Cara data navigasi menjadikan Peta lebih baik untuk semua pengguna

Navigasi dikuasakan oleh data navigasi, yang menjadikan Google Maps lebih berguna untuk semua orang. Data ini dikumpulkan apabila anda menggunakan ciri seperti:

  • Navigasi belok demi belok
  • Arah sekali imbas, yang memberi anda ETA terkini dan belokan seterusnya secara automatik sambil anda bergerak di sepanjang laluan anda—terus daripada ikhtisar laluan atau skrin kunci anda. Anda boleh mematikan arah sekali imbas dengan melawati Tetapan Tetapan atau mengetik titik biru.

Data navigasi telah sentiasa membantu—dan terus membantu—Google Maps menyediakan ciri masa nyata, seperti keadaan trafik, gangguan dan keupayaan mencari laluan terpantas.

Cara data navigasi berfungsi

Sambil anda menavigasi dengan Google Maps, Google mengumpulkan data untuk membantu anda menggambarkan dunia dalam masa nyata bagi semua pengguna. Data, seperti:

  • Lokasi GPS
  • Butiran navigasi, seperti laluan yang anda gunakan
  • Data sensor daripada peranti anda, seperti barometer

Google menggunakan data anda sepenuhnya atau digabungkan dengan data lain untuk menjadikan Maps lebih baik, seperti:

  • Meningkatkan navigasi
  • Mencadangkan laluan alternatif yang lebih laju untuk menjimatkan masa
  • Menunjukkan kemaskinian masa nyata, seperti trafik, gangguan dan keadaan cuaca

Google akan memulakan pengumpulan data navigasi:

  • Untuk navigasi belok demi belok: Sejurus selepas anda mengetik Mulakan Mula.
  • Untuk arah sekali imbas: Sejurus selepas anda mula bergerak di sepanjang laluan anda semasa Maps dibuka.

Google akan menghentikan pengumpulan data navigasi: 

  • Untuk navigasi belok demi belok: Selepas anda tiba di destinasi anda. Anda juga boleh menghentikan navigasi dengan mengetik Keluar atau Tutup Tutup.
  • Untuk arah sekali imbas: Selepas anda tiba di destinasi anda. Anda juga boleh mengetik Kembali Kembali.

Ketahui lebih lanjut tentang cara data anda dikumpulkan dan digunakan selaras dengan Dasar Privasi Google.

Cara Google melindungi data navigasi

  • Data navigasi, seperti laluan yang anda gunakan, tidak dikaitkan dengan Google Account anda. Sebaliknya, data tersebut dikaitkan dengan pengecam yang dijana secara selamat yang ditetapkan semula dengan kerap. Ini bermakna Google tidak boleh mencari data navigasi anda berdasarkan Google Account anda.
  • Data lain yang dikumpulkan semasa anda meneroka dunia, seperti masa anda mencari arah ke tempat tertentu, mungkin dikaitkan dengan Google Account anda. Anda boleh mengubah kawalan dan mengurus aktiviti, seperti Sejarah Lokasi atau Aktiviti Web & Apl dengan melawat Data anda dalam Maps.
  • Kami hanya mengumpulkan data navigasi yang kami perlukan untuk memberikan pengalaman Maps yang terbaik untuk semua orang—data tersebut dipadamkan selepas diproses.
  • Kami tidak mengaitkan kemaskinian pada peta dengan Google Account atau peranti anda.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Google memastikan maklumat anda selamat.

Kawalan di tangan anda

Anda boleh mengubah kebenaran lokasi untuk Google Maps. Harap maklum bahawa, jika anda menolak kebenaran lokasi, tindakan ini akan melumpuhkan ciri yang menggunakan lokasi masa nyata, seperti navigasi belokan demi belokan. Anda masih berupaya mendapatkan senarai arah dan pratonton laluan tersebut.
  1. Akses Tetapan pada iPhone atau iPad anda. 
  2. Ketik Privasi kemudian Perkhidmatan Lokasi.
    • ​​​​Pastikan Perkhidmatan Lokasi telah dihidupkan.
  3. Ketik apl Google Maps Peta.
  4. Ketik pilihan:
    • Jangan: Mengelakkan akses kepada maklumat Perkhidmatan Lokasi.
    • Tanya Kemudian: Membolehkan anda memilih Sentiasa Semasa Menggunakan Apl, Benarkan Sekali atau Jangan Benarkan.
    • Semasa Menggunakan Apl: Lokasi anda boleh diaskes apabila Google Maps atau salah satu cirinya sedang digunakan. 
    • Sentiasa: Membenarkan lokasi anda diakses walaupun Google Maps tidak digunakan secara aktif.

Anda juga boleh mematikan arah sekali imbas pada bila-bila masa:

  1. Ketik gambar profil atau parap anda Account circle kemudian Tetapan kemudian Tetapan navigasi.
    • Anda juga boleh mengetik titik biru pada skrin ikhtisar laluan. 
  2. Ketik Arah sekali imbas.
Petua: Jika apl ditetapkan kepada Semasa Menggunakan Apl, anda mungkin melihat bar status anda bertukar menjadi warna biru dengan mesej bahawa apl menggunakan lokasi anda secara aktif.

Ketahui lebih lanjut

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15433754356746965280
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false