Dapatkan trafik atau cari tempat di sepanjang jalan

Masukkan jika anda tidak memasukkan destinasi pada peta, anda boleh:

  • Dapatkan maklumat trafik untuk pemanduan anda
  • Cari tempat dengan mudah
  • Naviasg dengan cepat ke jenis tempat yang biasa, seperti taman atau stesen minyak

Dapatkan maklumat trafik untuk pemanduan anda

  1. Pada peranti mudah alih anda, buka apl Google Maps Peta.
  2. Di bahagian bawah, ketik Pergi Go
  3. Pilih salah satu pilihan perjalanan yang dipaparkan daripada aktiviti lama anda. 

Petua: Jika perjalanan yang dipilih tidak dipaparkan, tatal untuk mencari dan menyemat perjalanan yang anda inginkan.

Dalam tab Pergi, anda boleh mencari maklumat seperti:

  • Tempoh masa yang diambil untuk memandu ke destinasi yang dicadangkan. Destinasi ditunjukkan berdasarkan data daripada tetapan Akaun Google.
  • Laluan yang disyorkan dan alternatif.
  • Kelewatan trafik di sepanjang jalan, seperti kemalangan atau kerja pembinaan.

Ketahui cara menggunakan tab Pergi.

Dapatkan pemberitahuan pemanduan menggunakan Bluetooth

Jika telefon atau peranti mudah alih anda telah menghidupkan Bluetooth dan digandingkan dengan kereta, anda boleh mendapatkan pemberitahuan memandu apabila anda menghidupkan kereta anda. Untuk menghidupkan pemberitahuan:

  1.  Pada peranti mudah alih anda, buka apl Google Maps Peta.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun.
  3. Pilih Tetapan Settings kemudian Tetapan navigasi kemudian Pemberitahuan pemanduan.

Cari acara sepanjang laluan anda

Apabila anda memeriksa trafik sepanjang laluan, anda mungkin menemukan acara yang diserlahkan, seperti:

  • Konsert
  • Perarakan
  • Maraton
  • Acara sukan

Pada hari acara, anda akan mendapat kemas kini tentang perkara seperti:

  • Kelewatan
  • Penutupan
  • Keadaan trafik
  • Laluan alternatif

Maklumat ini hilang secara automatik selepas acara tamat. Teroka aktiviti lain yang boleh anda temukan dalam Maps.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14946590467184832696
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false