Cari pengeditan Google Maps anda

Pada telefon atau tablet, anda boleh menemukan senarai pengeditan dan tempat yang telah anda tambahkan pada Google Maps. Anda sahaja yang boleh mencari senarai anda. Untuk setiap pengeditan, anda akan menemukan:

  • Sama da pengeditan anda diluluskan, belum selesai atau tidak digunakan
  • Pengeditan yang anda buat pada tempat, seperti waktu perniagaan atau nombor telefon
  • Masa anda membuat pengeditan tersebut

Jika pengeditan telah diluluskan baru-baru ini, pengeditan tersebut mungkin belum lagi dipaparkan pada Maps.

 

Lihat senarai pengeditan anda

  1. Buka apl Google Maps Peta.
  2. Ketik Sumbangkan Sumbangkan kemudian Lihat Profil Anda.
  3. Tatal ke bawah dan ketik Pengeditan.

Fahami status pengeditan

Untuk memastikan Maps tepat dan dikemas kinikan, semua pengeditan cadangan anda akan diproses oleh sistem penyederhanaan kami. Status pengeditan anda akan dikemaskinikan semasa proses penyaringan: 

  • Belum Selesai: Google sedang mengesahkan pengeditan anda.
  • Diterima: Pengeditan anda telah ditambahkan pada Maps.
  • Tidak Diterima: Google tidak dapat mengesahkan pengeditan anda.

Anda mungkin tidak akan menerima mata Jurupandu Tempatan untuk tempat yang telah anda tambahkan dan yang telah diluluskan jika seseorang sudah menambahkan tempat yang sama sebelum anda.

Cara meningkatkan pengeditan anda 

Nama

Gunakan nama rasmi tempat, iaitu nama—yang digunakan pada etalase atau laman web. Jangan tambahkan apa-apa ulasan tambahan pada medan nama.

Alamat

Masukkan alamat rasmi. Jika Maps mencadangkan alamat yang tidak lengkap, tambahkan butiran tambahan pada alamat.

Penanda

Apabila anda mengalih penanda, pastikan anda zum masuk cukup jauh dan tukar ke paparan satelit. Tindakan ini akan membantu anda melihat bangunan dan menjatuhkan penanda dengan tepat di lokasi tempat.

Kategori

Gunakan kategori khusus apabila menerangkan suatu tempat. Misalnya, gunakan "Kedai pakaian" dan bukannya "Kedai".

Waktu perniagaan

Masukkan waktu tempat dibuka. Anda boleh menambahkan waktu perniagaan yang berbeza untuk setiap hari dalam seminggu.

Nombor telefon

Gunakan nombor telefon utama. Pastikan bahawa nombor yang anda cadangkan adalah betul terlebih dahulu. 

Laman web

Gunakan tapak web rasmi. Jangan sertakan pautan ke laman rangkaian sosial, pengagregat ulasan atau laman web lain yang serupa.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3941916707337430281
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false