Memadamkan foto & video

Foto dan video disandarkan yang anda padamkan akan kekal dalam sampah selama 60 hari sebelum dipadamkan selamanya. Jika foto dan video tidak disandarkan, foto dan video tersebut akan dipadamkan secara kekal selepas 30 hari. Foto dan video yang dipadamkan secara kekal tidak dapat dipulihkan. Ketahui cara menghidupkan sandaran.

Jika anda tidak mahu melihat foto atau video lagi dalam paparan galeri Google Photos anda tetapi tidak mahu memadamkan foto atau video tersebut, anda boleh mengalihkan item kepada Arkib. Apabila anda mengalihkan foto dan video kepada arkib, anda masih boleh menemukan foto dan video tersebut dalam mana-mana album foto dan video itu ditambahkan, hasil carian dan folder pada peranti anda. Ketahui cara mengalihkan foto kepada arkib.

Temukan arkib anda

Petua: Anda boleh mencari foto dalam Folder Dikunci. Ketahui perihal tempat anda boleh mengakses item dalam Folder Dikunci dengan lebih lanjut.

Sebelum anda memadamkan foto & video

Ketahui lokasi foto dan video dialih keluar dan tidak dialih keluar.

Item yang anda padamkan daripada Google Photos juga dialih keluar daripada:

  • Peranti Android, iPhone dan iPad dengan Google Photos dipasang dan sandaran dihidupkan.
  • Album Google Photos.
  • Album kongsi dan perbualan yang anda tambahkan album itu.
  • Sesetengah video kenangan Google Photos. Ketahui lebih lanjut tentang foto yang dipadamkan dalam video kenangan.
  • Storan setempat apabila fail dimuat turun pada iPhone dan iPad serta sesetengah peranti yang menggunakan Android 11 atau versi lebih baharu.

Item yang anda padamkan tidak dialih keluar secara automatik daripada:

  • Blogger
  • Drive
  • Gmail
  • YouTube

Semak sampah anda

Sebelum bermula

Muat turun dan pasang apl Google Photos.

Memadamkan foto & video

Anda boleh memadamkan maksimum 1,500 foto dan video daripada pustaka Google Photos anda atau dalam gulungan kamera anda pada satu-satu masa.

Penting: Tindakan memadamkan foto dan video daripada apl Google Photos turut memadamkan item yang sama daripada peranti anda. Perkara ini bermakna bahawa salinan Google Photos dan salinan pada peranti anda akan dipadamkan. Jika item tersebut disandarkan, kandungan yang sama akan dipadamkan pada semua peranti yang menghidupkan sandaran. Ketahui cara mengalih keluar foto dan video yang disandarkan daripada Google Photos tetapi bukan daripada peranti anda.

  1. Buka apl Google Photos Foto pada iPhone atau iPad anda.
  2. Log masuk ke Google Account anda.
  3. Sentuh dan tahan foto atau video yang mahu dialihkan kepada sampah. Anda boleh memilih berbilang foto dan video.
  4. Pada bahagian bawah, ketik Sampah Padam.
Petua:
  • Beberapa foto menjimatkan ruang apabila dipadamkan. Jika anda memadamkan foto yang menjimatkan ruang storan dalam Google Account anda, anda mungkin mendapat anggaran tentang storan yang dipulihkan.
  • Anda tidak dapat memulihkan kandungan yang dipadamkan secara kekal dengan perkhidmatan eksport Google Takeout.

Ketahui perkara yang berlaku pada foto & video yang anda padamkan

  • Jika anda memadamkan foto atau video yang disandarkan dalam Google Photos, foto atau video itu kekal dalam sampah anda selama 60 hari.
  • Jika anda memadamkan foto atau video secara kekal daripada iPhone atau iPad tanpa membuat sandaran dalam Google Photos, foto dan video tersebut akan kekal dalam sampah anda selama 30 hari, kemudian akan dipadamkan selamanya. Ketahui cara menghidupkan sandaran.

Petua: Foto dan video yang dipadamkan mungkin akan kekal pada kad memori boleh alih. Untuk memadamkan foto dan video secara kekal, gunakan apl galeri peranti anda.

Padamkan foto & video secara kekal

  1. Buka apl Google Photos Foto pada iPhone atau iPad anda.
  2. Log masuk ke Google Account anda.
  3. Pada bahagian bawah, ketik Koleksi kemudian Sampah kemudian Pilih.
  4. Pilih foto atau video yang mahu anda padamkan secara kekal.
  5. Pada bahagian atas, klik Pilih Pilih.
  6. Ketik Padam kemudian Padam.

Petua: Anda masih boleh menemukan item yang dipadamkan secara kekal daripada Google Photos pada iPhone atau iPad anda dalam folder dipadamkan baru-baru ini dalam Apple Photos.

Alih keluar item daripada peranti anda

  1. Buka apl Google Photos Foto pada iPhone atau iPad anda.
  2. Log masuk ke Google Account anda.
  3. Pilih foto atau video yang mahu dipadamkan daripada iPhone atau iPad anda.
  4. Pada bahagian atas, ketik Lagi Lagi kemudian Padamkan daripada peranti.

Ketahui cara mengosongkan ruang pada peranti anda.

Alih keluar foto & video yang disandarkan daripada Google Photos tetapi tidak daripada peranti anda

  1. Matikan sandaran dalam apl Google Photos pada iPhone atau iPad anda.
    • Matikan sandaran pada semua peranti yang mahu anda kekalkan foto atau video tersebut.
  2. Akses photos.google.com/login pada komputer atau penyemak imbas mudah alih anda.
  3. Padamkan foto dan video sandaran pilihan anda daripada Google Photos.
  4. Tunggu beberapa minit dan pastikan anda disambungkan kepada Wi-Fi pada iPhone atau iPad anda.
  5. Tutup dan buka semula apl.
    • Foto yang dipadamkan mungkin masih berada dalam paparan Photos anda. Foto tersebut hanya salinan setempat. Untuk menyemak status sandaran foto, ketik foto tersebut kemudian Lagi Lagi. Tatal ke bawah kepada "Butiran".

Untuk memastikan bahawa foto atau video anda tidak disandarkan pada Google Photos lagi dan salinan setempat anda tidak dipadamkan, biarkan sandaran dimatikan.

Jika anda membiarkan sandaran anda dimatikan
  • Jika anda membiarkan sandaran anda dimatikan, anda akan kehilangan manfaat sandaran. Ketahui manfaat sandaran dengan lebih lanjut.
  • Jika anda mahu foto dan video anda disimpan secara automatik pada Google Account sekali lagi, anda boleh menghidupkan sandaran.
Jika anda menghidupkan semula sandaran

Jika anda menghidupkan sandaran, kadangkala:

  • Foto atau video yang dipadamkan mungkin disandarkan sekali lagi sebaik sahaja sandaran didayakan semula.
  • Salinan peranti bagi foto atau video yang dipadamkan mungkin akan dipadamkan sebaik sahaja sandaran didayakan semula.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
1864663008769695095
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
105394
false
false
false
false
false