Anda boleh menyimpan foto dan video sensitif pada folder yang dilindungi oleh kunci skrin peranti anda dalam apl Google Photos. Item dalam Folder Dikunci tidak akan dipaparkan dalam grid Photos, kenangan, carian atau album dan tidak akan tersedia kepada apl lain pada peranti anda yang mempunyai akses kepada foto dan video anda.
Folder Dikunci dilindungi oleh amalan penyulitan standard Google Photos. Ketahui cara Google Photos memastikan data anda peribadi & selamat.
Penting:
- Folder Dikunci hanya tersedia pada iOS versi 15 dan lebih baharu.
- Orang yang mempunyai akses kepada Face ID®, Touch ID® atau kod laluan peranti boleh membuka kunci Folder Dikunci.
Menyediakan Folder Dikunci
Penting: Pada kali pertama anda cuba mengalihkan foto dan video ke Folder Dikunci, anda akan digesa supaya menyediakan apl ini.- Buka apl Google Photos .
- Akses Pustaka Utiliti Folder Dikunci .
- Ketik Sediakan Folder Dikunci.
- Anda juga boleh memilih untuk menghidupkan sandaran bagi Folder Dikunci anda pada masa ini.
- Ikut arahan pada skrin untuk membuka kunci peranti anda. Jika folder anda kosong, anda akan menemukan "Belum ada apa-apa lagi di sini".
- Jika anda tidak menyediakan Face ID®, Touch ID® atau kod laluan pada peranti anda, salah satu ciri tersebut perlu disediakan untuk menggunakan Folder Dikunci. Ketahui cara menetapkan atau menukar kod laluan pada peranti iOS anda.
- Kata laluan Folder Dikunci anda sama seperti Face ID®, Touch ID® atau kod laluan peranti anda. Anda tidak boleh menggunakan kata laluan Folder Dikunci yang berbeza.
Sandarkan Folder Dikunci anda
Anda boleh menghidupkan sandaran automatik untuk Folder Dikunci anda.
Apabila anda menghidupkan sandaran untuk Folder Dikunci, anda boleh mengakses Folder Dikunci anda daripada peranti lain apabila anda log masuk dengan Google Account anda.
Penting:
- Untuk menyandarkan Folder Dikunci anda secara automatik, anda perlu menghidupkan sandaran dalam Google Photos untuk semua foto & video anda dahulu. Hidupkan sandaran.
- Anda boleh mematikan sandaran untuk Folder Dikunci tetapi anda masih boleh menyandarkan item secara manual dalam Folder Dikunci.
- Item dalam Folder Dikunci yang tidak disandarkan hanya akan disimpan pada peranti tersebut. Anda tidak dapat melihat item ini daripada peranti lain yang anda gunakan untuk log masuk Folder Dikunci.
- Anda akan kehilangan item Folder Dikunci yang belum anda sandarkan jika:
- Anda menyahpasang apl Google Photos
- Peranti anda rosak atau hilang
Hidupkan & matikan sandaran Folder Dikunci
- Buka apl Google Photos .
- Log masuk ke Google Account anda.
- Pada bahagian atas, ketik Gambar profil atau Parap anda.
- Ketik tetapan Google Photos Sandaran Sandarkan Folder Dikunci.
- Buka Folder Dikunci.
- Gunakan Face ID®, Touch ID® atau kod laluan peranti anda apabila digesa.
- Hidupkan atau matikan Sandaran Folder Dikunci.
Petua: Ketahui lebih lanjut tentang manfaat sandaran.
Sandarkan Folder Dikunci anda secara manual
Anda boleh memilih untuk menyandarkan foto & video berasingan secara manual dalam Folder Dikunci anda.
- Buka apl Google Photos .
- Log masuk ke Google Account anda.
- Akses Pustaka Utiliti Folder Dikunci .
- Gunakan Face ID®, Touch ID® atau kod laluan peranti anda apabila digesa.
- Buat pilihan dengan menekan lama foto atau video yang mahu anda sandarkan.
- Pada bahagian atas, ketik Sandaran .
Mengalihkan foto atau video ke Folder Dikunci
Penting:
- Sandaran Google Photos untuk item ini akan dipadamkan jika sandaran untuk Folder Dikunci tidak dihidupkan.
- Apabila anda mengalihkan foto dan video kepada Folder Dikunci, item yang berkaitan tidak dialihkan. Perkara ini termasuk foto dan video salinan, versi yang diedit dan yang dikongsi serta disimpan oleh orang lain.
- Daripada apl Photos, ketik Photos.
- Pilih foto dan video yang mahu anda letakkan dalam Folder Dikunci.
- Pada bahagian atas, ketik Lagi Alihkan ke Folder Dikunci.
- Ketik Alih.
Ketahui lebih lanjut tentang Folder Dikunci
Perbezaan antara Folder Dikunci dengan ArkibFolder Dikunci memastikan item disembunyikan dan dilindungi oleh kunci skrin peranti atau kata laluan Google Account anda. Item yang diarkibkan masih boleh diakses.
Item Folder Dikunci tidak akan dipaparkan apabila anda membuat carian dalam Google Photos, walau bagaimanapun Item yang diarkibkan akan dipaparkan.
Anda boleh:
- Mengalihkan item keluar daripada Folder Dikunci
- Memadamkan item tersebut secara kekal
- Temukan item tersebut dalam Folder Dikunci selepas membuka kunci
Perkara yang tidak boleh anda lakukan pada item dalam Folder Dikunci
Untuk mengelakkan pendedahan foto dan video sensitif anda secara tidak sengaja, anda tidak boleh melakukan tindakan berikut dengan kandungan Folder Dikunci:
- Menambahkan item pada album atau buku foto
- Mengedit item atau membalikkan perubahan yang dibuat sebelum item dialihkan kepada Folder Dikunci
- Berkongsi item dalam Google Photos atau dengan apl lain seperti Instagram atau Facebook
- Memindahkan item ke Sampah
- Melihat foto atau video yang tidak dapat dipaparkan oleh peranti anda dalam format atau peleraian asal
Penting:
- Jika sandaran dimatikan, item Folder Dikunci yang disimpan secara setempat pada peranti anda tidak akan dipindahkan antara peranti USB dengan peranti USB lain atau dengan pemindahan data Awan.
- Jika sandaran dimatikan, item Folder Dikunci dipadamkan jika anda:
- Menetapkan semula peranti anda kepada tetapan kilang
- Mengosongkan data apl
- Memadamkan apl Photos
- Untuk menyimpan item Folder Dikunci anda, hidupkan sandaran Folder Dikunci atau sandarkan item secara berasingan dalam Folder Dikunci anda.
Untuk menemukan item yang dialihkan kepada Folder Dikunci:
- Pada komputer anda: Klik Folder Dikunci.
- Pada peranti mudah alih anda: Akses Pustaka Utiliti Folder Dikunci .
Tempat item tidak boleh diakses dalam Folder Dikunci
Untuk memastikan foto dan video sensitif anda disimpan secara tertutup, item dalam Folder Dikunci:
- Tidak akan dipaparkan dalam hasil carian, album, item dikongsi atau mana-mana kenangan baharu.
- Dialih keluar daripada kenangan yang sedia ada dan pesanan cetakan draf.
- Tidak tersedia untuk dikongsi melalui apl pihak ketiga.
Penting: Foto dan video sensitif anda tidak akan ditunjukkan pada paparan pintar Google seperti Nest Hub atau melalui Chromecast, walaupun item itu mengambil masa hingga sejam utnuk hilang.