Memahami, menemukan & mengedit lokasi foto anda

Anda boleh menggunakan lokasi foto anda untuk mengatur, mencari dan menerokai foto anda berdasarkan tempat foto itu diambil.

Perihal lokasi foto anda

Foto anda mungkin mengandungi lokasi jika kamera peranti anda menyimpan lokasi anda dengan foto tersebut atau jika anda menambahkan lokasi secara manual pada foto. Google Photos juga menganggarkan lokasi anda daripada maklumat seperti tanda tempat dan lokasi dalam foto anda yang lain.

Anda hanya boleh menukar atau mengalih keluar lokasi anggaran dan lokasi yang anda tambahkan secara manual pada foto anda. Jika lokasi ditambahkan secara automatik oleh kamera anda, anda tidak boleh mengemaskinikan atau mengalih keluar lokasi tersebut dalam Google Photos.

Mengurus lokasi foto anda

Untuk mengurus maklumat lokasi foto atau video, anda boleh menambahkan lokasi pada foto yang tiada lokasi atau mengedit mahupun mengalih keluar lokasi anggaran yang telah ditambahkan oleh Photos.

Menambah lokasi

Penting: Untuk menambah lokasi pada foto atau video, anda mesti menyandarkan foto atau video itu dahulu.

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka Google Photos Foto.
  2. Buka foto atau video.
  3. Ketik Lagi Lagi kemudian Tambah lokasi .
    • Tambah atau pilih lokasi daripada lokasi terbaharu anda.

Mengedit atau mengalih keluar lokasi anggaran daripada foto

Penting: Anda hanya boleh mengemas kini atau mengalih keluar lokasi anggaran. Jika lokasi foto atau video telah ditambahkan oleh kamera anda secara automatik, anda tidak boleh mengedit atau mengalih keluar lokasi itu.

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka Google Photos Foto.
  2. Buka foto atau video.
  3. Ketik Lagi Lagi kemudian Edit .
    • Tambah atau pilih lokasi daripada lokasi terbaharu anda.
    • Untuk mengalih keluar lokasi anggaran, ketik Alih keluar lokasi.

Anda juga boleh mengedit lokasi berbilang foto:

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka Google Photos Foto.
  2. Pilih foto yang ingin anda edit lokasinya.
  3. Ketik Lagi Lagi kemudian Edit lokasi.
    • Tambah atau pilih lokasi.
    • Untuk mengalih keluar lokasi, ketik Alih keluar lokasi.
Petua: Apabila anda memilih berbilang foto atau video, anda mungkin diberitahu bahawa Google Photos tidak dapat mengedit maklumat lokasi yang ditambahkan oleh kamera anda. Untuk meneruskan proses ini, nyahpilih foto atau video itu.

Menganggarkan lokasi yang tiada

Penting: Jika anda mematikan anggaran lokasi, lokasi anggaran yang terdahulu tidak dialih keluar, tetapi anda boleh mengedit atau memadamkan lokasi anggaran itu.

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka Google Photos Foto.
  2. Pada bahagian atas, ketik foto profil atau parap akaun anda kemudian Tetapan Google Photos .
  3. Ketik Privasi kemudian Pilihan lokasi.
  4. Hidupkan atau matikan Anggarkan lokasi yang tiada.

Mencari lokasi anggaran yang terdahulu

Apabila anda mematikan lokasi anggaran, Photos tidak akan mengganggarkan lokasi untuk foto baharu. Anda boleh mengurus lokasi anggaran dan menggunakan lokasi anggaran yang terdahulu untuk foto baharu anda.

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka Google Photos Foto.
  2. Pada bahagian atas, ketik foto profil atau parap akaun anda kemudian Tetapan Google Photos .
  3. Ketik Privasi kemudian Pilihan lokasi kemudian Lihat dan urus lokasi anggaran.

Kongsi foto dengan lokasi

Apabila anda berkongsi foto menggunakan Google Photos, lokasi foto anda mungkin dikongsi jika anda menambah atau menukar lokasi atau jika lokasi diberikan oleh kamera anda.

Anda boleh mengawal sama ada lokasi anda dikongsi atau tidak dalam setiap album kongsi, pautan atau perbualan yang anda buat atau sertai. Jika anda menyediakan perkongsian dengan teman, semua foto yang anda kongsi akan termasuk butiran lokasi. 

Situasi berikut berlaku jika anda memilih untuk berkongsi lokasi foto anda: 

  • Jika anda menambahkan lokasi atau mengedit lokasi anggaran foto, kemudian berkongsi foto itu dengan seseorang pada Google Photos, anda turut berkongsi lokasi itu.
  • Jika kamera anda menambah lokasi dan anda berkongsi foto itu pada Google Photos, foto tersebut akan menunjukkan lokasi yang diberikan oleh kamera.
  • Jika anda berkongsi foto dengan lokasi yang dianggarkan oleh Google Photos, maka lokasi itu tidak akan dikongsi.

Ini tidak melibatkan foto atau video yang anda kongsi di luar Google Photos, seperti apabila anda memuat turun dan menghantar foto atau video itu kepada seseorang. Dalam hal ini, lokasi asal yang disimpan oleh peranti anda akan ditunjukkan tanpa sebarang pengeditan yang telah anda buat dalam Google Photos.

Walaupun anda menyembunyikan lokasi foto daripada orang lain, mereka dapat meneka lokasi berdasarkan tanda tempat dalam foto anda.

Berkongsi butiran lokasi anda dalam album kongsi

Semasa anda menambahkan foto pada album kongsi, anda boleh mengawal sama ada butiran lokasi foto anda dikongsi dalam setiap album atau tidak.

  1. Buka apl Google Photos Foto pada iPhone atau iPad anda.
  2. Pada bahagian bawah, ketik Koleksikemudian Album.
  3. Pilih album kongsi.
  4. Ketik Kongsi Kongsi kemudian Pilihan.
  5. Hidupkan atau matikan Kongsi lokasi foto.
  6. Ketik Selesai.

Anda juga boleh mengawal sama ada butiran lokasi foto anda dikongsi atau tidak apabila anda membuat album kongsi yang baharu.

  1. Buka apl Google Photos Foto pada iPhone atau iPad anda.
  2. Pada bahagian bawah, ketik Koleksikemudian Album.
  3. Pada bahagian atas, ketik Buat album Buat.
  4. Tambahkan tajuk dan foto pada album baharu.
  5. Ketik Kongsi kemudian Pilihan.
  6. Hidupkan atau matikan Kongsi lokasi foto.
  7. Ketik Selesai.

Petua: Pilihan ini juga dipaparkan apabila anda berkongsi album peribadi untuk kali pertama.

Berkongsi butiran lokasi anda dalam perbualan

Apabila anda menambahkan foto pada perbualan baharu yang anda buat, butiran lokasi tidak disertakan. Perkongsian lokasi dimatikan secara lalai.

Jika anda memulakan perbualan sebelum 18 Ogos 2021, sebarang foto yang anda tambahkan atau telah anda tambahkan sebelum ini pada perbualan itu akan menunjukkan lokasi foto melainkan anda telah mematikan perkongsian lokasi untuk perbualan tersebut.

Untuk berkongsi butiran lokasi foto yang anda tambahkan, atau telah tambahkan, pada perbualan tertentu:

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka Google Photos Foto.
  2. Pada bahagian atas, ketik Perkongsian .
    • Penting: Untuk sesetengah pengguna, Perkongsian boleh ditemukan pada bahagian bawah.
  3. Ketik perbualan. 
  4. Dalam perbualan tersebut, ketik gambar profil atau parap akaun anda.
  5. Hidupkan Kongsi lokasi foto.
Berkongsi butiran lokasi anda dalam perkongsian dengan teman 
Penting: Jika anda menyediakan perkongsian dengan teman, semua foto yang anda kongsi mengandungi butiran lokasi. Jika anda menyediakan perkongsian dengan teman sebelum 18 Ogos 2021, maklumat lokasi foto anda akan dikongsi melainkan anda telah melumpuhkan ciri ini.

Untuk menyemak sama ada anda berkongsi butiran lokasi atau tidak dalam perkongsian dengan teman:

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka Google Photos Foto.
  2. Pada bahagian atas, ketik Perkongsian .
    • Penting: Untuk sesetengah pengguna, Perkongsian boleh ditemukan pada bahagian bawah.
  3. Ketik nama teman anda.
  4. Pada bahagian atas, ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  5. Daripada “Teman anda dapat mengakses”, anda boleh menyemak sama ada anda berkongsi butiran lokasi atau tidak.
Petua: Jika anda tidak berkongsi butiran lokasi tetapi mahu membuat perkongsian, alih keluar teman anda dan undang teman itu sekali lagi. 

Temui foto anda pada peta

Penting: Paparan peta hanya diisi dengan foto yang mengandungi lokasi.

Anda boleh menemui lokasi foto dan video anda pada peta interaktif.

Temui paparan peta
  • Untuk mencari foto anda yang dikumpulkan mengikut lokasi: Ketik Koleksi kemudian Tempat.
  • Untuk membuka paparan peta bersama grid foto anda: Ketik tempat
    • Anda juga boleh mengetik Peta anda.
Gunakan paparan peta

Grid tersebut mengandungi foto dalam pustaka anda yang berada dalam kawasan peta yang boleh dilihat, termasuk foto kongsi yang telah anda simpan.

  • Untuk mengubah kawasan fokus: Cubit dan zum peta. 
  • Untuk menemui foto yang anda ambil dalam kawasan peta yang boleh dilihat: Tatal grid atau ketik peta haba.

Untuk menyemak sama ada anda berkongsi butiran lokasi atau tidak dalam perkongsian dengan teman:

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka Google Photos Foto.
  2. Pada bahagian atas, ketik Perkongsian .
    • Penting: Untuk sesetengah pengguna, Perkongsian boleh ditemukan pada bahagian bawah.
  3. Ketik nama teman anda.
  4. Pada bahagian atas, ketik Lagi Lagi kemudian Tetapan.
  5. Daripada “Teman anda dapat mengakses”, anda boleh menyemak sama ada anda berkongsi butiran lokasi atau tidak.
Lihat Garis Masa anda

Anda boleh menggunakan Garis Masa dalam peta anda untuk melihat sejarah foto. Apabila anda menatal foto dalam grid, laluan akan dikemas kini untuk menggambarkan Garis Masa anda bagi hari dalam tumpuan.

Ciri ini hanya tersedia jika anda mempunyai data Sejarah Lokasi. Ketahui cara menghidupkan atau mematikan Sejarah Lokasi.

Untuk menghidupkan atau mematikan Garis Masa:
  1. Dalam paparan peta, ketik Lagi Lagi.
  2. Hidupkan atau matikan Tunjukkan Garis Masa peribadi anda.
Petua:
  • Anda boleh memilih Lalai, Satelit atau Rupa Bumi untuk paparan peta anda.
  • Untuk mencari seluruh laluan Garis Masa bagi hari tertentu, ketik Zum keluar .
  • Apabila anda menyembunyikan Garis Masa daripada paparan peta anda, Photos tidak mengalih keluar data Sejarah Lokasi anda. Pilih cara memadamkan Sejarah Lokasi.

Kawal sama ada kamera anda menambah maklumat lokasi

  1. Buka Tetapan peranti iOS anda.
  2. Ketik Privasi kemudian Perkhidmatan lokasi.
  3. Tetapkan kebenaran Kamera kepada Semasa Menggunakan Aplikasi.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
2403337803103804474
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
105394
false
false
false
false
false