Aktifkan atau nyahaktifkan pengumpulan data lokasi

Nota: Artikel ini berkenaan dengan iPhone dan iPad.

Apabila anda mengaktifkan pengumpulan data lokasi, perkhidmatan lokasi Google kadangkala menghantar maklumat lokasi awanama kepada Google. Data lokasi mungkin disimpan sementara pada iPhone atau iPad anda.

Maklumat lokasi membantu Google menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, seperti menunjukkan keadaan trafik yang lebih tepat.

Aktifkan pengumpulan data lokasi

Untuk mengaktifkan pengumpulan lokasi awanama, ikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Buka apl Peta Google Peta.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Tetapan.
  3. Pilih Perihal, syarat & privasi.
  4. Pilih Pengumpulan data lokasi.
  5. Luncurkan suis ke kedudukan AKTIF.

Nyahaktifkan pengumpulan data lokasi

Untuk menyahaktifkan pengumpulan lokasi awanama, ikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Buka apl Peta Google Peta.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Tetapan.
  3. Pilih Perihal, syarat & privasi.
  4. Pilih Pengumpulan data lokasi.
  5. Luncurkan suis ke kedudukan TIDAK AKTIF.

Tetapan pengumpulan data lokasi digunakan hanya untuk data lokasi yang dikumpulkan oleh perkhidmatan lokasi Google. Tetapan ini tidak mengawal perkhidmatan lokasi lain dalam Peta Google untuk iPhone atau iPad, termasuk Lokasi Saya. Jika anda mahu menukar perkhidmatan lokasi lain, pergi ke tetapan Perkhidmatan Lokasi peranti anda.

Nota: Pelaporan lokasi dan sejarah lokasi adalah berbeza daripada pengumpulan data lokasi. Pelaporan lokasi membolehkan Google menyimpan dan menggunakan data lokasi terbaharu peranti anda yang berkaitan dengan Akaun Google anda, secara berkala. Sejarah lokasi membolehkan Google menyimpan sejarah data lokasi anda daripada semua peranti yang telah anda log masuk ke Akaun Google anda dan mengaktifkan pelaporan lokasi. Ketahui cara mengaktifkan dan menyahaktifkan pelaporan & sejarah lokasi.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11083123786619386866
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false