Gunakan Karang Pintar

Anda boleh membenarkan Gmail membantu anda menulis e-mel dengan lebih pantas. Ciri Karang Pintar dikuasakan oleh pembelajaran mesin dan akan menawarkan cadangan sambil anda menaip.

Nota: Karang Pintar ialah tetapan tahap Akaun Google. Perubahan pada tetapan Karang Pintar digunakan pada mana-mana peranti yang telah anda log masuk ke akaun anda.

Untuk menerima cadangan, tekan Tab

Hidupkan atau matikan Karang Pintar

Secara lalainya, Gmail akan menawarkan cadangan secara automatik. 

  1. Buka Gmail pada komputer anda.
  2. Di penjuru kanan sebelah atas, klik Tetapan  kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Di bawah “Umum”, tatal ke "Karang Pintar" di sebelah bawah.
  4. Pilih Cadangan penulisan dihidupkan atau Cadangan penulisan dimatikan

Nota: Karang Pintar tersedia dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Itali dan Portugis. Karang Pintar tidak bertujuan untuk memberikan jawapan dan tidak sentiasa meramalkan maklumat yang betul faktanya.

Hidupkan atau matikan cadangan tersuai

Secara lalainya, Gmail akan menawarkan cadangan secara automatik berdasarkan gaya penulisan anda.

  1. Di penjuru kanan sebelah atas, klik Tetapan  kemudian Lihat semua tetapan
  2. Di bawah “Umum”, tatal ke "Pemperibadian Karang Pintar" di sebelah bawah.
  3. Pilih Pemperibadian dihidupkan atau Pemperibadian dimatikan.

Perihal cadangan tersuai

Cadangan diperibadikan Karang Pintar disesuaikan mengikut cara biasa anda menulis untuk mengekalkan gaya penulisan anda. Anda sahaja yang dapat melihat cadangan diperibadikan anda sendiri untuk akaun anda. Pengguna lain, termasuk pentadbir organisasi anda, tidak dapat melihat cadangan diperibadikan anda. Apabila pemperibadian dimatikan, anda akan melihat cadangan umum sambil anda menaip.

Hantar maklum balas 

Anda boleh menghantar maklum balas setelah anda menggunakan Karang Pintar. Kami tidak dapat membalas semua maklum balas, tetapi maklum balas tersebut dapat membantu kami membuat penambahbaikan. 

Untuk menghantar maklum balas kepada kami, ikut langkah ini: 

  1. Untuk memulakan e-mel baharu, klik Karang di bahagian atas sebelah kiri.
  2. Di penjuru kanan sebelah bawah, klik Lagi
  3. Klik Maklum balas Karang Pintar.
  4. Daripada senarai itu, pilih cadangan Karang Pintar yang ingin anda berikan maklum balas. 
  5. Pilih isu yang paling tepat memerihalkan maklum balas anda. 
    Nota: Jika anda memilih Lain-lain, tulis perihalan anda sendiri tentang isu tersebut. 
  6. Klik Serah.

Perihal pembelajaran mesin

Disebabkan model pemahaman bahasa menggunakan berbilion-bilion frasa dan ayat yang lazim untuk mempelajari tentang dunia secara automatik, model ini juga dapat menggambarkan kecenderungan kognitif manusia. Kesedaran tentang perkara ini merupakan permulaan yang baik dan perbincangan tentang cara mengendalikan perkara ini masih berterusan. Google komited untuk menghasilkan produk yang berfungsi untuk semua dan membuat kajian secara aktif tentang kencenderungan yang tidak disengajakan dan strategi pengurangannya.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4005145422073336249
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false