Menyembunyikan foto & video sensitif anda

Anda boleh menyimpan foto dan video sensitif pada folder yang dilindungi oleh kunci skrin peranti anda dalam apl Google Photos. Item dalam Folder Dikunci tidak akan dipaparkan dalam grid Photos, kenangan, carian atau album dan tidak akan tersedia kepada apl lain pada peranti anda yang mempunyai akses kepada foto dan video anda. 

Folder Dikunci dilindungi oleh amalan penyulitan standard Google Photos. Ketahui cara Google Photos memastikan data anda peribadi & selamat.

Menyediakan Folder Dikunci

Penting:

  • Orang yang mempunyai akses kepada kata laluan Google Account anda boleh membuka kunci Folder Dikunci.
  • Jika anda membuat Folder Dikunci pada peranti mudah alih anda dan tidak menghidupkan sandaran, anda tidak akan dapat memaparkan item dalam folder pada web.
  • Pada kali pertama anda cuba mengalihkan foto dan video kepada Folder Dikunci, anda akan digesa supaya menyediakan apl ini.
  1. Pada komputer anda, buka photos.google.com.
  2. Klik Folder Dikunci.
  3. Ketik Sediakan Folder Dikunci.
    • Kata laluan Folder Dikunci anda sama seperti kata laluan Google Account anda. Anda tidak boleh menggunakan kata laluan Folder Dikunci yang berbeza.
  4. Ikut arahan pada skrin. Jika folder anda kosong, anda akan menemukan "Belum ada apa-apa lagi di sini".

Mengalihkan foto atau video ke Folder Dikunci

Penting:

  • Jika anda mengalihkan item kepada Folder Dikunci pada komputer anda, item tersebut akan kelihatan dalam Folder Dikunci pada peranti anda yang lain.
  • Apabila anda mengalihkan foto dan video kepada Folder Dikunci, item yang berkaitan tidak dialihkan. Perkara ini termasuk foto dan video salinan, versi yang diedit dan yang dikongsi serta disimpan oleh orang lain.
  1. Daripada apl Photos, ketik Photos.
  2. Pilih foto dan video yang mahu anda letakkan dalam Folder Dikunci.
  3. Pada bahagian atas, ketik Lagi Lagi kemudian Alihkan ke Folder Dikunci.
  4. Ketik Alih.

Petua: Untuk mengalihkan foto dan video dari Sampah ke Folder Dikunci, pulihkan kandungan dari Sampah dahulu.

Ketahui lebih lanjut tentang Folder Dikunci

Perbezaan antara Folder Dikunci dengan Arkib

Folder Dikunci memastikan item disembunyikan dan dilindungi oleh kunci skrin peranti atau kata laluan Google Account anda. Item yang diarkibkan masih boleh diakses.

Item Folder Dikunci tidak akan dipaparkan apabila anda membuat carian dalam Google Photos, walau bagaimanapun Item yang diarkibkan akan dipaparkan.

Perkara yang boleh anda lakukan dengan item dalam Folder Dikunci anda

Anda boleh:

  • Mengalihkan item keluar daripada Folder Dikunci
  • Memadamkan item tersebut secara kekal
  • Temukan item tersebut dalam Folder Dikunci selepas membuka kunci

Perkara yang tidak boleh anda lakukan pada item dalam Folder Dikunci

Untuk mengelakkan pendedahan foto dan video sensitif anda secara tidak sengaja, anda tidak boleh melakukan tindakan berikut dengan kandungan Folder Dikunci:

  • Menambahkan item pada album atau buku foto
  • Mengedit item atau membalikkan perubahan yang dibuat sebelum item dialihkan kepada Folder Dikunci
  • Berkongsi item dalam Google Photos atau dengan apl lain seperti Instagram atau Facebook
  • Memindahkan item ke Sampah
  • Melihat foto atau video yang tidak dapat dipaparkan oleh peranti anda dalam format atau peleraian asal

Penting:

  • Jika sandaran dimatikan, item Folder Dikunci yang disimpan secara setempat pada peranti anda tidak akan dipindahkan antara peranti USB dengan peranti USB lain atau dengan pemindahan data Awan.
  • Jika sandaran dimatikan, item Folder Dikunci dipadamkan jika anda:
    • Menetapkan semula peranti anda kepada tetapan kilang
    • Mengosongkan data apl
    • Memadamkan apl Photos
  • Untuk menyimpan item Folder Dikunci anda, hidupkan sandaran Folder Dikunci atau sandarkan item secara berasingan dalam Folder Dikunci anda.
Cara item Folder Dikunci dikira dalam kuota storan anda
Item Folder Dikunci yang disandarkan diambil kira dalam kuota storan anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara storan berfungsi.
Tempat item boleh diakses dalam Folder Dikunci

Untuk menemukan item yang dialihkan kepada Folder Dikunci:

  • Pada komputer anda: Klik Folder Dikunci.
  • Pada peranti mudah alih anda: Akses Pustaka kemudian Utiliti kemudian Folder Dikunci .

Tempat item tidak boleh diakses dalam Folder Dikunci

Untuk memastikan foto dan video sensitif anda disimpan secara tertutup, item dalam Folder Dikunci:

  • Tidak akan dipaparkan dalam hasil carian, album, item dikongsi atau mana-mana kenangan baharu.
  • Dialih keluar daripada kenangan yang sedia ada dan pesanan cetakan draf.
  • Tidak tersedia untuk dikongsi melalui apl pihak ketiga.

Penting: Foto dan video sensitif anda tidak akan ditunjukkan pada paparan pintar Google seperti Nest Hub atau melalui Chromecast, walaupun item itu mengambil masa hingga sejam utnuk hilang.

Sebab anda boleh menemukan salinan item Folder Dikunci pada bahagian lain Photos
Apabila anda mengalihkan foto atau video kepada Folder Dikunci, hanya item asal yang dialihkan dari mana-mana lokasi item itu dipaparkan dalam Google Photos. Selepas item dialihkan kepada Folder Dikunci, sebarang salinan atau salinan baharu yang anda buat atau edit sebelum ini kekal pada tempat item tersebut disimpan, termasuk item dalam sampah, melainkan anda juga mengalihkan atau memadamkan item tersebut.
Sebab penerima perkongsian mungkin masih boleh mengakses
Jika foto yang dikongsi disimpan secara automatik atau disimpan oleh pengguna yang berkongsi dengan anda, apa-apa sahaja yang anda lakukan pada versi foto yang dikongsi tidak akan digunakan pada salinan yang disimpan oleh pengguna lain tersebut. Tindakan ini termasuk sebarang pengeditan, pemadaman atau pemindahan kepada Folder Dikunci anda.
Ketahui lebih lanjut tentang kelayakan anda untuk menggunakan Folder Dikunci
Pada masa ini, Folder Dikunci tidak tersedia pada peranti terurus sepenuhnya dan untuk jenis akaun tertentu. Sila hubungi pentadbir peranti atau pentadbir akaun anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
620062469489329018
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
105394
false
false