Anda boleh mengukur jarak di antara dua atau lebih titik pada peta. Sebagai contoh, anda boleh mengukur perbatuan dalam garisan lurus antara dua bandar.
- Buka apl Google Maps pada iPhone atau iPad anda.
- Sentuh dan tahan mana-mana tempat pada peta yang bukan nama atau ikon tempat. Pin merah akan muncul.
- Pilih Ukur jarak .
- Gerakkan peta supaya bulatan hitam berada pada titik yang seterusnya yang anda mahu tambah.
- Di bahagian bawah sebelah kanan, ketik Tambah titik .
- Di bahagian bawah, anda boleh mencari jumlah jarak dalam batu (bt) dan kilometer (km).
- Petua: Anda boleh menambah berbilang titik.
- Untuk mengalih keluar titik terakhir yang anda tambah, ketik Buat asal . Untuk mengosongkan semua titik, di bahagian kanan sebelah atas, ketik Lagi Kosongkan.
- Apabila selesai, ketik anak panah undur di bahagian atas sebelah kiri.