Untuk menggunakan penyulitan menyeluruh dalam Google Messages, anda dan individu atau kumpulan yang dihantar mesej perlu:
- Menggunakan apl Google Messages.
- Menghidupkan sembang RCS.
- Menggunakan data atau Wi-Fi untuk mesej RCS.
Petua:
- Mesej teks berwarna biru gelap dalam keadaan RCS dan biru cerah dalam keadaan SMS/MMS.
- Penyulitan menyeluruh dibuat secara automatik dalam perbualan yang layak.
- Anda akan melihat "
sembang RCS dengan [nama kenalan atau nombor telefon]” apabila penyulitan menyeluruh diaktifkan dalam perbualan. Mesej anda turut menyertakan kunci
pada butang hantar.
Penting: Penyulitan menyeluruh tidak tersedia untuk mesej SMS/MMS.
Cara penyulitan menyeluruh berfungsi
Apabila anda menggunakan apl Google Messages untuk menghantar mesej yang disulitkan secara menyeluruh, semua sembang, termasuk teks dan sebarang fail atau media, disulitkan apabila data dihantar antara peranti. Penyulitan menukarkan data menjadi teks terkarau. Teks yang tidak boleh dibaca ini hanya boleh dinyahkod dengan kunci rahsia.
Kunci rahsia ialah nombor yang:
- Dibuat pada peranti anda dan peranti yang anda hantar mesej. Kunci rahsia ini hanya terdapat pada dua peranti ini.
- Tidak dikongsi dengan Google, orang lain atau peranti lain.
- Dijanakan lagi untuk setiap mesej.
- Dipadamkan daripada peranti pengirim apabila mesej yang disulitkan dibuat dan dipadamkan daripada peranti penerima apabila mesej itu dinyahsulitkan.
Google atau pihak ketiga lain tidak boleh membaca mesej yang disulitkan secara menyeluruh kerana Google atau pihak ketiga lain tidak memiliki kunci.
Setiap perbualan yang disulitkan secara menyeluruh mengandungi kod pengesahan unik. Kod ini mestilah sama bagi anda dan kenalan anda untuk mengesahkan bahawa mesej anda disulitkan secara menyeluruh.
Petua: Sebagai langkah tambahan, anda boleh memastikan anda dan kenalan anda mempunyai kod pengesahan yang sama.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut dalam kertas teknikal penyulitan menyeluruh Google Messages.
Cara untuk mengetahui apabila penyulitan menyeluruh dihidupkan
Jika kunci dipaparkan pada butang hantar apabila anda mengarang mesej dan di sebelah cap masa mesej, itu bermaksud penyulitan menyeluruh digunakan.
Jika anda atau kenalan anda kehilangan sembang RCS, maka penyulitan menyeluruh tidak dapat digunakan lagi untuk mesej yang anda hantar atau terima. Jika hal itu berlaku, kunci tidak dipaparkan lagi di sebelah cap masa mesej terbaharu perbualan atau pada butang hantar apabila anda mengarang mesej.
Ketahui cara mengawal cara mesej dihantar apabila penyulitan menyeluruh tidak tersedia.
Kawalan di tangan anda
Perbualan RCS antara pengguna Google Messages dilindungi oleh penyulitan menyeluruh secara lalaiSetelah perbualan RCS disulitkan secara menyeluruh, perbualan tersebut tidak akan berbalik kepada mesej SMS melainkan anda atau kenalan anda kehilangan atau melumpuhkan RCS atau beralih kepada telefon atau sistem pengendalian baharu. Mesej yang disulitkan secara menyeluruh hanya boleh dihantar melalui data atau Wi-Fi. Jika anda atau orang yang anda hantar mesej kehilangan data atau Wi-Fi, perbualan tersebut akan diturun taraf kepada SMS. Setelah kedua-dua peserta perbualan mendapat semula akses kepada RCS dan diandaikan kedua-dua peserta masih menggunakan Google Messages, perbualan tersebut akan ditukarkan kembali secara automatik kepada RCS yang disulitkan secara menyeluruh.
Anda boleh menghantar SMS atau menunggu hingga anda atau orang yang anda hantar mesej mendapat RCS semula.
Nota: Mesej SMS/MMS tidak disulitkan secara menyeluruh, begitu juga dengan RCS jika Apl pemesejan tidak menyokong penyulitan menyeluruh. Hanya Google Messages menyokong RCS yang disulitkan secara menyeluruh pada masa ini tetapi industri sedang berusaha untuk menyediakan RCS yang disulitkan secara menyeluruh dengan lebih meluas.Penyulitan menyeluruh dilakukan secara automatik dalam perbualan yang layak, oleh itu Google Messages tidak akan melumpuhkan ciri lain yang membantu dengan pengalaman mesej, seperti cadangan Google Assistant, pengesanan spam dan pratonton automatik.
Dengan kebenaran anda, sesetengah apl Google dan apl pihak ketiga boleh mengakses mesej anda untuk menyediakan pengalaman rakan yang lancar, seperti apabila anda memulihkan mesej ke telefon atau apl baharu atau apabila anda menghantar pemberitahuan mesej ke peranti rumah, jam tangan pintar atau kereta anda.
Apabila mesej yang disulitkan secara menyeluruh diterima pada telefon anda, mesej itu turut termasuk dalam sandaran Android dan boleh diakses oleh apl yang telah anda berikan kebenaran SMS atau pemberitahuan. Anda boleh mengurus apl yang boleh mengakses mesej anda.