Jika anda berkongsi lokasi anda dengan seseorang, Peta Google akan mengemas kini lokasi anda di peta secara berkala. Ini memastikan agar kawan yang sedang mengikuti perkongsian lokasi anda mengetahui kedudukan anda yang tepat dan terkini.
Ada kalanya, anda akan melihat mesej di bahagian atas skrin anda atau dalam senarai pemberitahuan anda yang memaklumkan kepada anda bahawa lokasi anda telah dikemas kini.
Kurangkan kekerapan anda melihat pemberitahuan ini
Terdapat cara untuk memastikan lokasi anda dikemas kini di latar belakang. Ini akan mengurangkan kekerapan pemberitahuan ditunjukkan.
Pastikan Peta Google terus berjalan
Elakkan daripada menutup Peta Google dengan meleret keluar apl tersebut dalam penukar apl. Tindakan ini membuatkan telefon anda mematikan aplikasi tersebut dan menghalang apl daripada dikemas kini dengan betul.
Semak ralat
- Buka apl Peta Google pada peranti anda.
- Ketik gambar profil atau parap anda Perkongsian lokasi.
Nota: Jika terdapat masalah, anda akan melihat mesej amaran di bahagian atas skrin.
Matikan pemberitahuan ini
Penting: Jika anda mematikan pemberitahuan ini, lokasi yang anda kongsi dengan pengguna lain mungkin tidak dikemas kini dan kemungkinan menjadi tidak tepat.
- Buka apl Peta Google pada iPhone atau iPad anda.
- Ketik gambar profil atau parap anda Tetapan Pemberitahuan.
- Matikan Kemas kini lokasi.
Ketahui lebih lanjut tentang cara menghidupkan atau mematikan pemberitahuan Peta Google.