Peribadikan pengalaman Peta Google anda

Temukan tempat baharu berdasarkan minat anda melalui Peta Google. Kami menggunakan pilihan disimpan, Sejarah Lokasi dan Web & Aktiviti Apl anda untuk mencadangkan lokasi dan kandungan yang mungkin anda suka. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membuat skor "Padanan anda". Ketahui lebih lanjut tentang cara mendapatkan padanan.

Untuk menghidupkan atau mematikan ciri ini, ketahui cara mengurus Sejarah Lokasi anda atau ubah tetapan Aktiviti Web & Apl anda.

Urus pilihan "Berminat" anda

  1. Pada peranti mudah alih anda, buka apl Peta Google .
  2. Di bahagian kanan sebelah atas, ketik foto profil atau parap anda Bulatan Akaun.
  3. Ketik Tetapan Settings kemudian Urus pilihan anda.
  4. Untuk menyemak dan mengemas kini perkara yang anda minati, ketik Berminat.
    • Untuk menambahkan pilihan "Berminat": Ketik Tambahkan topik dan ketik perkara yang anda minati.
    • Untuk mengalih keluar pilihan "Berminat": Di sebelah perkara yang ingin anda alih keluar, ketik Alih Keluar .

Urus pilihan “Tidak berminat” anda

  1. Pada peranti mudah alih anda, buka apl Peta Google .
  2. Di bahagian kanan sebelah atas, ketik foto profil atau parap anda Bulatan Akaun.
  3. Ketik Tetapan Settings kemudian Urus pilihan anda.
  4. Untuk menyemak dan mengemas kini perkara yang anda minati, ketik Tidak berminat.
    • Untuk menambahkan pilihan "Tidak berminat": Ketik Tambahkan topik dan ketik perkara yang tidak anda minati.
    • Untuk mengalih keluar pilihan "Tidak berminat": Di sebelah perkara yang ingin anda alih keluar, ketik Alih Keluar .

Perihal pilihan

Halaman “Urus pilihan anda” mengandungi:

  • Pemakanan: Tetapkan kategori pilihan anda, seperti vegan, vegetarian, bebas gluten, bebas alkohol, halal dan kosher.
  • Berminat: Tambahkan perkara yang anda minati, seperti topik atau tempat.
  • Tidak berminat: Tambahkan perkara yang tidak anda minati, seperti topik atau tempat.

Anda akan menemukan perkara berikut apabila anda mengetik pilihan:

  • Topik dan tempat yang anda tambahkan sendiri.
  • Topik dan tempat yang dicadangkan oleh Google berdasarkan pilihan, Sejarah Lokasi dan Aktiviti Web & Apl anda yang disimpan. Anda akan menemukan “Cadangan daripada Peta” dalam perihalan kategori.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15048413675781900100
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false