Dengan Google Photos, anda boleh menemukan maklumat tertentu tentang metadata foto, yang mungkin berdasarkan standard Majlis Telekomunikasi Akhbar Antarabangsa (IPTC). IPTC menyertakan maklumat hak cipta, nama pencipta, kapsyen atau perihalan imej. Kadangkala pengeditan AI disertakan tetapi boleh diedit atau dialih keluar.
Artikel ini memfokuskan foto yang mengandungi metadata IPTC sahaja. IPTC ialah format lama yang digunakan oleh jurugambar dan organisasi media untuk memerihalkan dan mengurus imej tetapi maklumat tersebut boleh diedit atau dialih keluar.
Anda juga mungkin menemukan tera air digital seperti SynthID yang dibenamkan pada imej yang diedit menggunakan AI generatif yang akan dipaparkan pada alatan seperti Google Search atau Lens. Ketahui SynthID dengan lebih lanjut.
- Tidak semua imej mengandungi maklumat AI. Bahagian maklumat AI dialih keluar untuk foto yang belum diedit dengan AI atau foto yang tidak mengikut standard IPTC.
- Harap maklum bahawa metadata IPTC boleh diubah suai.
Temukan maklumat AI
- Buka apl Google Photos
pada peranti Android anda.
- Pilih foto yang anda mahu semak maklumat.
- Ketik Lagi
Perihal.
- Tatal kepada "Cara kandungan ini dibuat".
Temukan maklumat AI daripada Lens
- Buka apl Google Photos
pada peranti Android anda.
- Pilih foto yang anda mahu semak maklumat.
- Ketik Lagi
Google Lens.
- Secara lalai, pilihan ditetapkan kepada "Cari”.
- Leret ke atas.
- Ketik Perihal imej ini.