Memahami sempadan dan nama negara

Apabila menerokai dunia pada Peta Google, anda mungkin melihat pelbagai gaya, sempadan dan label.

Sempadan negara antarabangsa

Sempadan negara antarabangsa dipaparkan dalam beberapa gaya mengikut status politik negara tersebut.

Sempadan antarabangsa

Sempadan antarabangsa tidak dipertikaikan seperti sempadan di antara Amerika Syarikat dan Kanada ditunjukkan sebagai garisan berwarna kelabu padu.

Sempadan Perjanjian dan de facto

Sempadan perjanjian dan bersyarat yang bersifat sementara, ditunjukkan sebagai garisan kelabu bertitik.

  • Sempadan perjanjian: Sempadan yang ditetapkan melalui perjanjian atau persetujuan yang serupa tetapi tidak dimuktamadkan di bawah undang-undang.
  • Sempadan De facto: Sempadan yang tidak ditetapkan melalui perjanjian atau persetujuan yang serupa tetapi digunakan oleh semua negeri yang terlibat.

Sempadan dipertikaikan

Sempadan dipertikaikan ditunjukkan sebagai garisan putus-putus berwarna kelabu. Negeri yang terlibat tidak bersetuju dengan sempadan tersebut.

Nama negara/rantau

Nama negara seperti Jerman atau Jepun dipaparkan terus pada peta. Peta Google memaparkan secara automatik nama negara dalam bahasa yang sama dengan bahasa yang ditetapkan dalam tetapan penyemak imbas anda. Ketahui lebih lanjut tentang Bahasa dan domain Peta Google.

Sempadan negeri atau wilayah

Sempadan negeri dan wilayah dalam sesebuah negara seperti sempadan New Jersey atau Alberta, ditunjukkan sebagai garisan bertitik berwarna kelabu muda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9149171436389987483
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false