Cari dan tingkatkan ketepatan lokasi anda

Google Maps mungkin menghadapi masalah mencari lokasi anda. Jika lokasi GPS titik biru anda pada peta didapati tidak tepat atau tiada, anda boleh melakukan langkah berikut untuk membetulkan masalah ini.

Petua: Langkah ini turut akan meningkatkan hasil carian anda dan menjadikan hasil carian tersebut lebih berkaitan bagi anda.

Cari lokasi semasa anda pada peta

  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Titik biru pada peta akan menunjukkan lokasi anda. Jika tiada titik biru, di bahagian kanan sebelah bawah, ketik Lokasi anda Lokasi.

Petua: Ketik titik biru. Dalam tetingkap baharu yang dipaparkan, anda boleh menghidupkan atau mematikan Lokasi peranti atau Sejarah lokasi anda.

Cara Maps mencari lokasi semasa anda

Maps menganggarkan kedudukan anda berdasarkan sumber seperti:

  • GPS: Maps menggunakan satelit untuk mengetahui lokasi anda sehingga sekitar 20 meter. Apabila anda berada di dalam bangunan atau di bawah tanah, GPS kadangkala menjadi tidak tepat.
  • Wi-Fi: Lokasi rangkaian Wi-Fi yang berdekatan membantu Maps mengetahui lokasi anda.
  • Menara selular: Sambungan anda kepada data mudah alih boleh menjadi tepat sehingga beberapa ribu meter.

Aktifkan mod ketepatan tinggi

Untuk membantu Google Maps mencari lokasi anda berdasarkan titik biru dengan tepat, gunakan mod ketepatan tinggi.

  1. Buka apl Tetapan Tetapan pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik Lokasi.
  3. Hidupkan lokasi di bahagian atas.
  4. Ketik Mod kemudian Ketepatan tinggi.

Lebih banyak cara meningkatkan ketepatan lokasi

Jika lokasi anda masih salah, anda boleh mencuba beberapa perkara berikut.

Aktifkan Wi-Fi
  1. Buka apl Tetapan Tetapan pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Pilih Wi-Fi.
  3. Di bahagian atas, hidupkan Wi-Fi.
Mulakan semula telefon atau tablet anda

Untuk memulakan semula telefon atau tablet Android anda, matikan peranti tersebut dan hidupkan semula.

  • Matikan telefon atau tablet anda: Tekan dan tahan butang kuasa kemudian Power off.
  • Untuk menghidupkan telefon atau tablet anda: Tekan dan tahan butang kuasa sehingga peranti anda dihidupkan.
Tentukur telefon atau tablet anda

Jika pancaran titik biru anda lebar atau menghala ke arah yang salah, anda perlu menentukur kompas anda.

  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Lakarkan pola angka 8 sehingga kompas anda ditentukur. Anda perlu berbuat demikian untuk beberapa kali sahaja.
  3. Pancaran harus menjadi sempit dan menghala ke arah yang betul.

Compass calibration

Menentukur Live View

Orientasikan diri anda menggunakan Live View

Orientasikan diri anda dengan cepat kepada persekitaran anda dan tanda tempat berdekatan dalam Live View. Anda juga boleh mengetahui jarak tanda tempat tertentu daripada anda dan cara pergi ke sana. Tanda tempat ini boleh termasuk tempat ikonik, seperti Empire State Building di New York City atau tempat yang boleh dicam dengan mudah, seperti taman tempatan dan tarikan pelancong.

Terdapat 2 cara untuk mengorientasikan diri anda dalam Live View dengan menggunakan tanda tempat: 

  • Cari tempat atau ketik tempat tersebut pada peta. Kemudian, di bahagian kanan sebelah bawah, ketik Langsung AR Peta.
  • Cari kategori, seperti “restoran” atau “pusat beli-belah”, kemudian ketik Lihat peta.
    • Tatal menerusi pilihan tempat, kemudian pilih tempat.
    • Ketik Langsung AR Peta.

Setelah anda berada dalam Live View:

  1. Ikut arahan pada skrin untuk membantu Peta mencari lokasi anda.
    Petua: Tuding kamera telefon anda pada bangunan dan papan tanda di seberang jalan, bukannya pokok dan manusia.
  2. Setelah Peta mengetahui lokasi, anda akan mendapat jarak ke destinasi anda. Anda juga boleh memasuki navigasi berjalan Live View.
Petua: Kad maklumat tempat anda mungkin memberitahu anda sama ada destinasi anda berada pada tingkat atas dalam bangunan.
Tingkatkan ketepatan lokasi anda menggunakan Live View
  1. Pada iPhone atau iPad anda, semasa anda berada di luar, buka apl Google Maps Peta Google.
  2. Ketik titik biru Lokasi kemudian Tentukur dengan Live View AR Peta.
  3. Ikut arahan pada skrin.

Petua: 

  • Tuding kamera telefon anda pada bangunan dan papan tanda di sekeliling anda, bukannya pokok dan manusia.
  • Bergantung pada ketersediaan Street View, Maps mungkin atau mungkin tidak membuka Penentukur Live View.
  • Kedudukan anda pada Maps menjadi lebih tepat apabila lebih banyak data dikumpulkan pada lokasi anda.

Maksud titik biru

Titik biru menunjukkan lokasi anda pada peta. Apabila Google Maps tidak pasti akan lokasi anda, bulatan berwarna biru muda akan dipaparkan di sekeliling titik biru. Anda mungkin berada di mana-mana tempat di dalam bulatan biru muda. Apl lebih pasti akan lokasi anda apabila bulatan adalah lebih kecil.

Petua:

  • Jika titik biru tidak kelihatan atau berwarna kelabu, Maps tidak boleh mencari lokasi semasa anda dan menunjukkan lokasi terakhir yang anda lawati.
  • Jika terdapat halangan antara menara selular dan lokasi anda, seperti garaj tempat letak kereta atau bangunan tinggi, titik biru anda mungkin tidak tepat.

Cari lokasi anda di laman & apl lain

Untuk melihat lokasi anda dalam Google Maps di laman dan apl lain, ikut langkah di atas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri yang berbeza:

  • Anda akan menggunakan laman atau apl yang berlainan, bukan Google Maps.
  • Anda mesti memberikan kebenaran lokasi kepada laman atau apl yang digunakan terlebih dahulu, bukan Google Maps.
  • Jika anda membuka Google Chrome atau Safari, anda hanya akan menemui lokasi anda di halaman web selamat. Anda akan menemukan "https" dalam bar alamat.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7851459448752844674
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false