Sambungkan peranti ke Akaun Google anda

Jika telefon atau tablet tidak dipaparkan apabila anda memilih "Hantar ke telefon anda", anda mungkin perlu menyambungkan peranti tersebut ke Akaun Google anda.

  1. Pastikan anda menggunakan versi apl Peta Google yang terkini.
  2. Log masuk ke Akaun Google yang sama pada komputer dan peranti mudah alih anda.
    • Log masuk pada komputer anda: Pergi ke Google. Di bahagian atas sebelah kanan, pilih Log masuk.
    • Log masuk ke telefon atau tablet anda: Buka apl Peta Google Peta Google kemudiandi bahagian atas sebelah kiri, pilih Menu Menukemudianlog masuk ke akaun anda.
  3. Ikut langkah untuk menghidupkan pemberitahuan.

Tambah kereta anda

Jika kereta anda tidak dipaparkan apabila anda memilih "Hantar ke telefon", ikut langkah di bawah.

  1. Pergi ke https://www.google.com/maps/sendtocar.
  2. Klik Log masuk dan dan masukkan maklumat akaun anda.
  3. Klik Tambah kereta atau peranti GPS.
  4. Pilih jenis kereta anda seperti, "Audi" atau "Nissan".
  5. Masukkan ID akaun anda yang diberikan oleh pengeluar kereta anda pada medan "ID Akaun". Cari ID anda dengan melog masuk ke tapak web pengeluar kereta anda.
  6. Pilihan: Untuk mencari kereta anda dengan lebih mudah pada masa akan datang, masukkan nama untuk kereta anda.
  7. Klik OK.

Kereta yang dapat menggunakan ciri ini

  • Audi
  • BMW
  • Infiniti
  • Kia UVO
  • MINI
  • Nissan
  • Toyota

Jika anda menghadapi masalah, hubungi pengeluar kereta anda untuk bantuan.

Nota:

  • Kereta mungkin berbeza bergantung pada negara anda.
  • Kami hanya membenarkan satu kereta bagi setiap akaun buat masa ini.
  • Ciri ini tidak membenarkan anda menghantar laluan atau arah ke kereta anda tetapi anda boleh menghantar tempat.
Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?