Tanya & jawab soalan tentang tempat pada Google Maps

Dalam Google Maps, anda boleh bertanya dan menjawab soalan tentang tempat serta perniagaan yang anda lihat. Pemilik perniagaan dan orang lain boleh membalas Soal Jawab ini secara langsung. Anda boleh bertanya atau menjawab soalan daripada carian pada mana-mana peranti dan daripada Google Maps.

Tanya soalan

Pada Google Maps
  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Cari tempat atau bandar, atau ketik tempat atau bandar tersebut pada peta.
  3. Di bahagian bawah, ketik nama tempat.
  4. Di bawah “Soalan & jawapan", pilih perkara yang ingin anda lakukan:
    • Untuk mencari sama ada seseorang telah bertanya soalan anda: Ketik Lihat semua soalan.
    • Untuk bertanya soalan baharu: Ketik Tanya soalan.
    • Untuk mengedit atau memadamkan soalan anda: ketik Lagi Lagi kemudian Edit soalan atau Padam soalan.

Anda akan menerima pemberitahuan apabila soalan anda dijawab.

Pada Google Search
  1. Buka apl Google pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Cari tempat atau bandar.
  3. Tatal ke bahagian "Soalan & jawapan".
  4. Untuk bertanya soalan baharu, ketik Tanya komuniti.

Laporkan soalan atau jawapan

Dasar soalan & jawapan

Dasar kandungan yang disenaraikan di bawah memainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan pengalaman positif untuk semua pengguna yang menggunakan produk Google. Kami perlu mengekang penyalahgunaan yang mengancam keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan ini dan kami meminta semua orang untuk mematuhi dasar di bawah bagi membolehkan kami mencapai matlamat ini. Memandangkan dasar ini mungkin berubah, sila pastikan anda menyemak kembali dari semasa ke semasa. 

Kandungan: Kami akan mengalih keluar kandungan yang melanggar mana-mana dasar kandungan di bawah:

  • Pengiklanan: Jangan gunakan Soal Jawab untuk pengiklanan. Jangan tambahkan pautan ke laman web lain atau nombor telefon untuk tempat yang berlainan. Soalan dan jawapan hendaklah merupakan gambaran sebenar pengalaman anda tentang suatu tempat. 
  • Spam: Jangan menghantar spam. Jangan sertakan kandungan promosi atau komersial, jangan siarkan kandungan yang sama berbilang kali dan jangan tulis soalan serta jawapan untuk tempat yang sama daripada berbilang akaun.
  • Nombor telefon atau alamat e-mel: Untuk membolehkan kami menghalang pengiklanan dan Soal Jawab yang berbentuk spam, kami tidak membenarkan nombor telefon atau alamat e-mel. Jika anda ingin menambah nombor atau alamat e-mel yang dikemas kini, gunakan pautan Laporkan masalah untuk melaporkan maklumat tersebut. Jika anda pemilik Business Profile berdaftar untuk penyenaraian, anda boleh menyiarkan nombor telefon dalam jawapan anda.
  • Soal Jawab Luar Topik: Jangan siarkan jawapan berdasarkan pengalaman orang lain atau pengalaman yang bukan tentang tempat khusus yang sedang anda jawab. Soal Jawab tidak bertujuan untuk menjadi forum ulasan politik atau sosial yang umum atau rungutan peribadi. Untuk melaporkan lokasi yang salah atau tempat yang ditutup, sila gunakan pautan Laporkan masalah tanpa perlu menyiarkan Soal Jawab. Hanya gunakan kotak "Tanya Soalan" untuk menyiarkan soalan. Ulasan dan komen akan dialih keluar.
  • Pastikan kandungan adalah sopan: Jangan gunakan bahasa lucah, kasar atau menyinggung perasaan. Kami juga akan mengalih keluar Soal Jawab yang bersifat serangan peribadi terhadap pengguna lain.
  • Konflik kepentingan: Soalan dan jawapan adalah paling bernilai apabila dibuat secara jujur dan tidak berat sebelah. Jangan tawarkan atau terima wang, produk atau perkhidmatan untuk menulis soalan atau jawapan bagi perniagaan atau untuk menulis soalan atau jawapan negatif tentang pesaing. Jika anda seorang pemilik perniagaan, jangan sediakan tempat khas atau kios di tempat perniagaan anda semata-mata untuk meminta penulisan Soal Jawab tentang tempat perniagaan anda. Selain itu, mengundi naik Soal Jawab dengan cara yang tidak berat sebelah dan bukan cara promosi. 
  • Kandungan yang menyalahi undang-undang: Jangan siarkan Soal Jawab yang mengandungi atau yang dipaut ke kandungan yang menyalahi undang-undang, seperti pautan yang mengendalikan jualan ubat preskripsi tanpa preskripsi.
  • Kandungan berhak cipta: Jangan siarkan Soal Jawab yang melanggar hak orang lain - termasuk hak cipta. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau memfailkan permintaan DMCA, semak prosedur hak cipta kami.
  • Bahan Seksual yang Eksplisit: Kami tidak membenarkan Soal Jawab yang mengandungi bahan seksual yang eksplisit. Jangan cari atau sediakan maklumat tentang kandungan yang mengeksploitasi atau mendera kanak-kanak. Soalan dan jawapan berkaitan dengan subjek ini akan dialih keluar. Google akan mengambil tindakan yang sewajarnya, yang mungkin termasuk melumpuhkan akaun dan membuat laporan kepada Pusat Kebangsaan untuk Kanak-kanak Hilang & Dieksploit (NCMEC) serta pihak penguatkuasaan undang-undang.
  • Penyamaran: Jangan siarkan Soal Jawab bagi pihak orang lain atau memberikan gambaran yang salah tentang identiti atau hubungan anda dengan tempat yang anda ulas.
  • Maklumat peribadi dan sulit: Jangan siarkan Soal Jawab yang mengandungi maklumat peribadi dan sulit pengguna lain, termasuk maklumat kad kredit, nombor pengenalan kerajaan, maklumat lesen pemandu, dll.
  • Pertuturan Berunsur Kebencian: Kami tidak membenarkan Soal Jawab yang menentang kumpulan berdasarkan bangsa atau asal etnik, agama, kecacatan, jantina, umur, status veteran, orientasi seksual atau identiti jantina mereka.
  • Barangan dan Perkhidmatan Terkawal: Jangan gunakan perkhidmatan ini untuk menjual atau memudahkan penjualan barangan dan perkhidmatan terkawal, seperti arak, perjudian, farmaseutikal dan makanan tambahan yang tidak diluluskan, tembakau, bunga api, senjata atau peranti kesihatan/perubatan.
Beritahu kami tentang soalan atau jawapan yang tidak sesuai
  1. Bersebelahan dengan soalan atau jawapan, ketik Lagi .
  2. Ketik Laporkan soalan atau Laporkan jawapan.

Jawab soalan seseorang

Jika anda tahu jawapan kepada soalan yang ditanya oleh pengguna lain, anda boleh membalas soalan tersebut dalam Google Maps atau Search.

Pada Google Maps
  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Cari atau ketik sesuatu tempat pada peta.
  3. Di bahagian bawah, ketik nama tempat.
  4. Di bawah "Soalan & jawapan", ketik Lihat soalan.
  5. Ketik Jawapan di sebelah soalan.

Untuk mengedit atau memadamkan jawapan anda, ketik Lagi kemudian ketik Edit jawapan atau Padam jawapan.

Pada Google Search
  1. Buka apl Google pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Cari tempat atau bandar.
  3. Tatal ke bawah ke bahagian "Soalan & jawapan".
  4. Ketik Lihat soalan.
  5. Di bawah soalan, ketik Jawapan.

Untuk mengedit atau memadamkan jawapan anda: ketik Lagi kemudianEdit atau Padam.

Petua:

Cari soalan atau jawapan anda

Selepas anda bertanya atau memberikan jawapan, anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dalam sumbangan Google Maps anda.

  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik Sumbangkan Sumbangkan.
    • Jika perlu, di bahagian atas, ketik dan seret bar menu sehingga anda melihat Soal Jawab.
  3. Ketik Soal Jawab.
  4. Tatal senarai soalan dan jawapan anda.

Matikan pemberitahuan

Sembunyikan mesej tentang perniagaan anda

Apabila seseorang bertanya tentang perniagaan, and akan menerima mesej.

  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun  kemudian Tetapan Tetapan.
  3. Ketik Pemberitahuan kemudian  Pengguna dan tempat.
  4. Matikan Penyenaraian perniagaan.
Sembunyikan mesej tentang soalan & jawapan
  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun  kemudian Tetapan Tetapan.
  3. Ketik Pemberitahuan kemudian  Sumbangan anda.
  4. Matikan Soalan dan jawapan komuniti.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8229849677133967086
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false