Pemberitahuan

Dalam masa beberapa bulan yang akan datang, nama tetapan Sejarah Lokasi akan diubah kepada Garis masa. Jika Sejarah Lokasi dihidupkan untuk akaun anda, anda boleh menemukan Garis masa dalam tetapan apl dan akaun anda.

Cara Google memastikan Sejarah Lokasi anda peribadi

Sejarah Lokasi ialah tetapan Google Account yang membuat Garis Masa, peta peribadi yang membantu anda mengingati tempat yang pernah anda lawati dan laluan serta perjalanan yang telah anda lakukan, dengan langkah yang berikut:

  • Anda telah log masuk ke Google Account anda
  • Anda telah hidupkan tetapan Sejarah Lokasinya, dan
  • Peranti telah menghidupkan Pelaporan Lokasi

Sejarah Lokasi dimatikan secara lalai untuk Google Account anda dan hanya boleh dihidupkan jika anda memilih untuk menghidupkan tetapan ini.

Cara Sejarah Lokasi berfungsi

Sejarah Lokasi boleh memberi anda pengalaman yang lebih diperibadikan merentas Google seperti syor tempat, berdasarkan tempat yang pernah anda lawati. Apabila anda menghidupkan Sejarah Lokasi, lokasi tepat peranti anda disimpan pada peranti anda dan pelayan Google dengan kerap, walaupun apl Google tidak digunakan.
Untuk menjadikan pengalaman Google berguna untuk semua orang, data anda juga boleh digunakan untuk:
  • Menunjukkan maklumat seperti waktu popular dan cerapan persekitaran berdasarkan data lokasi yang diawanamakan.
  • Mengesan dan mencegah penipuan serta penyalahgunaan.
  • Meningkatkan dan membangunkan perkhidmatan Google, termasuk produk pengiklanan.
  • Membantu perniagaan berdekatan menganggarkan kemungkinan pengunjung mengunjungi kedai mereka yang didorong oleh iklan, sekiranya anda menghidupkan Aktiviti Web & Apl. Hanya anggaran awanama dan bukan maklumat peribadi anda yang dikongsi dengan perniagaan.
Petua: Lokasi tepat bermaksud kedudukan anda setepat-tepatnya, seperti alamat atau jalan tertentu. 
Lokasi anda boleh ditentukan melalui:

Penting: Kebanyakan sumber lokasi ini boleh dikawal menggunakan sama ada kebenaran peranti anda, pilihan akaun anda atau tetapan lain. Ketahui lebih lanjut di bawah tentang cara pilihan anda mempengaruhi privasi dan lokasi anda.

Anda akan menyimpan Sejarah Lokasi anda sehingga anda memadamkan Sejarah Lokasi tersebut.

Anda boleh menyemak Sejarah Lokasi anda pada bila-bila masa atau menukar tempoh penyimpanan Sejarah Lokasi tersebut dengan melawati Aktiviti Google Saya atau Garis Masa anda.

Cara kami melindungi Sejarah Lokasi anda

Untuk memastikan aktiviti anda peribadi:

Kawalan di tangan anda

Sejarah Lokasi dimatikan secara lalai untuk Google Account anda dan hanya boleh dihidupkan jika anda memilih untuk menghidupkan tetapan ini.
Anda akan menyimpan Sejarah Lokasi anda sehingga anda memadamkan Sejarah Lokasi tersebut. Anda boleh mematikan atau memadamkan semua atau sebahagian daripada Sejarah Lokasi anda untuk akaun anda pada bila-bila masa dengan melawati Aktiviti Google Saya atau Garis Masa anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7835946889226788913
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
76697
false
false