Betulkan masalah navigasi suara

Apabila anda menavigasi ke suatu tempat, anda boleh mendengar arahan suara. Ketahui cara membetulkan masalah navigasi suara pada peranti mudah alih anda.

Langkah 1: Hidupkan kelantangan peranti anda.

  • Pastikan kelantangan telefon atau tablet anda dihidupkan dan tidak diredamkan. Selepas anda memulakan navigasi, naikkan kelantangan anda.

Langkah 2: Pastikan suara dihidupkan dalam apl Maps.

  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Mulakan navigasi.
  3. Di bahagian kanan sebelah atas, anda akan dapat melihat Bunyi Bunyi. Jika ikon ini tidak kelihatan, ketik Redam Redam kemudian Bunyi Bunyi. Google Maps akan mula bercakap.

Langkah 3: Naikkan kelantangan dalam apl Maps.

  1. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Tetapan Settings kemudian Tetapan navigasi kemudian Paras suara.
  3. Pilih Lebih kuat.

Langkah 4: Pilih pembesar suara untuk digunakan.

  1. Pada telefon atau tablet anda, hidupkan Bluetooth.
  2. Gandingkan telefon atau tablet anda dengan kereta anda.
  3. Tetapkan sumber sistem audio kereta anda kepada Bluetooth.
  4. Buka apl Google Maps Peta pada telefon atau tablet Android anda.
  5. Ketik gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Tetapan Settings kemudian Tetapan navigasi.
  6. Buat pilihan:
    • Untuk mendengar navigasi daripada pembesar suara kereta anda, hidupkan Mainkan suara melalui Bluetooth.
    • Untuk mendengar navigasi daripada pembesar suara telefon atau tablet anda, matikan Mainkan suara melalui Bluetooth.
      • Nota:
        • Pada Google Maps untuk Android versi 9.13 dan ke atas, anda boleh memainkan bunyi ujian. Untuk memainkan bunyi ujian, buka apl Google Maps Peta kemudian gambar profil atau parap anda Bulatan Akaun kemudian Tetapan Settings kemudian Tetapan navigasi kemudian Mainkan bunyi ujian. Anda akan mendengar "Ini ialah bunyi suara apabila menavigasi dengan Google Maps".
        • Jika anda mahu mengecas telefon atau tablet anda, gunakan kabel USB pengecasan sahaja atau penyesuai kuasa. Sambungkan kepada soket atau pencucuh rokok.

Langkah 5: Muat turun arahan suara.

  • Kadangkala arahan suara tidak dimuat turun atau mesti dikemas kini pada telefon atau tablet anda. Apabila ini berlaku, anda akan mendengar bunyi dan bukannya arahan suara.
    1. Pastikan anda disambungkan kepada Internet. Jika anda mempunyai sambungan Internet yang kuat, arahan suara akan dimuat turun lebih cepat.
    2. Dapatkan arah.
    3. Gunakan apl Google Maps seperti biasa. Arahan suara dimuat turun apabila anda membuka apl Maps.
    4. Apabila muat turun arahan suara selesia, anda akan mendengar arah berbanding bunyi loceng semasa menavigasi ke sesuatu tempat.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5161536889962506672
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false