oleh Google Photos, maka lokasi itu tidak akan dikongsi.

Ini tidak melibatkan foto atau video yang anda kongsi di luar Google Photos, seperti apabila anda memuat turun dan menghantar foto atau video itu kepada seseorang. Dalam hal ini, lokasi asal yang disimpan oleh peranti anda akan ditunjukkan tanpa sebarang pengeditan yang telah anda buat dalam Google Photos.

Walaupun anda menyembunyikan lokasi foto daripada orang lain, mereka dapat meneka lokasi berdasarkan tanda tempat dalam foto anda.

Berkongsi butiran lokasi anda dalam album kongsi

Semasa anda menambahkan foto pada album kongsi, anda boleh mengawal sama ada butiran lokasi foto anda dikongsi dalam setiap album atau tidak.

  1. Lawati photos.google.com pada komputer anda.
  2. Klik Perkongsian .
  3. Pilih album kongsi.
  4. Pada bahagian atas, klik Lagi Lagi kemudian Pilihan.
  5. Hidupkan atau matikan Kongsi lokasi foto.

Anda juga boleh mengawal sama ada butiran lokasi foto anda dikongsi atau tidak apabila anda membuat album kongsi yang baharu.

  1. Lawati photos.google.com pada komputer anda.
  2. Klik Perkongsian kemudian Buat album kongsi.
  3. Tambahkan tajuk dan foto pada album kongsi baharu.
  4. Pada bahagian atas, klik Kongsi kemudian Pilihan album.
  5. Hidupkan atau matikan Kongsi lokasi foto.

Petua: Pilihan ini juga dipaparkan apabila anda berkongsi album peribadi untuk kali pertama.

Berkongsi butiran lokasi anda dalam perbualan

Apabila anda menambahkan foto pada perbualan baharu yang anda buat, butiran lokasi tidak disertakan. Perkongsian lokasi dimatikan secara lalai. 

Jika anda memulakan perbualan sebelum 18 Ogos 2021, sebarang foto yang anda tambahkan atau telah anda tambahkan sebelum ini pada perbualan itu akan menunjukkan lokasi foto melainkan anda telah mematikan perkongsian lokasi untuk perbualan tersebut. 

Untuk berkongsi butiran lokasi foto yang anda tambahkan, atau telah tambahkan, pada perbualan tertentu: 

  1. Lawati photos.google.com pada komputer anda.
  2. Klik Menu Menu kemudian Perkongsian  .
  3. Klik perbualan itu. 
  4. Dalam perbualan tersebut, klik gambar profil atau parap akaun anda.
  5. Hidupkan Kongsi lokasi foto.
Berkongsi butiran lokasi anda dalam perkongsian dengan teman 
Penting: Jika anda menyediakan perkongsian dengan teman, semua foto yang anda kongsi mempunyai butiran lokasi. Jika anda menyediakan perkongsian dengan teman sebelum 18 Ogos 2021, maklumat lokasi foto anda akan dikongsi melainkan anda telah melumpuhkan ciri ini.

Untuk menyemak sama ada anda berkongsi butiran lokasi atau tidak dalam perkongsian dengan teman:

  1. Lawati photos.google.com pada komputer anda.
  2. Klik Menu Menu kemudian Perkongsian  .
  3. Klik nama teman anda. 
  4. Pada bahagian atas, klik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  5. Daripada “Teman anda dapat mengakses”, anda boleh menyemak sama ada anda berkongsi butiran lokasi atau tidak.
Petua: Jika anda tidak berkongsi butiran lokasi tetapi mahu membuat perkongsian, alih keluar teman anda dan undang teman itu sekali lagi. 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2967714127629385877
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
105394
false
false