Petua untuk menyumbangkan ulasan & foto berkualiti tinggi

Petua menulis ulasan yang hebat

Penulisan ulasan yang hebat akan meningkatkan kemungkinan ulasan anda diterbitkan dan membantu pengguna lain menemukan tempat yang sesuai bagi mereka. Berikut ialah beberapa petua:

  • Pastikan ulasan anda bermaklumat dan berguna: Pastikan ulasan anda khusus dan berkaitan dengan tempat yang anda ulas serta terangkan tentang pengalaman yang menanti pelawat lain. Tonjolkan perkara yang menjadikan tempat itu istimewa dan cuba berkongsi sesuatu yang unik dan baharu. 
  • Pastikan ulasan anda asli: Ulas berdasarkan pengalaman anda dan terangkan keadaan tempat tersebut serta perkhidmatan yang anda terima. Cuba ulas setepat yang boleh dan sertakan aspek positif dan juga negatif tentang kunjungan anda.
  • Pastikan ulasan anda menghormati perniagaan: Pemilik perniagaan sering kali menggunakan maklum balas untuk meningkatkan tawaran mereka. Walaupun anda kecewa, pastikan kritikan anda itu bersifat membina. Selain itu, elakkan kata-kata cabul.
  • Tulis dengan penuh bergaya: Semak ejaan dan tatabahasa anda serta elakkan penggunaan huruf besar dan tanda baca yang berlebihan. Secara umum, satu perenggan memadai untuk ulasan yang hebat. 
  • Elakkan maklumat peribadi dan profesional: Jangan sertakan nombor telefon atau URL perniagaan lain dalam ulasan anda. Selain itu, jangan tulis ulasan untuk tempat kerja semasa atau tempat kerja lama anda.
  • Elakkan komentar umum: Lokasi tertentu mungkin menjadi subjek dalam debat atau perbualan awam yang lebih besar disebabkan liputan berita terbaharu atau peristiwa semasa. Meskipun kami menghormati dan menghargai pendapat anda, Ulasan Setempat bukan bertujuan untuk ulasan sosial atau politik. Forum, seperti blog atau rangkaian sosial lebih sesuai untuk jenis perbualan tersebut. Sila tulis pengalaman anda sendiri tentang tempat itu, bukannya komentar umum tentang tempat tersebut berhubung berita terbaharu.

Petua untuk mengambil foto yang baik

Tindakan menangkap foto yang berkualiti baik akan meningkatkan kemungkinan foto anda diterbitkan dan membantu pengguna lain menemukan tempat yang sesuai bagi mereka. Berikut ialah beberapa petua:

  • Pastikan foto berguna: Pastikan foto tersebut berada di lokasi yang betul, bukan swafoto dan mungkin membantu seseorang memahami tempat yang sedang anda ulas. Elakkan daripada menyerahkan foto yang serupa atau pendua.
  • Tangkap foto yang jelas: Pastikan foto tersebut tidak mempunyai teks yang bertindih dan tidak diedit secara keterlaluan. Cuba pastikan gambar tidak kabur. 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1395252521761804724
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false