Anda boleh mendapatkan kemaskinian tentang aktiviti baharu seperti kemaskinian pada album kongsi, perbualan, perkongsian dengan teman dan pengeditan yang dibuat untuk anda pada halaman Kemaskinian.
Cari kemaskinian anda
- Buka apl Google Photos
pada peranti Android anda.
- Pada bahagian atas, ketik Kemaskinian
.
- Tatal untuk mencari kemaskinian dalam tertib kronologi.
Petua: Kemaskinian yang belum dibaca dipaparkan dengan huruf tebal.
Ketahui jenis kemaskinian
Kemaskinian untuk album kongsiAnda akan mendapat kemaskinian apabila tindakan yang berikut diambil dalam album kongsi:
- Anda menerima album kongsi baharu.
- Orang baharu menyertai album kongsi.
- Seseorang meninggalkan ulasan.
- Seseorang menyukai foto atau album kongsi.
- Seseorang menambahkan foto baharu pada album kongsi.
- Foto anda sendiri ditambahkan secara automatik pada album kongsi.
Petua: Jika anda mahu mengelakkan kandungan daripada dipaparkan dalam Kemaskinian, anda boleh meredamkan album.
Anda akan mendapat kemaskinian apabila tindakan yang berikut diambil dalam perbualan:
- Anda menerima perbualan baharu.
- Seseorang membalas mesej anda dalam perbualan.
- Seseorang menyukai perbualan.
- Anda menerima foto baharu dalam perbualan.
- Seseorang meninggalkan ulasan pada foto dalam perbualan.
Anda akan mendapat kemaskinian apabila tindakan yang berikut diambil dalam perkongsian dengan teman:
- Anda menerima undangan perkongsian dengan teman baharu.
- Seseorang menerima undangan perkongsian dengan teman anda.
- Foto anda sendiri dikongsi dengan teman anda secara automatik.
- Anda menerima foto baharu daripada teman anda.
Anda akan mendapat kemaskinian tentang status storan anda:
- Storan anda hampir penuh.
- Storan anda hampir habis.
- Anda hampir kehabisan storan.
- Anda kehabisan storan.